Kaedah Izrail vs Kaedah Jibril !

Terkejut saya mendengar Kaedah Izrail. Hehe. Nama `Izrail sebenarnya tidak pernah disebutkan di dalamAl-Qur’an atau As-Sunnah sebaliknya malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil ‘Malaikat Maut’ – Malaku l-Mawt (ملك الموت)

Okay back to the story. Ada satu kaedah yang dinamakan Kaedah Jibril yang saya rasa menarik minat saya. Apa itu Kaedah Jibril?

Kaedah Jibril.

Kaedah Jibril ini dinamakan mengikut kaedah Malaikat Jibril mengajar Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran. Kaedah ini dibentuk hasil kajian oleh Ustaz Haji Mohd Asraff Ayob al-Hafiz, seorang Hafiz al-Quran yang berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang hafazan dan berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang al-Quran dan Qiraat dari Universiti Al-Azhar, Mesir serta ijazah sarjana dalam bidang Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kaedah ini diasaskan khusus untuk mereka yang sentiasa sibuk setiap hari tapi ingin menghafaz al-Quran. Memanglah tak sama dengan kaedah hafazan pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz. Tapi, tak payahlah saya bercerita panjang lebar di sini mengenai kaedah ini kerana ia merupakan hak cipta orang. Kalau ada yang berminat, bolehlah mengikuti ceramah Ustaz Haji Asraff (lengkap dengan praktikalnya sekali) atau beli VCD beliau mengenai kaedah itu (gambar di bawah). Setakat ini, beliau sudah memberi ceramah mengenai kaedah ini di seluruh negara sehinggalah ke negara Brunei Darussalam. 

Namun sekarang ini beliau di Luar Negara. Hanya ada satu cara untuk berguru dengan Ustaz.

KLIK SINI

Mula-mula pakai e-book. Lepas tu join seminar!

Apa yang menariknya saya lihat ratusan orang menghadiri kuliah beliau dan saya rasakan sungguh seronok melihat sekian ramai rakyat Malaysia yang berusaha menjadi lebih baik. Kenapa tidak saya?

Antara yamg mengesankan saya ialah 2 komen ini:

“Dalam masa seminggu membaca ebook ini, saya sudah mendapat ratusan idea praktikal bagaimana menghafaz surah-surah diluar kebiasaan amalan saya seperti Mulk, Sajadah, Al-Insan & lain-lain.

Inilah teknik yang paling sesuai untuk saya ‘upgrade’ bacaan surah lazim dalam solat!”

– Johari Yap Abdullah
I.T Manager,
Waybetta Ltd,
N.Zealand.
Mantan Setiausaha Kehormat MACMA Kelantan (Malaysian Chinese Muslim Association)
www.johariyap.com

Apa impak ebook-ebook ini kepada saya? Ini kesannya : menukar ‘sudut pandang’ saya terhadap Al-Quran. Jika sebelumnya inspirasi hidup saya asyik ber’kiblat’kan buku motivasi barat,  kini ia sudah berpusing 360 darjah kepada Al-Quran : kitab mulia, agung, sejuk, hidayah, bermotivasi dan hidup. Memang mengujakan betul bila ‘susuk tubuh’ Al-Quran benar-benar dapat dihayati….

Patutlah ulama dahulu sangat produktif dalam hidup sebab ‘charger’kekuatan dalaman mereka Al-Quran!”

Muhammad Fazly Abd. Patah
Presiden, Canterbury University Muslim Student Association.
University of Canterbury, New Zealand.

Mereka juga student dan orang yang bekerjaya seperti saudara-saudara sekalian. Tetapi sangat cekal menghafaz Al-Quran. Malunya saya! Saya mesti berusaha juga. (hehe. inshaAllah)

Bak kata orang, kalau makan aiskrim yang sedap bagus juga berkongsi. Oleh itu, saya ingin memanjangkan maklumat ilmu yang baik kepada sesiapa yang berminat. Saya sendiri pun banyak mendapat maklumat ilmu daripada tulisan dan hebahan orang lain.

Kaedah ini, kalau betul-betul dipatuhi, membolehkan kita menghafaz, dalam masa enam bulan dua minggu sahaja, 10 surah popular yang banyak fadhilatnya itu Surah Sajadah, Surah Yasiin, Surah Ad-Dukhan, Surah Ar-Rahman, Surah Waqiah, Surah Jum’ah, Surah Mulk, Surah Muzammil, Surah Qiyamah dan Surah Insan. Selepas itu, mudahlah nak menghafaz surah-surah lain pula, umpamanya Surah Baqarah yang merupakan surah paling panjang dalam al-Quran. Tapi, kalau ‘mengelat’ (banyak berehat daripada menghafaz), tentulah tak mencapai matlamat yang diharapkan!

Kata Ustaz Haji Asraff, sebagai orang yang cintakan Islam, kita mesti cintakan al-Quran. Al-Quran suatu kitab yang sangat banyak keajaibannya. Sekadar menyebut beberapa contoh: ramai boleh hafaz al-Quran tanpa faham maknanya; tiada Maahad Tahfiz bagi sebarang kitab lain selain al-Quran (setakat ini tak ada Maahad Tahfiz Bible misalnya); Al-Quran paling banyak dibuat kajian oleh orang Islam dan bukan Islam; daripada satu kitab al-Quran, lahir beribu-ribu kitab dan buku lain seperti tafsir, tesis, kajian, dsb; tidak setakat tafsir, kaedah membaca al-Quran sahaja pun banyak ditulis orang (tidak ada kitab lain yang dikatakan ‘suci’ mempunyai kaedah atau cara membaca seperti al-Quran). 

Itu hanya sebahagian daripada keajaiban al-Quran.Ada banyak lagi keajaiban yang lain. Justeru, kata Ustaz Haji Asraff, jangan jadikan al-Quran sekadar tulisan kaligrafi di dinding, ayat jampi penghalau hantu syaitan dan dibaca ketika mengiringi orang nak mati sahaja. Selain membaca, cubalah juga menghafaz al-Quran. Kalau tidak semua, sebahagiannya pun sudah memadai supaya boleh jadi kawan ke mana sahaja kita pergi dan boleh jadi ‘peguam’ kita di Padang Mahsyar kelak.

Membaca dan menghafaz al-Quran juga perlukan guru yang mursyid, untuk menyemak dan memperbetulkan bacaan kita. Rasulullah s.a.w. sendiri pun mempunyai guru al-Qurannya sendiri iaitu Malaikat Jibril. Hafazan tanpa guru sukar dipertanggungjawabkan kebenarannya.

Terima kasih kepada rakan-rakan Usrah yang selalu FREE mentasmi’ bacaan saya!

Kaedah Izrail.

Kata Ustaz Haji Asraff lagi, baca dan hafazlah al-Quran tak kira ikut kaedah apa sekalipun. Nak ikut kaedah Jibril pun boleh, asal jangan tunggu sampai tiba kaedah Izrail. Hah! Kaedah Izrail? Kaedah apa pula tu?

“Kaedah mati! Kalau diperkenalkan kaedah Izrail, nanti semua di sini cabut lari!” gurau Ustaz Haji Asraf.

Betullah tu. Malaikat Izrail cuma ada satu kaedah sahaja iaitu kaedah mencabut nyawa. Sebelum tiba `kaedah’ itu pada kita, elok jugalah diamalkan kaedah Jibril ini.

Tapi, manusia (sayalah tu!) macam nilah selalu. Masa dalam seminar, rasa berkobar-kobar nak mula menghafaz. Keluar seminar, belum tentu lagi.

Semoga Allah melancarkan lidah, menerangkan hati dan menajamkan fikiran. Amin!

p/s: sesiapa yang mahu no telefon Ustaz jika Ustaz pulang ke Malaysia sila PM =)

Leave a comment