Aku melihat Seorang.

Ibn al- Qayyim merekodkan sebuah hadith dari Abdurahman ibn Samra. Dia berkata Rasululullah saw.keluar kepada mereka, berdiri dan berkata:

Aku ternampak sesuatu yang ajaib semalam.

Aku telah melihat seorang dari umatku,  Malaikat Maut telah detang kepadanya untuk mengambil nyawa, terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya dan Malaikat Maut berlalu pergi.

Aku melihat juga seorang dari umatku, seksa kubur telah disediakan untuknya. Lalu wuduknya telah menyelamatkannya.

Kemudian aku melihat seorang dari umatku, telah dikerumuni oleh syaitan-syaitan,. Lalu berkat zikrullahnya telah dibebaskan dari bahayanya syaitan.

Dan aku melihat juga seorang dari umatku, diseret oleh Malaikat Azab. Lalu segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat. Setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya. Lalu segera datang puasanya serta memberinya minum hingga dia merasa puas.

Aku melihat juga seorang dari umatku dan kumpulan para nabi yang ketika itu sedang duduk berkumpul.  Setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

Aku melihat juga seorang dari umatku, dihadapannya ialah kegelapan, di belakangnya adalah kegelapan, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

Dan aku melihat seorang dari umatku, sedang menepis-nepis bara api yang membakar. Lalu, datanglah sadaqahnya dan membentuk perisainya dari api itu. Dan menjadi pelindung dari atas kepalanya.

Aku melihat juga seorang dari umatku, berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya. Lalu menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu dengan berkata:“Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya.”  Lalu mereka pun berbicara dan berjabat dengannya.

Aku melihat juga seorang dari umatku, sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat. Lalu menjelmalah ‘Amar Makruf dan Nahi Munkar’ seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

Aku melihat juga seorang dari umatku, sedang merangkak-rangkak antaranya dengan Tuhan terdapat tabir pemisah. Maka menjelmalah akhlaknya seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

Aku melihat juga seorang dari umatku, terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya. Maka menjelmalah takwanya kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

Aku melihat juga seorang dari umatku, terangkat timbangannya. Maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

Aku melihat juga seorang dari umatku,  sedang berdiri di pinggir Jahanam,. Maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku, terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku, sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin kencang. Maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku, sedang meniti atas titian sirat. Kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap. Maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku, sedang hampir tiba di pintu syurga namun tiba-tiba pintu-pintunya ditutup. Maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga dia boleh memasukinya.

*Diriwayatkan oleh Al-Haafiz Abu Moosa al-Madeeni dalam kitabnya Al-Targheeb fi’l-Khisaal al-Munjiyah min al-Khiliaal al Murdiyah, yang mana kitab ini mendasarkan hadith ini sebaagai komentar. Dia berkara hadith ini Hassan Jiddan dan diriwayatkan oleh Sa’eed ibn al-Musayyib by ‘Amr ibn Aazar dan ‘Ali ibn Zayd ibn Jad’aan dan Hilaal Abu Jablah. Shaikh al-Islam Ibn Taymiyah mengkelaskan hadith ini sebagai amat penting dan disokong oleh banyak sumber,Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut dalam riwayat oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani . Juga oleh Dr. Umar Sulaiman al Ashqar’s [Professor at the College of Shariah, University of Jordan] di dalam bukunya “The World of Jinn and Devils, Bab 5, Bahagian  4, m/s184.

Leave a comment

  • Hubungi Penulis

    'setiap kali menyinari, mereka berjalan dibawah sinar, dan apabila gelap menimpa mereka, mereka berhenti' [ 2 : 20 ]

  • Tanyalah Ustadz

    "Maka, bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,” (QS an-Nahl: 43)

  • Jumlah Pengunjung

    • 242,519 Pengunjung