Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami

Perjalanan ini mutlak memerlukan pemimpin

Di antara syarat perjalanan adalah keharusan adanya pemimpin. Sebagaimana jalan dakwah yang kami tempuh ini. Pemahaman seperti ini sentiasa ada dalam benak kami dan semua saudara yang terlibat dalam perjalanan dakwah, berdasar kepada kemahaman bahawa dakwah harus terorganisasi, tersusun dan rapi.

Pemimpin kami adalah orang yang dianggap memiliki kelebihan dalam masalah yang sangat diperlukan dalam menempuh perjalanan kami yang panjang. Dan dalam dakwah, para pemimpin adalah mereka yang memiliki keistimewaan akhlak, ukhuwwah, idariyah (management) dan wawasan ilmu. Karakter pemimpin ini merupakan qiyas kepada perlunya seorang pemandu dalam perjalanan biasa. Sehingga Imam Al-Ghazali menyatakan;

“Seorang pemimpin diperlukan kerana pandangannya yang beragam untuk menentukan arah perjalanan dan kemaslahatan perjalanan.Tidak ada keteraturan tanpa kesatuan pengaturan. Alam ini menjadi teratur kerana Pengatur alam semesta ini adalah satu (Ihya Ulumuddin: 2/202).

Jika alam ini ada banyak tuhan, selain Allah, nescaya akan rosaklah.

“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. maka (bertauhidlah kamu kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.” [Al-Anbiya’: 22]

Jika dalam perjalanan biasa pun kami memerlukan pemimpin perjalanan yang diyakini keputusannya, maka sebagai seorang pendakwah lebih lagi memerlukan pemimpin untuk jalan yang panjang ini. Disamping itu, kami berhak menasihati dan menyatakan pendapat dalam syura tentang masalah dakwah, tetapi keputusan akhir itu masih kepada terletak kepada pimpinan, tidak berubah sampai perjalanan ini menghantarkannya kepada tujuan akhirnya.

Kami memahami bahawa pemimpin, bagaimanapun juga masih seorang manusia yang memiliki kekurangan. Sebagaimana kami sendiri yang pasti banyak kekurangan. Namun, kami  telah mempercayai pemimpin kami sebagai pemandu perjalanan kami. Maka setelah proses syura berlangsung dan keputusan hasil syura itulah yang kami pegang untuk dijalankan. Kami yakin, keputusan syura tidak pernah keliru. Dan keputusan itu bersifat mulzam (mengikat)

Meski mungkin sahaja akibat pelaksanaan sesuatu keputusan syura memunculkan sesuatu yang tidak maslahat. Tapi sebuah keputusan yag didasari syura tidak pernah salah.  Itulah yang disampaikan kepada kami oleh Ustaz Sa’id Hawwa rahimahullah bahawa hasil syura takkan pernah salah. Kerana mekanisma itulah yang dianjurkan dalam Islam untuk menentukan langkah paling tepat. Jika diakhirnya keputusan syura tidak seperti yang kami harapkan, maka proses syura sendiri akan menghentikan kekeliruan itu.

Demikianlah ikhwah, jalan ini memerlukan pemimpin. Dan hasil syura yang telah diputuskan pemimpin di jalan ini, mengikat kami, akan kami dukung dan kami laksanakan sehingga aturan Allah sampai kepada kami.

Excerpt dan adaptasi:

Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami, Muhammd Nur Lili Aulia, Pustaka Da’watuna

Leave a comment

  • Hubungi Penulis

    'setiap kali menyinari, mereka berjalan dibawah sinar, dan apabila gelap menimpa mereka, mereka berhenti' [ 2 : 20 ]

  • Tanyalah Ustadz

    "Maka, bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,” (QS an-Nahl: 43)

  • Jumlah Pengunjung

    • 242,035 Pengunjung