Siapa yang mengejutkan penonton tidak berhijab?

Salam wbt.
Ok seperti biasa musim exam, kita akan ada sesi menyanyi di blog ini. Mamat ni merupakan seorang penyanyi Tunisia (yeah, masa ini ketika zaman Presiden Ben Ali) . Beliau diminta menyanyi lepas sesi temuramah, macam kita minta Hafiz menyanyi Awan Nano selepas tamat rancangan ‘Malaysia Hari Ini’ Begitulah keadaannya. hehe. Yang menariknya beliau seperti penyanyi biasa buat rileks ajalah ditemuramah. Bila host (yang juga tidak berhijab) minta menyanyi, beliau pun menyanyi. Jika melihat video penuh, semua penonton wanita di studio tidak berhijab.
Kalau dilihat dalam video asal, monyok-bonyok sesetengah wanita dalam talk-show ini. Ada yang macam terkedu dengan bait lagu ini. Memang orang arab, dekat hatinya dengan syair yang indah.
Satu tindakan berani dari beliau, sehinggakan semua penonton wanita pun bertepuk. Semoga hati mereka diketuk pintu hidayah ini.
Lagu ini ditulis oleh Sheikh Ahmad ibn Ali Al-Ajmi .

Nama mamat ini: Gadour L’artistou (berbelit lidah pakcik). Facebooknya DISINI.

Jom nyanyi!

يا أختنا بالله، لا يغويك ذالشيطان،

Wahai saudari-saudariku demi ALLAH jangan terpedaya hasutan syaitan

إن الحجاب فريضة، من ربنا المنان،
Sesungguhnya kewajipan hijab datangnya daripada tuhan kita Yang Maha Memberi

إنا سمعنا أختنا قولاً عجاب،
Kita telah mendengar kata-kata yang “ajaib” daripada saudari-saudari kita

قالوا كلاماً يسر عن الحجاب،
Ungkapan mereka tidak menyenangkan tentang hijab

قالوا ظلاماً حالكاً بين الثياب
Mengatakan di antara pakaian hitam gelap

قالوا خياماً عُلقت فوق الرقاب،
Bagaikan diikat khemah di atas tengkuk

نادو بتحرير الفتاة، وألّفوا فيه الكتاب،
Kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis, lalu ditulis tentangnya di dalam buku

رسموا طريقاً للتبرحلا يضيعه الشباب،
Mereka melakarkan cara berhias yang kononnya tidak akan merugikan para pemuda

يا أختنا هذا عواء الحادقين من الذءاب،
Wahai saudariku-saudariku inilah lolongan pembenci umpama serigala

النار مثوى الظالمين لهم عقاب،
Maka nerakalah seburuk-buruk tempat pembalasan bagi orang yang zalim

والله يكشف ظلمهم يوم الحساب،
Dan ALLAH akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhitungan

وِلجنة المأوى ويا حُسن المآب
Dan syurgalah sebaik-baik tempat kembali

Comments
One Response to “Siapa yang mengejutkan penonton tidak berhijab?”
  1. Nizwan says:

    tersentuh dengan bait bait lagu ni…

    thanks lama cari lirik ni 🙂

    syukran jazilan ,jazakallahu khairan katsiran 🙂

Leave a comment