InshaAllah Kami akan ada duit kalau pembangkang menang!

“InshaAllah Kami akan ada duit kalau pembangkang menang”

Terkedu aku mendengar statement ini setelah mencadangkan satu mekanisma meningkatkan pembaharuan keahlian dengan menaikkan sedikit yuran tahunan dan memberi lebih ‘fringe benefit’ dan perlindungan takaful ahli kepada sebuah persatuan pelajar Islam.

Kenapa terkejut?

Bukan kerana pendirian mereka yang tegas dan yakin dengan cita-cita memerintah. Tetapi kerana statement tersebut sangat menjentik logika. Bukankah duit kerajaan yang memerintah itu duit rakyat? Apa hak mana-mana persatuan pelajar Islam untuk confirm memunyai (rasa berhak) keatas duit rakyat yang diurus kerajaan memerintah?

Sudah merasa berhak sebelum mempunyai.

Adalah malang bagi mana-mana kita yang mempunyai cita-cita Islam mengharapkan keuntungan dan hak terhadap kejayaan cita-cita Islam kita. Politik itu bukan ghanimah tetapi amanah. Segalanya terletak di tangan anak muda itu sendiri, masalahnya bukan politik tetapi persepsi mereka terhadap politik. Anak muda harus memainkan peranan penting untuk mengubah persepsi ini, yang mana politik itu bukanlah ghanimah, tetapi amanah. Ghanimah adalah perkataan yang membawa maksud harta rampasan perang, apabila politik itu dikatakan ghanimah, ini bererti sesiapa yang ingin terlibat dalam politik adalah kerana kepentingan material semata-mata. Realitinya zaman sekarang ini itulah yang berlaku, yang mana orang politik menyapu bersih segala harta dan kekayaan yang dibuka depan mata semahu-mahunya. Meskipun tindakan itu bersalah dengan undang-undang ataupun hukum agama. Amanah itu berat. Politik adalah amanah yang mana sesiapa yang diberi mandat adalah khadam rakyat. Amanah adalah sesuatu yang berat dan haruslah dijaga sebaiknya. Kerana amanah ramai yang tersungkur di pintu syurga, malah kerana suka mengkhianati amanah golongan munafik dicampak ke dasar neraka.

Kesimpulan.

Apabila kita faham akan politik itu adalah amanah secara tidak langsung kita akan dapat membersihkan politik. Akan timbul rasa tanggungjawab dan masing-masing akan memainkan peranan dengan baik. Tidak semua yang tidak berpolitik itu tidak berpolitik dan tidak semua orang berpolitik itu sebenarnya memahami politik.

“Sesungguhnya kami pikulkan amanah kepada langit dan bumi dan gunung-gunung semuanya enggan memikulnya dan rasa khawatir akan kesanggupanya dan diterima oleh manusia, sayang manusia itu zalim dan jahil” Al Ahzab-72

———–

“Sesungguhnya aku percaya akan kekuatan ilmu dan pengetahuan. Tetapi aku lebih percaya akan kekuatan pendidikan”

-Syed Qutb, 1952

Leave a comment