Aku Seorang Abdullah Ummi Maktum

Aku merupakan seorang buta yang tinggal di kota Makkah ini. Aku berketurunan Quraisy, jurai keturunan yang sama dengan kekasih Allah, Muhammad saw. Namaku Abdullah dan ibuku digelar ‘Ummi Maktum’ yang bermaksud ‘ibu si buta’ kerana melahirkan anak yang buta seperti aku.

Antara yang menjadi kebanggaan hidupku ialah beberapa potong ayat Al-Quran diturunkan keranaku. Sungguh, aku tidak pernah menjadi lebih gembira dari itu. Bolehkah kalian bayangkan jika kalian disebut dalam Al-Quran seperti diriku?

“(Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana orang buta datang kepadanya. Barangkali, siapa tahu, beliau ingin membersihkan jiwanya. Atau ingin mendapat pelajaran bermanfaat (untuk dirinya).

Adapun orang yang merasa dirinya kaya itu, engkau datang menghadapinya. Tidak ada (celaan) pada engkau bila beliau tidak membersihkan jiwanya. Orang yang datang pada engkau dengan kesanggupan usahanya, sedang beliau takut pada Allah, maka engkau tidak mempedulikannya. Sekali-kali tidak (begitu hendaknya)!

Sesungguhnya itu adalah suatu peringatan.” (QS: Surah Abasa)

Bagaimanapun aku sungguh sedih kerana Nabi yang mulia ditegur kerana diriku yang lemah, hina dan berdosa ini. Sedangkan Nabi adalah makhluk paling mulia, maksum dan diampunkan dosanya yang lepas dan akan datang. Aku tahu teguran Allah kepada kekasihku itu adalah teguran kasih sayang, ketika baginda benar-benar ghairah ingin berdakwah kepada pemuka terkemuka Quraisy Makkah, seingatku diantara mereka adalah Abu Jahal dan Atabah bin Rabi’ah.Dimana keimanan mereka kepada Islam akan membuka sinar lebih gemilang kepada dakwah ini, sedangkan aku hanya seorang buta yang meminta tunjuk ajar.

“Ajarkan padaku, ya Rasulullah apa yang diajarkan Allah kepada engkau.”

Dapatkah kalian bayangkan jika seluruh ahli Majlis Keselamatan PBB mahu masuk Islam secara sempurna dan ingin menjalankan jihad dan dakwah Islam, tidakkah kalian ghairah dan fokus dakwah kalian hanya kepada mereka?

Aku yakin dengan firman Allah:

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu teladan yang baik bagi kamu, bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari kemudian dan banyak mengingat Allah.” (QS 33:21)


Aku tidak berkecil hati dengan Nabi kerana memahami tugas sukar baginda, apatah lagi Allah telah memujukku dengan kalamNya secara langsung. Bahkan hingga ke akhir hayat Nabi, baginda berseru hanya kepadaku, tidak kepada yang lain. Setiap kali menemui aku baginda bersabda dengan hormat,

“Marhaban biman ‘atabani rabbi”

“Selamat datang untuk orang yang olehnya aku mendapat teguran Allah”

 

Aku buta bahkan kalian?

Aku adalah orang kedua yang menyeru azan pada zaman Rasulullah s.a.w. selepas Bilal bin Rabbah. Kerana itu, Baginda telah memberi ketentuan waktu masing-masing kepada kami berdua. Baginda pernah memberikan arahan kepada kami dan sekalian sahabat,

“Bilal azan di waktu malam, maka makan dan minumlah kamu (untuk puasa) sehingga tiba giliran Ibnu Ummi Maktum (azan subuh)”

Aku adalah orang pertama diantara sahabat Nabi yang pergi ke Madinah dan membacakan Al-Quran sehingga orang faham tentang Islam. Aku sangat kecewa kerana aku tidak dapat berjihad menghayun senjata kerana keuzuranku ini. Ia tidak memungkinkan aku untuk bersama-sama sahabat kecintaanku ketika mereka mengejar jalan ke Syurga dalam perang Badar, sedang aku masih merintih dan merintih terus berdoa agar Allah menurunkan ayat membenarkanku berjihad di jalan Allah swt. Rasul pernah meyampaikan khas kepadaku satu Hadith Qudsi:

“Apabila Aku (Allah) mengambil apa yang dimuliakan dari hambaKu, gantinya nanti ialah syurga (jika beliau sabar).”

Melihat kesungguhanku ingin berjihad, Rasulullah melantikku sebagai Gabenor Tentera Madinah dalam satu peperangan.


Semasa dalam pimpinanku itu, ketika solat Jumaat aku sendiri yang perlu memberikan khutbah. Demikianlah aku mendapat penghargaan dan Allah sangat menghargaiku walaupun dengan kelemahan diriku berbanding orang mukmin yang lain, yang kebanyakannya lebih hebat dariku.

Aku sangat malu dengan Allah dan RasulNya yang melimpahkan rahmat dan kebaikan kepadaku sehingga sewaktu ingin berkhutbah jumaat, aku tidak sanggup menaiki mimbar yang selalu dipakai Nabi. Cukuplah dengan sekadar aku berdiri di samping mimbar itu.  Tetapi  ketahuilah, sesungguhnya pekerjaan Muazzin adalah yang paling aku sukai!

Aku masih ingat ketika itu tahun 14 Hijriah, ketika Amirul Mukminin Umar Al-Khattab siap-siap untuk menghantar ketumbukan tentera melawan Parsi dalam Perang Qadisiyyah. Aku terus tampil dengan gahnya berbaju besi dengan yakin kerana Allah untuk memegang panji bendera Islam. Aku percaya bahawa kecacatan terbesar bukanlah kecacatan penglihatan. Tetapi telah banyak diterangkan di dalam Kitab Suci ini kecacatan terbesar ialah Kebutaan Hati.


Ketika para jeneral menolak permintaanku lantaran aku seorang buta, aku pun mengeluarkan kata-kata yang tidak mungkin boleh dibantah.

“Apakah kalian menolak permintaanku, padahal Rasulullah SAW ketika dahulu menolak permintaanku, langsung ditegur Allah?”

Maka bendera itu pun diserahkan kepadaku.
Aku berjanjji akan terus memegang panji ini walaupun nyawaku menjadi taruhannya. Aku bersedia mati asalkan agama ini terus tertegak di muka bumi ini, menjadi tertinggi hingga tiada yang lebih tinggi darinya. InshaAllah!


Nota:

Setelah berperang selama 3 hari 3 malam, tentera Islam telah menang dalam peperangan itu. Impian Abdullah bin Ummi Maktum untuk mati syahid menjadi kenyataan apabila beliau ditemui berlumuran darah sambil memeluk panji Islam.

Comments
4 Responses to “Aku Seorang Abdullah Ummi Maktum”
  1. Human says:

    Boleh tahu sumber?

    • ibnutoha says:

      salam wbt,
      dah agak akan ada yg bertanya. Tulisan sendiri olahan dari beberapa buku dan hadith. Igt nk buat ‘Vancouver style’ tp tak xsempat sbb sibuk. iAllah akan dibuat sedikit masa lagi =)

      Maaf asalnya mmg xberniat nak tulis sumber sbb tulis pun secara santai sebab menemankan Abu Hafsa Jerome Claire untuk beberapa hari. I’ll update you later.

      Jzkllh for naseehah.

  2. aiman says:

    mohon copy gmbar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: