Sejenak Tentang Eid Mubarak

Oleh: al-Fadhil Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian makhluk. Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan orang yang menyampai dakwah sehingga hari Kiamat.

Inilah Eidul Fitri yang dipenuhi iman kini datang menemui kita, melalui jiwa kita dan menyentuh dada kita dan menolong kita untuk taat kepada Tuhan kita. Pada hari raya jelas terbayang tanda kegembiraan dan kebahagiaan, bercampur perasaan kemanusiaan yang tulin dan baik di dalam jiwa manusia hasil daripada nilai-nilai kesucian, kasih sayang dan persaudaraan.

Di antara tanda yang baik.

Umat Islam semuanya keluar pada hari raya, baik lelaki dan perempuan, tua dan muda menuju kepada upacara yang gemilang di tempat solat hari raya. Di sinilah bergema takbir dan tahlil. Kita mulakan hari ini dengan solat, kemudian mendengar khutbah raya dengan penuh khusyuk dan tunduk kepada Allah Tuhan semesta alam.

Apabila telah selesai solat Idul Fitri umat Islam saling mengucapkan tahniah di antara satu sama lain dengan penuh kehangatan, kecintaan dan ketulusan. Seorang sahabat yang mulia Jabir bin Nafir r.a berkata: Para sahabat nabi saw apabila bertemu pada Hari Raya mereka saling mengucapkan antara satu lain:

تقبَّل الله منا ومنكم

“Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu”

Di dalam sebuah hadith:

“Apabila dua orang Islam bertemu mereka saling bersalaman, maka gugurlah dosa keduanya seakan-akan daun kering yang gugur”.

Namun kegembiraan pada Eidul fitri janganlah melupakan kita air mata orang yang sakit dan penderitaan di kalangan saudara kita dan kekasih kita di balik jeriji..di mana mereka bukan menindas kepada sesiapapun dan bukan mencederakan mana-mana makhluk..mereka tidak menzalimi sesiapa, bahkan seluruh dunia mengenali mereka..Allah yang Maha Agung mengenali mereka..seorang hamba yang tunduk di tempat sujudnya dan pembawa kebaikan dan pendokong manhaj Ilahi kepada dunia. Mereka berurusan dengan cara yang baik tetapi sungguh menghairankan mereka diperlukan dengan kejam. Semua orang tertanya kenapa?

Seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya: Manakah ayah saya? Seorang anak perempuan bertanya kepada ibunya: Manakah ayah saya? Para jiran tetangga bertanya: Di manakah jiran kami yang sering menghulurkan tangannya kepada kami di pagi raya?. Kenapakah orang-orang baik ini hilang dan berada di balik jeriji, para isteri diharamkan untuk mendapatkan perhatian suami mereka dan anak-anak diharamkan mendapat kasih sayang seorang bapa? Maha suci Allah. Adakah begini orang-orang baik lagi jujur dilayani dan orang-orang yang mengharapkan kasih Allah disantuni?..Tidak mengapalah kerana satu ketika dahulu pernah dikatakan kepada golongan salafussoleh dengan kata-kata seperti ini. Allah pernah mengungkapkan kepada nabi saw:

“Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas”. (Az-Zariat: 53)

Kenapakah para pencuri, perasuah, munafik dan murtad dibiarkan bebas sedangkan orang-orang yang baik dan soleh diperlakukan begini?!

Wahai saudara yang dikasihi,

Sesungguhnya anda telah melalui jalan pendokong dakwah dan menghayati cara hidup Islam seperti mereka , kerana itu adalah suatu nikmat yang besar sekiranya anda diburu dan dipenjarakan. Barang dagangan Allah sangat mahal dan barang dagangan Allah ialah syurga. Oleh itu bersabarlah seperti yang dinyatakan dalam firmanNya.

“Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung”. (Ali Imran: 200)

Adapun tentang anak-anak lelaki dan perempuan serta isteri-isteri kamu, mereka semua di bawah pemeliharaan Allah bahkan mereka memperolehi ganjaran orang-orang yang bersabar. Firman Allah:

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu”. orang-orang yang berbuat baik di dunia Ini memperoleh kebaikan. dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. (Az-Zumar: 10)

Semua penderitaan ini akan lenyap. Mereka akan keluar daripada ujian dan cubaan dengan hati yang bersih dan suci. Allah telah meredhai kamu dan mempertautkan hati-hati kamu dan menyenaraikan kamu di sana bersama para Muttaqin dan Solihin yang sebenar.

Kepada saudara kita di dunia Arab dan Islam, terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Kashmir anda tidak terpisah dari kami. Jet-jet dan peluru berpandu kepunyaan Zionis dan Amerika masih menumpahkan darah di negeri-negeri Islam, mereka mengusir dari negeri dan perkhemahan mereka. Tiada Eidul Fitri bagi mereka. Ribuan yang lain tercedera kerana serangan regim Zionis semasa Intifadhah dan jihad sehingga mereka menanggung kengerian dan penderitaan. Mereka saling bertanya: Adakah di sana ada Eidul Fitri yang sebenar?

Segala permasalahan yang berlaku di Palestin dan negeri-negeri Arab dan Islam dimana bilangan syuhada Islam dan mangsa serangan tidak terkira jumlahnya menuntut kita semua supaya menetapkan pendirian kita sama ada sebagai pemerintah atau rakyat dan merasa tanggungjawab di hadapan Allah. Apakah yang kamu lakukan kepada mangsa kekejaman, penindasan dan penyiksaan di muka bumi ini yang terdiri daripada saudara-saudara kamu? Firman Allah:

“(iaitu) orang-orang yang Telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali Karena mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah”. (Al-Hajj: 40)

Kita mestilah membersihkan hati dan nurani kita dengan air mata penyesalan lantaran tidak menyempurnakan hak mereka. Eidul Fitri bagi seorang muslim mempunyai nilai yang tersendiri. Hari yang kita sempurnakan hak saudara kita adalah hari Eid. Hari yang digunakan untuk saudara yang kita kasihi, kita berkongsi mengesat air mata mereka, memenuhi keperluan mereka dan mempertahankan hak mereka sebenarnya adalah hari Eid. Hari yang digunakan untuk memenangkan dakwah kita, meninggikan panji Islam, membela agama kita dan kita mengajak orang lain kembali kepada agama Allah dan kembali kepada syariatNya sebenarnya adalah hari Eid.

Apakah makna Eidul Fitri di al-Aqsa? Apakah makna Eidul Fitri di perkhemahan Palestin? Apakah makna Eidul Fitri di Iraq, di Kufah, di Afghanistan? Apakah makna Eidul Fitri di negeri muslimin seluruhnya dan di sekitarnya di kala pemerintah membiarkan mereka tanpa perlindungan dan penjagaan?

Wahai muslimin di hari Eidul Fitri

Ikhwan Muslimin telah mengajak seluruh orang Arab dan muslimin semenjak 80 tahun dan di setiap kesempatan supaya kembali kepada Allah dalam sistem hidupnya. Kepada syariatnya, dan mereka menjadi satu umat yang bersatu di atas akidah tauhid, kerana musuh Islam semuanya bekerja dan berusaha dengan bermacam cara untuk menjadikan umat dihina. Pendakwah Islam bimbang perjalanan yang menyedihkan ini terus menimpa umat Islam. Alangkah perlunya kita hari ini dan setiap hari kepada pemerintah dan rakyat yang menyakini bahawa kemuliaan kita dan tampuk kuasa kita hanyalah dengan berpegang teguh dengan kebenaran. Firman Allah:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, ”. (Ali-Imran: 103)

Umar al-Khattab pernah berkata:

الله أعزَّنا بالإسلام، فإذا طلبنا العزة في غيره أذلَّنا الله

“Sesungguhnya Allah telah memuliakan kita dengan Islam Oleh itu jikalau kita inginkan kemulian selain Islam pastilah Allah akan menghinakan kita semula”.

Sungguhpun realiti hari ini kita masih ditimpa kehinaan, namun kita percaya bahawa masa depan adalah untuk agama ini..kepada umat pertengahan, dan insya Allah akan datang pertolongan Allah yang sangat dekat iaitu dengan mengembalikan Palestin, membebaskan Iraq dan Afghanistan. Inilah hari Eidul Fitri dan hari penuh keriangan.

Firman Allah:

“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusof: 21)

Di samping itu saudara-saudara kita yang dikurung dan dipenjara turut dibebaskan ke dunia luar dan mengembalikan hak-hak mereka khususnya apa yang dirampas dari mereka dengan cara zalim dan kejam seperti perkara halal lagi baik yang mereka perolehi melalui usaha dan tenaga mereka. Moga setiap tahun anda dalam kebaikan.

Assalamualaikum warahmatullah hi barakatuh

Terjemahan dari : SINI oleh Ustadz Suhaimi

Comments
3 Responses to “Sejenak Tentang Eid Mubarak”
Trackbacks
Check out what others are saying...


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: