Iklan Aidilfitri TV3 2010 : Membawa Agenda Pluralisme atau Kebetulan?

Setelah menonton video:

Saya tiba-tiba berkomentar yang kebanyakannya saya ‘copy paste’:

Perhatikan betul2. Ianya ada ciri2 beberapa agama.Aidilfitri, perayaan khusus dalam agama Islam dgn pengaruh nilai2 ajaran agama lain, now that’s retarded.

Santa Claus adalah ajaran paganism tetapi merupakan simbolik perayaan krismas yang merupakan perayaan penganut kristian.

Bunga teratai melambangkan Perayaan Loy Krathong dalam agama buddha. Juga, bunga teratai diperkenalkan sebagai lambangan kelahiran Buddha
http://www.slideshare.net/katherine0111/agama-buddha-2047661

Cahaya pelita melambangkan perayaan deepavali agama hindu.

Sudah jelas lagi bersuluh motifnya ialah PLURALISM! Menyokongnya melanggar akidah islam.

Iklan aidilfitri, sepautnya menggambarkan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa, bukan dengan elemen2 begini..

Mungkin kerana tersilap cakap, seorang muslimah telah berkomentar.


Menyokongnya melanggar akidah islam? kenapa terlalu rigid? pluralisme? saya tak faham. tengok iklan tu sama taraf ke dengan sembah patung buddha? atau pakai salib?


Saya cuba menyelesaikan puzzle yg diberikan kepada saya, solusi imej besar puzzle itu diharapkan mampu memberikan kefahaman kepada orang lain dan diri saya.

Adakah menyokongnya melanggar akidah islam?

Maksudnya: Nabi s.a.w. telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr.”
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasa’i dengan sanad yang sahih).

Berdasarkan kepada hadith di atas, jelas bahawa Kaum Muslimin hanya dituntut untuk merayakan dua jenis perayaan sahaja. Ini dijelaskan lagi oleh sabda Rasulullah s.a.w. di dalam
hadis yang lain yang maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan dan inilah perayaan kita” (merujuk kepada dua hari raya di atas).
Oleh yang demikian, di atas alasan apakah Kaum Muslimin dibolehkan merayakan hari-hari kebesaran masyarakat-masyarakat agama lain?

Kenapa kita rigid?

Kita tidaklah rigid, tetapi jelas dengan konsep akidah. Adalah juga jelas di dalam Islam bahawa masyarakat bukan Islam mempunyai hak untuk merayakan perayaan agama mereka. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:
لكم دينكم ولي دين
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku

Dan firman Allah:
لا إكراه في الدين
Tiada paksaan dalam agama

Cuma persoalannya sekarang, apakah umat Islam harus sama-sama merayakannya dengan beralasankan toleransi dan perpaduan masyarakat majmuk? Sehubungan ini, adalah dicadangkan agar beberapa perkara berikut diberi perhatian:

a) Niat dan Tujuan: Tidak dinafikan bahawa perayaan merupakan syiar kepada sesuatu agama dan kepercayaan. Jika tujuan menyertai perayaan tersebut adalah untuk sama-sama meninggikan syiar agama dan kepercayaan tersebut, maka dikhuatiri akan menjejaskan akidah orang Islam, kerana secara tidak langsung ianya merupakan pengiktirafan terhadap agama lain selain Islam. Ini adalah bertepatan dengan kaedah fiqh yang masyhur dan diterima oleh para fuqaha:
الأمور بمقاصدها
(Natijah) Setiap sesuatu perkara (adalah bergantung) kepada niatnya

b) Di dalam perayaan tertentu, terdapat amalan yang disifatkan sebagai ritual atau upacara peribadatan seperti menyerah makanan kepada berhala, membakar colok dan sebagainya.
Penyertaan di dalam amalan yang sebegini juga dikhuatiri akan menjejaskan akidah seseorang.

c) Adat yang bukan bersifat ritual dan ibadat tetapi telah diterima dan terkenal sebagai syiar kepada agama dan kepercayaan tertentu. Contohnya, pakaian “Santa Claus” dan pokok krismas bagi perayaan Krismas. Hal begini juga mesti dielakkan oleh penganut agama Islam dan majikan bukan Islam tidak harus memaksa pekerja Muslim mereka memakainya kerana ianya menyumbang kepada tertegaknya syiar tersebut.

d) Suatu kebiasaan yang tiada kena mengena dengan agama, syiar dan kepercayaan seperti majlis makan minum dan sebagainya. Perkara sebegini seharusnya dibenarkan penyertaan berbagai jenis dan lapisan kaum di dalam usaha mengeratkan hubungan dan perpaduan di antara mereka. Ini membuktikan kita tidak rigid kepada perkara lain selain prinsip akidah.

Tengok iklan tu sama taraf ke dengan sembah patung buddha? atau pakai salib?

Tidaklah saya katakan demikian, tetapi menyokongnya menjejaskan akidah seperti yg dijelaskan premis diatas. Melihat iklan perlulah dengan niat mengubah dan membenci kemaksiatan [ini bukan maksiat biasa ni maksiat meninggikan syiar agama lain, seperti hujah diatas, boleh jatuh syirik]

Mungkin imej hasil cantuman puzzle saya tidak cukup meyakinkan, boleh rujuk majlis fawa kebangsaan untuk isu hampir sama, iaitu Kongsi Raya.

p/s: tidak penting kebetulan atau sengaja,

“Tetapi iklan ini sangat menampakkan kemiskinan jati diri yang teruk. Kalau naik tikar ajaib Aladdin pun kira boleh tahan lagi. Iklan Aidilfitri paling rendah nilai dalam sejarah TV3” [Ustaz Hj Hasrizal Abd Jamil, 2010]

UPDATES:

Alhamdulillah TV3 telah memohon maaf dan menarik keluar montaj Aidilfitri silang agamanya yang kontroversi itu. Sedikit sebanyak suara kita di Facebook dan blog berjaya melunaskan amar makruf nahi munkar. Setelah TV3 belajar sesuatu, harap Facebookians juga belajar untuk bercakap dengan isi dan adab kerana kita tidak tahu siapa yang membacanya (Allah pasti!)


Comments
One Response to “Iklan Aidilfitri TV3 2010 : Membawa Agenda Pluralisme atau Kebetulan?”
  1. abdullah says:

    tv tiga suku..iklan raya paling merapu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: