Sukarnya mencari akh Marwan!! – [s.a.t.u]

Sambil menanti menu pesanan, fikirannya menerawang kosong. Biasanya Wafa’ jarang membuang waktu begitu, dapat sehelai ayat pun cukuplah – dari mushaf kesayangannya.
…..

Syifa’ tersenyum malu, tunduk tersipu-sipu.”Betul ke? Enti setuju ek, tak macam terlalu awal ke?” Wafa’ bertanya dgn wajah berkerut, agak kurang pasti…

“Kenapa? Bukan ke Wafa’ ke yg sampaikankan lamarannya?” Syifa’ heran…sedikit gundah. Wafa’ menggeleng. “Tidaklah…Wafa’ cuma sampaikan amanah akh miqdad. Dia sudah siap menikah dan ternytata dia menginginkan enti. Kalau enti sudah mantap…no worries. Sudah istikharahkan?”
“Sudah…”

“Nasi goreng daging?” Teguran waiter mematikan lamunannya. Entah mengapa berat benar dia ingin menerima kenyataan itu. Cemburu? Jauh sekali…

Tetapi…bukankah lebih baik akh memilih ukht yg lebih membutuhkan pernikahan dan sudah siap menanti begitu lama..? Fidaa’ misalnya, sudah 27. Atau kak Widad…28. Sedangkan Syifa’ baru 19. Second year uniKL… Huh. Wafa’ mengeluh. Teringat perbualan zaujnya semalam dengan akh miqdad… Cukup menjengkelkan. Astaghfirullah, moga dia tidak terus su’uzhon…

“Enta biar benar syeikh, mas’ul enta ok ke? Baru sgt di…umum lg. Ingat sikit syeikh, menikah nie bukan sekadar memenuhi kebutuhan seorang manusia…”

“Afwan syeikh, ana ingat prinsip tue. Dalam rangka ibadah dan perhitungan kekuatan dakwah, insyaAllah dengan memilih Syifa’, ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah. Daripada nikah dgn org lain, tapi asyik teringatkan dia…” Akh miqdad mempertahankankan keputusannya.
(huuh alasan lapuk..bagiku..)

Akh miqdad meneruskan katanya lagi, “Dia juga cerdas. Memenuhi kriteria yg ana inginkan…”
“Bukan ke kerana dia cantik?” zaujku memintas percakapannya.
“Ala, itu normallah… Kita kan lelaki, rasionalla syeikh…”
(mudahnya…huuh)

Mengecewakan…

Ikhwah seperti Miqdad ternyata masih mengutamakan fizik. Alasan lain tentunya tambahan semata. Huuh. Ups…suuzhannya. Tapi sejujurnya…
Wafa’ benar2 kecewa. Bukankah seharusnya org seperti miqdad adalah mereka yg memilih isteri berdasarkan kualiti agama… Mengapa?

“Aih, mengelamun ke puan wafa..?”Panggilan lambut mengingatkannya kepada nasi goreng daging yg belum disentuh didepannya…
“Aduh. Terkejut lah. Takde kerja lah tue cik Lin. Entah lah, peningla perangai ikhwah…”

“Kelmarin dah mengeluh, hari nie mengeluh lagi. Baguslah… At least ikhwah pilih akhawat. Huhu”, meluncur laju dr bibir cik Lin…
“Ala kalau tak dapat ikhwah pun tak pa. Kenapa, mereka ke yg terbaik di dunia? Kalau tak qualified, no way lah…” Cik Lin tiba2 beremosi…huhu

“Temankan ana jap. Cari zauj wafa’. Kat bilik sana rasanya…” Wafa’ menarik tgn ukhtinya yg sgt disayanginya…

………….

Baru sahaja hendak mengetuk memanggil akh faruq, zauj Wafa’, terdengar pembicaraan yg membuat mereka berpandangan…

“Bila enta nak nikah syeikh? Dah habis study dah, sudah punya ma’isyah. Kasihan akhawat menunggu…” Suara akh Zaid.
“Biar dululah…kemampuannya belum ada. Takde 20k, jgn omong kosonglah…hehe.”
“Yelah tue… Eh, enta nie, enta nak akhawat macam mana..?”
“Iyalah, kalau ada yg macam aisyah, cantik dan cerdas. Aha…plus macam khadijah ada bisnes boleh sara ana sambung masters. Haha!” Canda akh Umar.

“Yalah, dua-dua terus lah akh…” Sambut akh Zaid.
Keduanya tertawa…

“Jangan terlalu bnyk kriteria akh…”
“Tenang… Stock akhawat kan banyak. Derang tak tolak punya. Haha…”

Wafa’ menarik tgn ukhtinya berlalu. Niat mencari zaujnya terbantut, bibirnya mencebik. Mulutnya mula mengomel, ‘Amboi, mudahnya bercakap, satu pun belum tentu akhawat nak. Ada hati, macam lah sekualiti rasul…’

Marah. Geram.

Entah lah. Ade lagi konsep begitu di kalangan ikhwah kita…huuh.

Tetiba dia teringat akh Marwan. Subhanallah, ikhwahnya bagus sgt…nasyat. Kerja bagus, dan tentunya good looking… Pernah terpilih pelajar terbaik melb uni juga mas’ul tarbiyyah di sana. Belum lagi jawatan2nya kini di Malaysia. Pendek kata, dia dulu antara akhawat yg mengaguminya…

Ketika akh Marwan menikah, kononnya, banyak akhawat yg patah hati. Seperti apakah zaujah pilihannya..? Wafa’ sampai lambat ke satu program kerana teringin benar singgah n melihat sendiri bagaimana rupa zaujah akh Marwan…

Jreng………ukht Aisyah, zauj akh Marwan tidaklah seperti yg Wafa’ bayangkan. Tidaklah secatik dan semuda Syifa. Usianya bahkan 5 tahun lebih tua dari akh Marwan. Aduh, itu yg membuatkan dia menjadi lebih kagum dgnnya. Memilih ukht Aisyah lebih kerana urusan agama n dakwah…

“Puan wafa’! Ngelamun lagi lah tue…”
“Ade lagi ke ye macam akh Marwan?” Wafa’ membalas. Tercengang2 Cik Lin. Namun faham apa yg difikirkan ukhtinya… “Entah lah. Ana sendiri ada beberapa kriteria utk calon Zauj…tp ana ingin bakal zauj ana memilih ana kerana kualiti dalaman ana, bukan kerana manis, atau pointer yg terbilang atau kerana jawatan2 yg ana sandang…bukan. Tapi kerana alasan akh Marwan memilih ukht aisyah…ucap Lin lirih.

Sampai di rumah, Wafa’ mengeluh lg. Beberapa hari fikirannya menerawang kosong. Langkahnya bagai diawangan, tidurnya tidak lena, mandi tidak basah. Gaya org bercinta…

Zaujnya maklum. Tentu ada yg tidak kena…

“Kenapa ikhwah memilih sgt??” Wafa’ mula menduga.
Zaujnya melempar senyuman. “Akhawat pun sama…apa kurangnya. Ternyata masih ramai yg menilai kerana hitungan manusiawi; gaji tetap misalnya…bukan begitu?” Zaujnya pula bermain kata.
“Logik la kan? Mestilah. Nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yg lebih baik butuh dana sekian sekian; urusan sekolah lagi, makanan bergizi, keperluan di rumah, permainan anak2, magic disney (gurau je)… Apa lagi kalau anaknya banyak.” Wafa’ cuba membela kaumnya.

“Ok. Ok. Relax2, jgn terlalu emosi. Memanglah, cuma sekarang nie ramai akhawat qana’ahnya kurang. Bezakan antara kebutuhan n keperluan? Soal makan contohnya, yg bergizi tak semestinya mahal kan? Dengar2 sekarang ramai akhawat dah tak pandai masak yea, terus bagaimana..? Tambah biaya lagi…hehe.” Zaujnya terus mengusik melihat Wafa’ sudah monyok dan wajahnya tertekuk-tekuk…

………………

Yang pasti, jiwa masih boleh dibentuk, persepsi masih boleh diubah. Wafa’ mengharapkan ikhwah yang masih memegang neraca bumi akan menyedari betapa nilai sementara dunia tidak bermakna. Ini semua merupakan persoalan tarbiyah, mungkin jawatannya sahaja ‘ikhwah’, tetapi mungkin dia belum mengunyah dan menghadam prinsip-prinsip dakwah.

Wafa’ termenung sekali lagi, khuatir terlalu banyak ‘muhajjir Ummu Qais’ dalam pasukan daie. Wafa’ termenung lagi, mengenangkan jalan dakwah ini, orang seperti apakah yang akan membentuknya.

Kepada akhawat pula, Wafa’ mengharapkan usahlah terlalu bertepuk tangan apabila datangnya pinangan ikhwah, kerana pinangan itu merupakan tanggungjawab, bukannya tanda laku atau tidak dirinya.

Dan kepada akhawat yang masih menunggu, dan saban hari kebutuhannya semakin bertambah, dan masih tetap terus thabat dalam iman dan taqwa, pasti Allah sediakan hikmah yang besar untuk mereka!

Wafa’ pasti, tarbiyah Allah itu berterusan. Barangsiapa yang senget dalam keputusan awalnya, pasti tidak dapat berjalan dengan lurus selepas itu. Pasti ada sahaja cara yang lembut atau keras teguran Allah.

Entah lah… Wafa’ sudah tidak punya jawapan pd persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalanya. Yang pasti dia amat meyakini, sukarnya di zaman ini mencari ikhwah seperti akh marwan!!


Penulis : Ummu Wafa’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: