Antara Puan Nor Azita Osman dan Dang Anum

Assalamuaikum wbt. dan selamat sejahtera.

Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkahi dan baik.

Doa-doa Kita untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bulan Rahmah dan Keberkatan iA dimabulkan Allah dengan kita semakin hampir dengan bulan Keampunan dan Kebebasan dari Api neraka.

Namun, semakin hampir kita kepada Ramadan. Semakin berpecah umat Melayu Islam. Semakin jauh kita dari rahmat Allah.

Kenapa saya berkata demikian?

Paling menakutkan, kes luahan hati Puan Nor Azita Osman [selepas ini disebut NAO] menjadi polemik masyarakat setelah diapi-apikan oleh akhbar tabliod Sinar Harian DISINI, setelah beberapa hari kes tersebut hanya sekadar fenomena laman sembang facebook oleh 2 page yang menentang dan menyokong.

Sinar Harian melaporkan,

Difahamkan kisah luahan itu bermula apabila wanita tersebut yang sedang hamil mencari biskut jenama terkenal [Famous Amos, ed penulis blog] di Johor Bahru, bagaimanapun tidak menemuinya.

Memang benar, wanita berkenaan menggunakan kata-kata yang agak kesat dan boleh mengganggu sensitiviti masyarakat seperti ‘hinanya’ dan lain-lain.

Tetapi penulis percaya, semasa menulis beliau lupa akan implikasi luahannya!

Difahamkan, Puan NAO sudah mula menulis status memohon kemaafan setelah ribuan penyokong dan penentang yang mula menyatakan pendirian masing-masing.

Sebagai orang Johor, saya amat marah kerana sikap prejudis yang beliau lemparkan kepada Negeri Johor. Saya yakin, perasaan sama akan hadir dalam jiwa saya jika dia mengeji negeri lain yang bukan negeri saya, kerana saya tidak boleh terima orang bercakap lepas seperti itu.

Kenapa Puan NAO sanggup berkata demikian?

Melalui gaya bahasa beliau semasa menulis, beliau memang tidak menjaga tatasusila di halaman sosial seperti Facebook. Jika beliau memang seorang yang bagus dan pandai menjaga hati orang lain. Tidak akan tergamak beliau menulis sedemikian.

Namun jangan kita lupa. Orang mengidam sanggup berbuat apa-apa yang diluar jangkaan, termasuk MENDERHAKA KEPADA SULTAN.

Menderhaka?

Ya. Pada Zaman Kesultanan Melayu silam, menolak atau melanggar apa-apa sahaja perintah Sultan atau melakukan sesuatu yang mendatangkan kemurkaan. Tanpa ragu, hukumnya bunuh.

Cerita Dang Anum.

Sultan Mahmud Shah 11 yang memerintah pada 1699 mengarahkan Laksamana Megat Seri Rama, juga dikenali sebagai Laksamana Bentan (berasal dari Pulau Bintan) menghapuskan lanun yang menyerang pantai selatan Johor.

Laksamana Bentan meninggalkan isterinya, Dang Anum yang ketika itu sarat mengandung. Dang Anum sangat mengidam makan nangka lalu mengambil seulas nangka yang hendak dipersembahkan kepada sultan.

Ini membangkitkan kemarahan baginda dan memerintahkan Dang Anum dihukum. Dang Anum merayu dan memberitahu anaknya yang mahu memakan buah itu. Sultan mahukan bukti lantas memerintahkan pengawal memotong perut Dang Anum. Alangkah terperanjatnya baginda apabila melihat kesan nangka pada bayi itu.
Apabila Laksamana Bentan pulang dan mendapati isteri serta anaknya mati dibunuh, dia merasa marah dan menyerang sultan ketika sedang dijulang oleh panglima untuk bersembahyang Jumaat.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Sultan Mahmud bersumpah mana-mana orang berketurunan Bentan yang menjejakkan kaki ke Kota Tinggi akan muntah darah hingga mati.
Laksamana Bentan juga mati bersama Sultan Mahmud Syah. Baginda dikebumikan di Kampung Makam, Kota Tinggi manakala Laksamana Bentan di Kampung Kelantan, juga di Kota Tinggi.

Nah, sekarang lihat. Lihatlah kelemahan manusia. Kerana buah Dang Anum menderhaka. Apatah lagi Puan NOA yang tidak berfikir 100 kali sebelum berkata-kata?

Hasilnya

Lebih malang, tekanan keras diterima oleh Puan NAO walaupun dia telah memohon maaf. Semua yang memaafkannya dikatakan menyokongnya. Semuanya disatubakulkan, what a sick society!

Saya gila atau mereka gila? Masyarakat KITA gila!

Kenapa saya kata kita gila?

“Saya dah berapa hari monitor ‘news’ ni. Memang sedih dan risau dengan perkembangan group yang pertama. Ada yang track tempat kerja Pn Azita, lepas tu ada yang call pakcik yg bekerja dia jabatan kastam untuk menga…du tentang beliau, ada yang post license plate kereta beliau… Gila betul. Ni dah macam lynch mob. Lepas tu jadi satu hal, media pulak bagi liputan menyebelahi group ini dan seterusnya, memanjangkan cerita/penghinaan/dosa dendam terhadap beliau. Saya rasa isu ni dah masuk bab harassment, especially the really personal and specific threats…”
[Najah Nasseri, 2010]

Konklusi

Inilah masa yang paling sesuai untuk semua bermuhasabah. Menilai perilaku masing-masing di Facebook.

Tidak lupa menjaga fitrah bangsa Melayu Islam yang sensitif dan sayangkan tanah airnya. Dan pula kembali bersatu dan buangkan karat-karat Jahiliyyah yang bersifat kepuakan dan kenegerian.

Juga, inilah masanya untuk menilai keberkatan Ramadhan kita. Jangan sampai Allah menurunkan bala baru kita nak sedar kesilapan kita.

Hentikanlah cakap-cakap ‘beliau harus bertanggungjawab’, perlu ‘minta maaf terbuka’, ‘ini berbaur penghinaan’, ‘ini bukan perkara main-main’. Paling menyedihkan orang-orang berjawatan mula masuk campur dan memberi komen dan ulasan yang tiada kaitan, berkaitan pembangunan dan sebagainya.

Ketahuilah, biskut Famous Amos tiada kaitan dengan pembangunan! LOL.

Maafkan

Maafkanlah kesilapan semua kerana ini adalah waktu DILARANG SOMBONG! Abu Hurairah pernah merekodkan selepas Nabi SAW berkhutbah, salah seorang sahabat bertanya,

“Ya Rasulullah, kenapa engkau lakukan ini?” [berkata ‘Ameen’ secara tiba-tiba sebanyak 3 kali setelah menaiki mimbar]

Baginda menjawab :

“Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin.”

[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].

Hendaklah sentiasa ingat bahawa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk selalu bersama dengan Allah pada bulan mulia ini =)

Ferdaus Tahar

p/s: Kepada mahasiswa. Ada pertandingan bagus untuk yang terer main facebook. Daripada dok bertekak, boleh dapat Hadiah Lumayan. KLIK SINI

Comments
10 Responses to “Antara Puan Nor Azita Osman dan Dang Anum”
  1. ilyas says:

    jadikan iktibar dan pengajaran..ambil yg jerih buang keruh!
    kerana page NOA wujud byk dosa2 kering wujud

    Islam itu indah ..renung2 kan

  2. wAt| says:

    salam…
    terlebih dahulu, sy memohon maaf jika cara sy menegur ini salah. tetapi, terkilan ati sy apabila NAO disamakan dgn dang anum. kenapa sy berkata begini?
    1. dang anum bknlah anggota/peg kjaan spt NAO yg tlh berikrar taat setia kpd kjaan & menjaga maruah institusi tersebut;
    2. dang anum meminta hanyalah buah nangka tempatan. manakala, NAO inginkan biskut jenama import;
    3. dang anum meminta ampun atas kemurkaan raja berkali2x. manakala, NAO meminta maaf hanya pd rakyat jhr shj;
    4. dang anum bersendirian ketika kejadian. manakala, NAO memiliki rkn2 yg bergurau senda dgnnya;
    5. dang anum sanggup menerima hukuman atas perbuatannya. manakala NAO pula ilang xtau ke mana;
    6. dang anum tidak mempersendakan sesapa. manakala, NAO tau2 saja;
    7. dang anum seorg srikandi. manakala, NAO sy xtau apa jd;
    8. suami dang anum mempertahankan maruah isterinya. manakala, suami NAO xtau pecite;
    9. kata2 terakhir megat sri rama,”Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!”. tidak cukup baikkah sultan jhr skrg?
    akhir kata, sy meminta maaf lg skali atas teguran sy ini. sy sygkan sejarah dang anum & laksamana bentan. jgnlah cemarkan imej mereka yg tlh tiada ini. sy juga sygkan NAO sebagai saudara Islam, jgnlah benarkan org lain yg sygkan dang anum bertambah membenci NAO lg. sy hormati pandangan saudara, tp sy xsanggop andai ada org mencerca saudara pula.
    ini hanya pandangan ikhlas sy… andai ada tersilap kata, maaf jua yg sy pinta. selamat menyambut ramadhan.

    • hero says:

      hmmm, aku rasa ko x fhm apa yg penulis artikel ni nak sampaikan….

      • wAt| says:

        sy fhm segala yg disampaikan oleh penulis. tp, sy xbersetuju jika NAO disamakan dgn dang anum. sy tak kisah kalau penulis memberi contoh lain, tp bkn dang anum yg sy hormati. lgpun, sy rasa penulis pun tau itu hanyalah sebuah teguran dr sy. sy langsung tiada maksud menghina sesiapa dlm hal ini. sy menghormati pandangan penulis & sy rasa penulis juga menghormati teguran sy. tp, adakah saudara/i memahami bhw sy hanya menegur? tepuk dada, tanya selera… apa2pun, selamat ramadhan & jgn berbuka sebelum waktunya. wasalam.

  3. lalakiki says:

    dang anum nak disamakan dengan nor azita… gila isim ke aper ko nih

    Zaman pun berbeza lagi ko nak samakan.

    dang anum pun tak hinggin nak makan biskut yang tak de cap halal… just seulas nangka bukan sebungkus femes ames

  4. pdf822 says:

    salam ..

    Saya bukan seorang yg pemaaf ..

    Saya mau Nor Azita Osman & seluruh keluarganya KELUAR dari JOHOR .. itu sahaja hukuman yg setimpal …tak perlu kata maaf dari wanita ini ..kita tak dapat apa2 faedah..

    • hero says:

      mengarut betul ko ni. benda sesimple ni pun x boleh nak maafkan. baru dihina dgn sepata 2 kata dah melenting marah, sampai mengharamkan negeri.

      hati terlalu hitamkah?

    • otai says:

      Hmm.. x sangka sampai camni pendapat yg anda luahkan..
      Wajarkah anda nk menghukum sebegitu rupa??
      Ape pendapat saudara jika seseorang tu menghina agama saudara sendiri..
      Adakah saudara paksa beliau keluar dari agama beliau??
      hm.. Sedih dengan masyarakat skarang.. benda yang remeh temeh camni pun
      nk dijadikan isu yang besar.. sampaikan mengganggu kehidupan peribadi beliau..
      Sedarkah saudara sedari sekalian.. Apakah Negeri saudara saudari sekalian lebih penting dari agama yang saudara anuti???
      Tengokla zaman sekarang.. berapa ramai sahabat2 kita kat luar sana yang x pedulikan soal agama?? Contohnya cara berpakaian.. Tingkah laku dan sebagainya..
      Sepatutnya itu yang saudara saudari kisahkan.. tegur.. demi agama saudara saudari sendiri… Fikir la saudara saudari sekalian.. Ramai musuh musuh kita diluar sana cuba memecahbelahkan masyarakat islam sekarang..
      Sepatutnya itu yang patut kita pertahankan.. Ape yg salah tu kita tegur…
      X berdosa pun kalau kita maafkan beliau..

  5. cik mus'ab says:

    maafkan je lah.. kita semua manusia.. bukan malaikat.

    pelik, kenapa la kes macam ni besar2kan? sedangkan belambak lagi kes yang perlu di ambil berat !

    kes aqidah anak2 muda sekrang etc.

    dah la.

  6. ape la says:

    ape plak nak suh kita maafkan! korg ni pun satu. kita boleh maafkan die, tapi kalau dia minta maaf secara terbuka!!!! kalau kita bersikap lembut mcm ni, korg tak percaya, korg tgk la lepas ni, bersepah org buat salah, diorg tak kisah pun. siap yg buat salah tu akan cakap, alahhhhh, takpe. ko dgr je ckp aku ni. tak lama nanti diorg maafkan jgk!! wei, die dah buat salah die patut mintak maaf. tu pasal anak2 zaman skrng, dah buat salah ngn mak bapak, diorg buat tak tau, takde rasa bersalah, tak de rasa NAK MINTAK MAAF!!!!!!!!! sebab ape? sebab mak bapak diamkan. Sama jgk mcm ni!!!!! aku bukan suh dia sujud kat kaki semua rakyat johor. just mintak maaf secara terbuka! tu sahaja!!!!!!! yg kite nak lembut2 sgt buat ape? lain lah kalau org suh dia sujud kat kaki org2 johor2. yg tu aku paham lah kalau korg suh maafkan je. die berani ckp, die tanggung lah sendiri!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: