Menambah Amal, Mengejar Redha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkahi dan baik.

Doa-doa Kita untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bulan Rahmah dan Keberkatan iA dimabulkan Allah dengan kita semakin hampir dengan bulan Keampunan dan Kebebasan dari Api neraka itu.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan rohani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah.

Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafus Salih mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat Aidilfitri.

Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (solat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami. Sweet kan?

Pasukan terbaik dunia seperti Spain juga mempersiapkan latihan selama berbulan-bulan untuk menjuarai Piala Dunia. Apakah latihan yang kita telah ambil untuk merebut Piala Taqwa?

Sesungguhnya mereka yang telah mempersiapkan diri sejak dari Bulan Rejab dan Syaaban akan meluncur penuh gaya ke Final, sama seperti Spain mungkin?

Bagi mereka yang baru tersedar dari lamunan seperti saya. Peluang masih ada selagi Kejohanan Ramadhan tidak tamat, bahkan belum bermula kecuali beberapa hari lagi. Adakah kita mahu menjadi pasukan yang tewas?

Oleh itu, saya bekalkan anda dengan sedikit tema kejohanan Ramadhan 1931 H ini:

‘Piala Taqwa: Menambah Amal Mengejar Redha!’

Ayuh!

Peringatkanlah diri anda supaya tidak lalai dalam perebutan tempat ke Final Lailatul Qadr dengan poster-poster Kejohanan yang menarik disini:
http://www.facebook.com/photo.php?pid=4669885&l=b19342a8fd&id=784668120

Download dan tampallah dirumah, agar Mak dan Ayah tersayang sama-sama bermain dalam satu pasukan, atau paling tidak menyokong anda!

Ahli grup sekalian,

Hendaklah sentiasa ingat bahawa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk selalu bersama dengan Allah pada bulan mulia ini.

Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya.

Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka mentaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah di Agungkan atas kurnia hidayah tersebut.

“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.” (Al-Baqarah: 185)

Ingatlah bahawa jiwa, ruh, dan akal manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam keadaan seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu.

Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

Bacalah Al-Quran dan tadabburlah maksudnya seolah-olah Allah berkata-kata dengan anda. Carilah titisan air mata dalam rangkai kalimat yang anda baca.

Selamat beramal dan doakan saya =)

Ferdaus Tahar

_____________

Hadith nabi:

“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt
“Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!’”

Comments
One Response to “Menambah Amal, Mengejar Redha”
  1. Salam Tuan … saya nak mintak izin guna gambar budak dalam artikle nih utk buat sampul raya …. bukan untuk jualan …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: