Buku apa yang anda baca?

Gambar oleh: Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim, Kaherah

Terkejut dan terdiam seribu bahasa apabila seorang rakan yang aku hormati bertanya,

“Buku apa yang tengah awak baca sekarang?”

Sungguh, aku bukan terkesima kerana tiada jawapan namun terkejut dengan soalan sebegitu. Seumur hidupku, belum pernah ada yang bertanya demikian.

Teringat kata-kata abang seorang sahabatku dahulu, lama semasa di Malaysia. Bagiku kata-kata tersebut amat mengesani jiwa. Mencerminkan kematangan beliau dalam kehidupan realiti, relevan kepada kita yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu dan amal.

“Pemikiran manusia terbentuk melalui 2 aspek: Buku apa yang anda baca dan dengan siapa yang anda berkawan”

Mungkin kata-katanya tidak relevan bagi orang yang arif dalam bidang psikologi, namun cukup memaknakan diriku.

Aku beriman, bahawa kedua aspek tersebut amat penting. Bagaimana anda?

Buku memainkan peranan penting dalam membentuk fikrah (pemikiran) dan ‘world view‘.

Nabi saw diutuskan bersama sebuah buku sebagai petunjuk ajarannya iaitu Al-Quran. Dan generasi Al-Quran ini telah meruntuhkan empayar 20 kurun Rom dan Parsi, dengan memerdekakan manusia daripada perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Allah.

Ramai lagi tokoh yang teguh dalam perjuangan masing-masing melalui pembacaan. Sungguh sahabat-sahabat pasti terngiang-ngiang lagi tentang filem hindustan yang kita tonton minggu lepas bukan?

Bhagat Singh sanggup mati sebagai seorang athies dalam perjuangannya membebaskan India daripada penjajah kerana terpengaruh dengan tulisan Lenin. Jelas, Bhagat Singh bukan calang-calang insan. Beliau seorang yang sangat berpengaruh dalam perjuangan sehingga mampu menggerakkan reformasinya dari dalam penjara. Tiada tirai yang boleh menutup perjuangan.

Kedua, siapa kawan anda.
Rakan, sahabat, roomate, housemate, classmate, groupmate dan segala mate-mate yang ada sangat mempengaruhi tindakan dan pembentukan emosi kita. Sahabat-sahabat Nabi saw. masih merasakan kehadiran Nabi saw. dalam setiap tindakan mereka meskipun Nabi telah wafat. Pendapat peribadi ini aku cungkil setelah membaca tentang perang Qadisiyya, perang antara Islam dan ‘The Burning Light Empire’, Parsi.

Jelas perwatakan sahabat-sahabat yang berjuang seolah-olah Nabi masih disisi dan berjuang bersama mereka, sedangkan pada masa tersebut Amirul Mukminin adalah Saidina Umar Al-Khattab. Mereka tidak berasa lelah dalam perjuangan. Terus tabah dan cekal kerana mereka berpegang kepada janji Nabi dalam sepotong hadith ketika Suraqah (seorang pemanah tepat Quraisy) berjumpa dengan Nabi setelah beliau gagal memanah baginda secara sembunyi.
Diatas kegagalan tersebut beliau berjumpa Nabi untuk berhadapan. Baginda terus menawarkan Gelang Kishra (gelang kekuasaan Parsi, macam keris pada raja-raja melayu) kepada Suraqah ketika Suraqah meminta perlindungan Nabi saw. jika dia ingin menganuti agama Islam selepas ini. Sangatlah ajaib sedangkan ketika itu Negara Islam Madinah pun belum tertegak, Nabi telah menawarkan simbol paling hebat ketika itu kepada sahabat yang belum memeluk Islam.Setelah Perang Hunain, Suraqah menemui Nabi di Ji’ranah, suatu tempat antara Thaif dan Makkah untuk menyatakan keislamannya.

Umar manghantar 3 utusan dalam perang tersebut untuk berunding dengan Rustum (general tentera Parsi), semua mereka dihamburkan dengan kemewahan yang melimpah ruah jika orang-orang Islam sanggup berkompromi. Namun dengan bangganya sahabat-sahabat ini berkata, “Nabi kami mengajar kami menawarkan 3 perkara, pertama Al-Islam, jika tidak Al-Jizyah, jika tidak perang keatas kamu”

Dalam keadaan lain, bantuan kepada tentera Islam di Parsi telah datang dari Syria dibawah pimpinan Komander Hashim ibn Utbah. Panglima perang Qadisiyya, Saad ibn Abi Waqas meminta Hashim ibn Uthbah berehat setelah sampai untuk mengembalikan tenaga. Jawab Hashim ibn Uthbah, “Tidak mengapa, dalam perang aku berehat.”

Doktin yang utuh inilah yang terpahat dalam jiwa sahabat, walaupun setelah kewafatan Nabi saw. Sangat jelas kesan pentarbiyahan Nabi mempengaruhi setiap jalan hidup sahabat. Apa visi dan objektif hidup mereka.

Sebagai pelajar, sesungguhnya kedua-dua aspek ini amat mempengaruhi hidup kita. Semoga kita memilih buku dan rakan yang baik dalam mengharungi dunia belia yang dipenuhi cabaran. Selamat membaca.

Mutiara Al-Quran:
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil
Al-Ma’arij: 19-21

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: