Siapakah Aku?

Siapakah aku?

Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran. Lantas aku temuinya dalam Islam.

Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan.

Ya,  setiap kali datang hari-hari baru, akan ada SAKSI yang melihat amal-amal kita.

Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusaha menyelamatkan diri kita dari neraka, dengan mengikuti ajaran

Islam yang Agung.

Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.

Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.


Wahai al-Ikhwan !!

Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.


Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudiyang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh.

Kamulah pemuda-pemudi itu .

Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.


Letakkan dihadapan mata kamu sabda Rasulullah s.a.w.

“Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa.”


Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya?


Wahai al-Ikhwan.

Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas:

Mengenal Allah.

Memperbaiki diri.

Mengasihi semua makhluk.


Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah.

Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar. (melebihkan saudaranya, pent.)

Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:

1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.

2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.

3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya.

[ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا ]

‘Demi Al-Quran di waktu Fajar, Sesungguhnya Al-Quran di waktu Fajar itu adalah disaksikan’


[Dari lembar-lembar Risalah Ikhwan]


من أنا

باحث عن الحقيقة … فوجدتها في الإسلام

وباحث عن السبيل … فوجدته في دعوة الإخوان

نعم … فكل يوم جديد على عملنا شهيد … وهو فرصة أخرى يمنحها الله سبحانه وتعالى لنا لكي ننقذ أنفسنا، باتباع رحمته المهداة ونهجه القويم … الإسلام العظيم … وأول خطوات ذلك العمل مع انفسنا ..

أيها الإخوان

ميدانكم الاول انفسكم ، فإذا انتصرت عليها كنت على غيرها أقدر ، وإذا أخفقتم فى جهادها كنت عا سواها أعجز . فجربوا الكفاح معها اولاً ، واذكروا أن الدنيا جميعا تترقب جيلا من الشباب الممتاز بالطهر الكامل والخلق القوى الفاضل ، فكونوا أنتم هذا الشباب ولا تيأسوا ، وضعوا نصب اعينكم قول الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم (( اضمنوا لى ستا من انفسكم ، اضمن لكم الجنة اصدقوا اذا حدثتم ، وأوفوا اذا وعدتم ، وأدوا اذا أؤتمنتم ، واحفظوا فروجكم ، وغضوا ابصاركم ، وكفوا أيديكم ، ثم انظروا هل انتم كذلك )) ؟

أيها الاخــــوان

دعوتكم هذه تقوم على أصول ثلاثة :

معرفة الله ، وصلاح النفس ، ومحبة الخلق

والمعرفة إنما تكون بالتذكر والمراقبة

وصلاح النفس بالطاعة والمجاهدة ،

ومحبة الخلق بالنصيحة والايثار

وأن أول ما أطالبكم به عملياً ، وأحاسبكم عليه باسم الفكرة :

1 – أن يجعل كل منكم لنفسه حصة من القرآن الكريم يقرؤها وآية على الأقل يحفظها يومياً .

2 – وأن تحرصوا على جلسة المحاسبة قبل النوم ، يستعرض كل منكم فيها عمله اليومى بينه وبين نفسه ، فإن وجد خيراً فليحمد الله ، وإن وجد غير ذلك فليعزم على تدارك ما فات .

3 – وأن تحرصوا على هذه الصلوات الخمس فى أوقاتها ، وأن تحسنوا أداءها، وتفقهوا أحكامها، وتتموا ركوعها وسجودها وخشوعها، وتجيدوا وتتدبروا ما تقرءون من كتاب الله فيها، ولا تقصروا فى النوافل الرواتب، وأن تتحروا المسجد والجماعة ما استطعتم، وأن تحرصوا ما أمكنكم على صـــــلاة الصبــح فى وقتهـــــا

{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Comments
4 Responses to “Siapakah Aku?”
  1. Hamba NYA says:

    salam ziarah… seronok membaca blok kamu ini…

  2. ibnutoha says:

    salam hamba NYA,
    thanks sbb sampai dari jeuh ke blog hamba ni. huhu..

    rasa sangat terkesan dgn kegigihan seorang ibu seperti anda. Andalah segalanya untuk anak2.

    Didiklah mereka dgn tarbiyah yang secukupnya, dekatkan mereka dgn org2 soleh, beri mereka ilmu. Memetik kata saidina Umar, ‘didiklah anakmu dgn sastera (sejarah), maka yang pengecut akan menjadi pemberani’.

    Sastera adalah segalanya bagi org arab, Allah memberi rasul dan sahabat kekuatan dgn cerita2 di dalam AlQuran. Didiklah mereka dgn realiti.

    Sepanjang pemerhatian saya bersama remaja. Ibu bapa mereka memberikan pendidikan agama yang cukup, menghantar ke sekolah agama, namun apabila keluar dari biah (persekitaran) soleh mereka jadi lebih org putih dari org putih.

    (Tidak semua) Kerana, agama mereka hanya pada serban dan jubah di sekolah agama, bukan dalam jiwa mereka. oleh itu didiklah mereka untuk menjadi al-gharib (asing, dagang) dalam dunia realiti yang mencabar. memakai ruh islam walaupun tanpa jubah dan serban (namun sy galakkan memakai keduanya kerana juga dipakai nabi)

    Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan (gharib) asing. Dan ia akan kembali menjadi (gharib) asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).

    pada saya:

    “Bukanlah Ghariib itu mereka yang berpisah dari negeri mereka dan mengucapkan selamat tinggal sekarang,
    Tapi Ghariib itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekelilingnya asyik bermain-main.
    Dan tetap terbangun ketika manusia disekelilingnya asyik tidur dengan lenanya.
    Dan tetap mengikuti jalan lurus dikala manusia dalam kesesatannya tenggelam tanpa arah, menyeru mereka kepada keluasan Islam”.

    Saya berdoa agar sy akan menjadi bapa yang baik kepada anak2 saya kelak, menjadi sekuat anda dalam membesarkan mereka.

    Salam dari kota Dublin.

  3. Hamba NYA says:

    terima kasih atas nasihat yang bernas. insaallah akan saya cuba sedaya upaya untuk menjadikan anak2 saya sebegitu. saya juga berharap agar saya menjadi sekuat dan setabah wanita2 terpillih, siti Aminah (bonda Rasulullah), siti Khadijah (isteri Rasullah), siti Fatimah (anak Rasulullah), mariam (bonda nabi isa), siti Asiah (Bonda angkat nabi Musa). Amin…

  4. ibnutoha says:

    ameen.

    best betul nama2 tu.
    teringat buku women around the messenger karya aminah qutb.

    ayat paling best ‘ aminah’s womb was most noble womb ever’..

    p/s: akak dah sihat ke~?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: