“Media & Islam – Berperang atau Berdamai?”


Masihkah anda ingat bagaimana bekas Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush, mengeksploitasi media untuk meng’halal’kan serangan ke atas Iraq pada tahun 2006? Selain ribuan manusia tidak berdosa mati ketika perang tersebut, kini Iraq masih dihiasi dengan letupan bom di sana sini.

Dan masihkah anda ingat bagaimana media antarabangsa digunakan sebaiknya oleh Amerika untuk melancarkan “War on Terrorists” selepas tragedi 11 September 2001? Ketika itu, fundamentalis Islam juga dilabel sebagai pengganas!

Sesungguhnya, tiada siapa dapat menafikan bahawa media kini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam membentuk pemikiran masyarakat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu isu. Walaubagaimanapun kita dapat lihat bahawa pihak media antarabangsa sering memberikan maklumat yang salah dan kurang tepat mengenai agama Islam.

Atas kesedaran inilah, iLuvislam.com menerbitkan buku pertama kami yang bertajuk “Media & Islam – Berperang atau Berdamai?”. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah.

Buku ini adalah hasil usaha salah seorang krew iLuvislam.com, saudara Mohd Effy Saiful Mohd Fathil yang telah menterjemah sebuah ceramah dan soal jawab yang bertajuk “Media and Islam – War or Peace” yang disampaikan seorang pendakwah terkenal di dunia, Dr. Zakir Naik.

Buat pengetahuan anda, Dr. Zakir Naik aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama dan beliau digelar oleh seorang inidividu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai “Deedat Plus” pada tahun 1994.

Pada tahun Mei 2005, beliau menerima sebuah plag daripada Sheikh Ahmad Deedat yang terpahat padanya: “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”

Antara isi kandungan buku ini adalah:

Bab 1 : Media Massa
Bab 2 : Strategi Media dalam Memburuk-burukkan Imej Islam
Bab 3 : Muslim Fundamentalis, Ekstrimis dan Terroris
Bab 4 : Satu Individu, Satu Aktiviti, Dua Label
Bab 5 : Jihad, Istilah yang Disalahfahami
Bab 6 : Pengebom Berani Mati
Dan pelbagai soal jawab dari Muslim dan non-Muslim.


Sedikit petikan dari buku tersebut: “Ketika saya ke Los Angeles pada Oktober 2003, saya sudahpun bersedia…Kerana saya memakai tie dan code, berjanggut, berkopiah…Saya sudahpun bersedia untuk disoal siasat. Seseorang pendakwah haruslah sentiasa bersedia. Ketika saya melepasi imegresen,  “Oh, berjanggut dan berkopiah…Sila ke bilik soal siasat…”Mereka bertanya kepada saya, “Apa tujuan kamu datang ke sini?” Saya katakan, “Saya datang kerana saya akan diberikan anugerah.”

“Anugerah apa??!” Saya katakan. “Anugerah Kemanusiaan.” “Apa yang kamu lakukan sehingga mendapat anugerah?!” Saya menjawab, “Saya penyebar kebenaran. Jesus berkata dalam Gospel John bab 8 ayat 32, “Carilah kebenaran, dan kebenaran itu akan datang kepada kamu. saya adalah orang yang menyebarkan kebenaran.”

Saya tidak berbohong…saya adalah seorang daie, dan kerja saya ialah untuk menyebarkan kebenaran. Seterusnya, untuk memendekkan cerita, ketika saya sampai di kastam, mereka memeriksa bagasi saya lalu mereka terjumpa satu kaset ceramah saya yang bertajuk ‘Jihad & Terrorism“.

Mereka kemudian bertanya kepada saya, “Adakah kamu percaya kepada Jihad?”

“Sudah tentu, sedangkan Jesus pun percaya kepada konsep Jihad. Jesus mengatakan , ” You have to strive,” dan saya percaya kepada apa yang dikatakan oleh Jesus bahawa kita haruskan berjihad.”

“Tidak, tidak. Maksud saya adakah kamu percaya kepada perlawanan?”

Saya menjawab, “Ada disebutkan di dalam kitab Bible di dalam Exodus bab 22 ayat 20 bahawa kamu perlulah berlawan….Jesus sendiri pun di dalam Gospel Luke bab 22 ayat 36 bahawa ambillah pedang dan berlawanlah!”……..

Selepas peristiwa 11 September, kesemua urusan menjadi sukar termasuk urusan mendapatkan visa. Tetapi alhamdulillah saya berpeluang ke Amerika, Kanada, United Kingdom, Australia, Malaysia, Singapura dan saya mendapat visa selama 10 tahun daripada kerajaan Amerika, 5 tahun daripada kerajaan United kingdom dan 2 tahun dari kerajaan Kanada, alahamdulillah. ”



Berikut adalah testimonial yang kami peroleh dari mereka yang telah melihat dan membaca buku ini:

“Buku ni perlu dibaca oleh semua orang! Terutama mereka yang banyak bergaul dengan non-muslims. In fact, buku ini sesuai untuk bacaan semua, muslim dan bukan-muslim. To muslim, it’s an eye-opener on what’s really happening around the world that we live in, which centres very much around various forms of media; and can also be a tool for us to counter any allegations that is directed towards Islam and Muslims. To non-muslims, this is a very good reading as it explains all the misunderstandings that occur to clear the name of Islam. most importantly from this book we know who’s really at fault for what’s currently happening around the world; the non-muslim owned media networks. And Dr Zakir Naik being a diplomatic debater, instead of just blaming others, also offers ways to solve this problem.”
~ Mushana Aisamuddin, Universiti Tun Abdul Rahman, Kuala Lumpur~

“Design buku ini sangat cantik dan menarik. Design dalamannya lain dari yang lain dan ia membuatkan saya tertarik untuk baca buku ini. Isi kandungannya selari dengan apa yang dihadapi oleh kita hari ini. Dan ia amat sesuai dibincang dan dikongsi bersama dalam sesi usrah/halaqah”
~Md. Ruzani, Area Manager Kuala Lumpur, Petronas Dagangan~

“Alhamdulillah, setelah membaca buku ini, saya lebih faham mengapa berlakunya Islamphobia dikalangan non-Muslim. Sebagai seorang Muslim, saya lebih jelas tentang apa reaksi saya jika menerima pertanyaan-pertanyaan dari non-Muslim akibat salah faham mereka terhadap maklumat yang mereka terima melalui media. Sesuai juga dijadikan hadiah kepada rakan-rakan kita terutama non-Muslim. Two thumbs up!”
~anonymous, Kuala Lumpur~

http://www.iLuvislam.com
Imran Koyube

edited by: Ferdaus
p/s: tinggal 8 naskah yang masih belum terjual di Ireland. Sila tinggalkan pesanan di sini atau sila emailkan (mft_fer@yahoo.com) kepada saya untuk pembelian.  Buku ini berharga 4 euro. Sila tinggalkan nama, email atau no telefon untuk dihubungi, Pembeli bertuah berpeluang mendapat hadiah misteri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: