Luka Jabalya

gambar-petang

Hari ini merupakan hari yang indah dalam hidup saya. Saya asyik tersenyum-senyum di hadapan laptop saya. Saya mendapat pelbagai pengajaran. Sungguh, hari-hari sebelumnya memang hebat. Namun, saya sangat bersyukur kerana hari ini amat hebat, amat bermakna.


Benar kata seorang ustaz yang saya kagumi, “Anta hanya akan faham jalan yang kita lalui ini setelah anta menyusurinya. Jalan ini amat panjang dan berliku, inilah jalan yang kita pilih”


Saya banyak belajar hari ini. Saya terlupa bahawa saya sedang berurusan dengan manusia. Bukan batu atau pokok. Saya perlu meraikan perbezaan, kepelbagaian.


“Manusia ini unik”, kata seorang guru saya. Kata-katanya sentiasa saya simpan dalam menyelusuri hidup yang penuh rintangan. Namun, hari ini saya terlupa. Mungkin bukan terlupa tapi tersilap tekan.
Mungkin nota saya untuk hari ini berbelit-belit dan payah difahami serta bersifat ‘personal’. Cubalah cari-cari jika anda boleh mencedok sesuatu dari nota saya ini. Memang saya menulis nota ini untuk saya, saling tidak tumpah kepada nota-nota saya sebelum ini.


Saya menerima teguran dari seorang sahibah yang saya hormati. Beliau amat sensitif dan sangat mengambil berat perihal kakak, abang, adik, ibu serta ayah kita di Palestin, terutama di Jalur Gazza. Benar, saya tersilap cara dan gaya. Boleh jadi saya terlupa dengan firman ini:


“…dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.”
(Surah An-Nur:15)


Berapa ramai yang sanggup mengunyah kebenaran bila kebenaran dibentangkan dihadapan mata? Berapa ramai antara kita yg dapat bersedia menerima kebenaran seadanya? Mungkin saya tergolong dalam golongan sedemikian. Astaghfirullah. Ampunkanlah kami jika kami cuai dan bersalah.


Sebab itulah saya gembira. Kerana saya ditegur orang. Mereka menyayangi saya. Sungguh, saya menulis kerana mengetahui kesannya. Saya menulis bukan untuk dipuji.

Saya menerima 2 pasangan reaksi hari ini. Marah dan puji. Tidak sokong dan sokong. Teguran dan ucapan terima kasih. Kenapa sedemikian?


Kerana saya lupa meraikan perbezaan ‘mars’ and ‘venus’,adam dan hawa, lelaki dan wanita. Berpenat lelah Ustaz Hasrizal menulis buku ‘aku terima nikahnya’ (saya pasti ramai rakan suka dan sudah membacanya, ramai juga yang sedang) untuk menjelaskan perbezaan lelaki dan wanita. Kedua-dua pasangan reaksi diatas membuktikan perbezaan dari segi emosi lelaki dan wanita.


Pujian, sokongan dan ucapan terima kasih berlambak diterima dari kalangan lelaki. Namun, bangkangan, kemarahan dan teguran saya terima dari akhawat yang saya tersilap ‘send’ message tersebut kepada mereka. Saya tersenyum sendiri dengan kesilapan dan kegopohan saya dalam menaip.
Dakwah kepada lelaki dan wanita membawa pendekatan yang berbeza. Perkara ini memerlukan ilmu yang mana hanya diperolehi dari pengalaman dan ruang lingkup pembelajaran, juga kesilapan.


Saya juga tersedar kadangkala teguran kita (walaupun kita benar) bersifat ‘tidak sihat’. Contohnya, kita menyuruh orang lain berbaik sangka; namun dalam teguran kita menunjukkan kita juga berburuk sangka. Cuba kita renung-renung dan fikirkan teguran kita.


Kita rasakan orang lain salah. Mungkin dia salah dan kita benar. Tapi amarah kita menyebabkan kita secara tidak sengaja membuat akuan ‘general’ kepada sesuatu perkumpulan atau sesetangah orang.
“Si Fulan berkata begini dan begini, memang sume murid dalam sekolah itu diajar beginikah?”
Dimanakah apa yang kita katakan berbaik sangka?


Jangan ada kerenggangan dalam saf para pendokong agama ALLAH, apatah lagi perasaan benci atau bersangka buruk antara satu sama lain walau sedikit.


Dalam hidup, ada 2 perkara yang perlu kita ingat; kebaikan orang lain terhadap kita, dan keburukan kita terhadap orang lain.
Dan 2 perkara yang perlu kita lupakan; kebaikan kita terhadap orang lain, dan keburukan orang lain terhadap kita.

Retak akan membawa belah; kalau itu yang berlaku, maka jawablah di hadapan ALLAH bila ditanya; mengapa saf terputus dan da’wah terkubur?

Terima kasih kawan, saya tidak sedar apa yang buruk dan apa yang baik. Jika saya melenting jika ditegur igtkan saya tentang ayat ini:

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah:216)

~p/s: tajuk diatas sekadar mengingatkan saya dan teman-teman bahawa ada orang yang sedang bersejuk di luar rumah ketika musim sejuk. Ini bukan cerita kemanusiaan, tapi ini cerita akidah dan kesungguhan. Jangan kita bertempik sorak dengan keberanian Erdogan tapi kita lupa mereka yang bertinggung di bawah runtuhan bangunan berbumbungkan langit, berlantaikan batu batan.

~p/s/s: jangan marah-marah nanti cepat tua. jangan cakap orang empat jari lagi menuding kita


mh_031

Comments
6 Responses to “Luka Jabalya”
  1. ainulmardhiah says:

    alhamdulillah. syukur kerana diri ini juga disedarkan dgn artikel ini. syukran ya akhi.

  2. ibnutoha says:

    jazakillah atas komen dan ziarah.
    maaf kerana nota ini berterabur dan cik berjaya mencedok mana yang patut.
    tgh tunggu artikel ni, manenye?

  3. ainulmardhiah says:

    aduh, soalan tajam tepat kena muka.

    sebenarnya artikel yang ditunggu tidak didraft pn lagi, ilham tentang ‘itu’ belum datang lagi. Tapi insyaAllah – coming soon. Doa moga dipermudahkan.

    artikel luka jabalya: artikel ini baik2 sj. tiada yang berterabur. olahan elok, molek, dan boleh dimolekkan lagi. alhamdulillah, teruskan penulisan antum.

  4. ijak says:

    simple n steady..keep it up

  5. JHaZKiTaRo says:

    entry yg agak menginsafkan.. nice work.. salam ziarah by the way.. saje2 lompat2 blog org..🙂

  6. JHaZKiTaRo says:

    hahaha.. tu laa pasal.. sakit ati gak laa dgn kes lompat2 parti ni.. heh.. baru setakat ireland n uk?? takpe2.. take your time.. aku masa first year dulu pun jejak ireland n uk saje jgk.. heheh.. anyway, keep on blogging

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: