Serang Gaza 21 jam sehari… Zionis tak tahu letih ke?

Henti serangan tiga jam sehari – Zionis

BAITULMAQDIS 7 Jan. – Israel hari ini cuba menunjukkan ‘keprihatinannya’ dengan mengumumkan untuk menghentikan serangan ke atas Genting Gaza selama tiga jam setiap hari.
Jurucakap tentera berkata, serangan akan dihentikan dari pukul 1 pagi hingga 4 pagi (7 hingga 10 malam waktu Malaysia) setiap hari.

Rakyat Palestin menderita. Mereka seperti bejuang bersendirian
melawan pengganas bacul itu. Hamas, sebuah jemaah
gerakan Islam di Palestin, berjuang untuk membela Islam dan umatnya di
Palestin.
Walaupun dengan persenjataan yang tidak secanggih pengganas Israel,
mereka tetap terus berjuang untuk menguburkan pengganas yang menceroboh
negara mereka.

Umat Islam lain di seluruh dunia hanya dapat melihat dan menonton berita kematian rakyat Palestin saban hari, namun tidak dapat berbuat apa-apa. Para pemimpin negara umat Islam pula seakan membisu. Rakan-rakan negara Arab juga bagai lembu kenyang seperti membiarkan Israel meratah Palestin. Umat Islam kini sudah seperti buih-buih di lautan. Tidak terdaya melakukan apa-apa.

Sering pula kita mendengar perkataan BOIKOT barangan Israel, Amerika, Belanda dan sebagainya setiap kali isu-isu melibatkan penghinaan kepada Islam dan kekejaman terhadap umat Islam. Hari ini, isu “boikot” bergema lagi. Namun kesannya tidaklah seberapa kepada musuh-musuh Islam tersebut, kerana ekonomi mereka disokong oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi dan sekutunya. Jika pun kerugian berbilion-bilion, mereka akan dibantu oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi. Jadi mereka tidak hairan mengapa Belanda berulang-kali menyiarkan karikatur menghina Nabi, sekalipun setiap kali siaran, umat Islam melompat membantah, mengutuk dan memboikot mereka.

Kenapa? Salah satunya seperti yang dikatakan tadi, ekonomi mereka di sokong. Keduanya, pemboikotan yang dilakukan hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Apabila isu sejuk, pemboikotan pun sejuk. Umat Islam hanya melompat kerana emosinya sahaja. Sama seperti isu Palestin. Cuba kita renung, selama kita hidup di muka bumi ini, sudah berapa kali kita mendengar berita mengenai pembunuhan umat Islam Palestin oleh tentera pengganas Israel? Dan berapa kali pula umat Islam seluruh dunia berdemonstrasi mengutuk dan memboikot barangan musuh-musuh Islam? Apabila isu tersebut senyap, umat Islam kembali seperti asal – leka dan lalai – padahal walaupun isu ‘senyap’, musuh-musush terus menyusun strategi untuk menghancurkan Islam. Manakala umat Islam yang mudah beremosi, akan melompat lagi!

Lebih malang lagi, majoriti umat Islam tidak mengambil tahu isu Palestin. Hanya menonton TV mengenai pembunuhan di Palestin sekadar memenuhi masa lapang. “Ah.. perang itu di mana-mana saja”. Mungkin itu yang bermain difikirannya. Tidak memandang isu Palestin ini adalah isu umat Islam akhir zaman. ALLAH mahu menguji kita umat Islam, sejauh mana kesungguhan kita membela Islam. Sebahagian besar umat Islam, terutama muda-mudi leka dengan dunia mereka. Kononnya hidup ini kenalah ‘enjoy’ pada waktu muda. Mahasiswa Islam pula leka dengan dunia kampusnya. Cubalah turun padang dan bertemu para remaja, tanyakanlah mereka mengenai isu Palestin, apakah rupa bentuk jawapan mereka? Atau juga tanya diri sendiri. Mengapa Israel menyerang Palestin? Atau kenapa Israel menyerang kumpulan Hamas di Gaza, sedangkan tidak menyerang kumpulan Fatah di Tebing Barat? Kenapa jiran-jiran Arab sekitar Palestin berdiam diri?

Umat Islam yang sedar mengenai isu Palestin majoritinya hangat-hangat tahi ayam sahaja, memboikot barangan musuh Islam manakala umat Islam yang leka, lebih-lebih lagi jauh dari pemboikotan tersebut. Menyedihkan, mereka seperti tiada kesedaran, ataupun tiada maklumat mengenainya (?). Atau juga tiada barangan alternatif dari umat Islam untuk menggantikan produk-produk Israel dan Amerika? Sebenarnya sudah banyak barangan buatan Muslim di pasaran. Tetapi umat Islam tidak mengendahkan. Kononnya tidak ‘standard’ (?). Jika umat Islam tidak menyokong produk Muslim, bagaimana produk Muslim akan berkembang menjadi alternatif – dan selepas itu akan menjayakan setiap pemboikotan terhadap musuh-musuh Islam?

Umat Islam wajib bangkit menentang kezaliman Israel, sekutu dan tali barutnya. Bangkit bukan sekadar emosi. Bangkit dengan tarbiyah, kefahaman dan kesedaran bahawa tidak sekali-kali akan redha Yahudi dan Kristian kepada umat Islam, sehingga kita mengikuti millah mereka (agama dan doktrin mereka). Isu Palestin bukan hanya isu politik dunia. Bukan hanya isu kemanusiaan. Bukan jua hanya isu ketidak stabilan serantau. Tetapi Palestin adalah isu umat. Islam. Iraq adalah isu umat Islam. Chechnya adalah isu umat Islam. Isu yang sebenarnya kita boleh katakan bahawa musuh-musuh Islam sudah melancarkan perang terhadap umat Islam.

Pengisytiharan perang terhadap umat Islam dibuat secara senyap dan terancang agar umat Islam terus lena. Biar muda-mudinya leka dan terus leka. Biar para pemimpinnya terus meloba dan melobi kekayaan. Biar umat Islam tidak bangun melawan. Jika diisytihar perang, secara terang-terangan, musuh-musuh Islam akan berdepan dengan suatu penentangan yang dahsyat. Mereka takut kemunculan semula Panglima Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh, Syeikh Umar Mukhtar dan sebagainya. Ayuh, jika kita tidak mampu bersama Hamas berdepan pengganas Israel, kita gerakkan dakwah dan jemaah di tempat kita, menyedarkan ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, seterusnya umat Islam. Kita munculkan semula watak-watak yang digeruni kuffar.

Sahabat-sahabat sekalian, dimanakah kita?

Yal‘abu as-syababu dauran hamman. Lahum fi al–fikrah wal qudrah.

(Pemuda memainkan peranan yang penting dalam masyarakat. Mereka memiliki idealisma. Mereka memiliki tenaga).

Ungkapan ini membawa gambaran komprehensif terhadap peranan generasi muda menggalasi beg dakwah yang semakin mencabar dan penuh ujian.

Kebangkitan Pemuda Islam

Gema kebangkitan Islam kembali setelah kejatuhan yang cukup menyedihkan dan menyakitkan umat Islam. Tertiarapnya payung khalifah Islam pada 1924 akibat kelemahan umat Islam dan hasil kerja keras dan strategi kuasa penjajah barat, membuatkan umat Islam sejak detik itu tidak dapat tidur lena. Mereka berusaha bersungguh-sungguh mencari formula kebangkitan dalam hari-hari mereka walaupun umat Islam gugur satu demi satu akibat kezaliman dan tekanan musuh Islam yang menerjang dakwah mereka.

Prestasi dakwah yang dibentangkan oleh AKP di Turki, Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia dan juga HAMAS di Palestin menyentakkan banyak pihak terutama golongan musuh yang cemburu dan iri terhadap Islam. Formula kebangkitan yang berorientasikan fikrah Islam yang syumul dan berpijak dalam realiti manusia menjadikan ia kian digemari dan mula mendapat sambutan ramai. Kerja keras yang dimulakan oleh generasi awal selepas kejatuhan khilafah tersebut telah melahirkan ribuan malah jutaan pekerja Islam yang komited dan setia memperjuangkan Islam.

Pencabulan terhadap bumi anbiya’ Palestin telah membangkitkan sekumpulan pemuda dari Mesir gagasan Imam al-Banna untuk menghantar jiwa-jiwa yang bersih memukul balik kezaliman Zionis pada tahun 1948. Walaupun ramai yang gugur dan mengalami kekalahan besar, ia menyedarkan umat Islam di seluruh dunia. Keberanian dan siaga pemuda Mesir ketika itu amat mengejutkan pemerintah Mesir sendiri yang kemudiannya mengkhianati mereka.

Begitu juga situasi getir apabila rejim Zionis yang semakin buas merompak Masjid al-Aqsa dan sekitarnya dari tangan Islam. Intifadah pertama atau Intifadah Masjid tajaan HAMAS pada 1987 menggegarkan dunia Islam dan barat apabila gagasan pemuda Palestin yang beriman melaungkan slogan Islam dalam hati mereka dan membuahkan pukulan hebat terhadap musuh mereka. Lemparan batu kecil dari tangan anak-anak remaja Palestin yang mulia berjaya menakutkan rejim itu. Kegigihan para pemuda Palestin yang merancang penentangan dan mengorbankan usia, jiwa dan saudara mereka menyebabkan rejim itu berfikir seratus tiga puluh tujuh kali. Penumpuan pada kerja kebajikan rakyat dan pendidikan generasi muda meletakkan mereka semakin diminati dan disayangi sekalian rakyat. Natijahnya, kemenangan HAMAS pada 26 Januari 2006 yang lalu mengukir sejarah manis dalam kamus perjuangan rakyat Palestin.

g02_17393699

Dari lontaran batu kecil sehinggalah pemerintahan rakyat. Kejayaan HAMAS bukan calang-calang. Bagaimanakah mereka begitu berani dan sanggup mengambil risiko berdepan dengan rejim Zionis yang ganas itu? Apakah asuhan jiwa buat pemuda yang mampu menghadapi musuh Islam dalam keadaan jiran-jiran mereka telah diikat penjajah dengan kuasa sempadan dan semangat nasionalis yang tebal?

Rahsia kejayaan
Rahsianya berakar dari basuhan Islam yang syumul. Mereka memahami seruan Ilahi yang Maha Esa. Membebaskan hati dari kesyirikan. Menegakkan kalimah-Nya. Mengajak manusia kembali kepada fitrah. Mereka melaksanakan Islam dengan manhaj yang sahih dan syumul. Merekan menjadi saksi (keterangan) kepada sekalian umat manusia terhadap kebenaran Islam yang Agung.

”Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan yang pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah pula akan menjadi saksi menerangkan kebenaran perbuatan kamu”. (al-Baqarah 143)

Darah yang mengalir pada mereka adalah dakwah dan pendidikan. Dari masjid menuju ke sekolah dan rumah telah menjadi payung kebaikan dan pendidikan buat generasi muda Palestin, langsung membentuk mereka untuk menggabungkan diri dalam saf perjuangan membebaskan tanah air mereka. Pemuda Palestin telah melalui satu fasa pendidikan yang intensif dan syumul guna persiapkan mereka membela kebenaran. Asuhan pemuda ynag digagaskan HAMAS dalam setiap sisi kehidupan mereka berjaya membentuk pemuda pemudi mahsyur yang gugur syahid seperti Yahya Ayyash, Wafa’ Idris, Dareen Abu ‘Ishah, Nura Jamal Shalhub, Muhammad Halas dan ramai lagi angkatan baru acuan tarbiyyah Ikhwan.

”Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka mereka dengan hidayah petunjuk”. (Al-Kahfi 13)

Sistem pendidikan yang syumul dan komprehensif ini berjaya meledakkan kuasa menggerakkan mereka melawan rejim Zionis dan kuncunya dengan iman, kebijaksanaan dan keberanian. HAMAS menumpukan banyak masa untuk melapis gerakan mereka. Ini dapat dilihat apabila setiap kali tokoh mereka dibunuh dan dipenjarakan, muncul tokoh baru yang penuh karisma dan komited.

g26_17431283

Pengorbanan dan kecekalan saudara kita di Palestin bukanlah sedikit. Harta, rumah, anak, isteri, kemewahan dan kesenangan telah mereka serahkan termasuk jiwa-jiwa mereka sebagai benteng membebaskan ’Urshalem’ atau al-Quds dan menegakkan Islam di Palestin. Hati yang dibasahi iman, keinginan yang kuat kepada Islam dan kesungguhan membangunkan generasi Islam berjaya melonjakkan HAMAS sebagai sebuah kerajaan Islam yang baik lagi dihormati atau good governers bukan sahaja di mata rakyat Palestin tetapi juga masyarakat dunia yang mengenali mereka.

Pelajaran untuk belia
Terlalu banyak pelajaran yang boleh diambil dari gelombang kebangkitan gerakan dakwah atau Syahwah Harakiyah sama ada di Palestin mahupun di Indonesia. Penekanan yang serius dalam tarbiyyah kepada aktivis dakwah. Semenjak tahun 1965-1970, fasa pembinaan masjid telah melajukan proses membina sekaligus memacu kejayaan ummah. HAMAS semenjak dari tahun 1975-1980 dalam fasa pembinaan institusi sosial termasuk universiti telah menumpukan kerja-kerja kebajikan dan banyak meringankan bebanan rakyat melalui khidmat kemasyarakatan yang maksimal. Tahun 1984 – 1987 detik paling getir buat HAMAS selepas jihad dilancarkan dan penentangan secara terang sehingga menyebabkan ramai aktivis disumbat di sebalik tirai besi.

Pembinaan yang tersusun kukuh dan terarah menjadikan dakwah mereka amat disenangi kerana pekerja mereka yang faham dan meletakkan misi Islam yang agung dipuncaknya.Tidak hairan mengapa mereka begitu popular kerana imej ’bersih dan peduli’ yang dibentang kepada masyarakatnya. Dari sudut akidah dan ibadah, HAMAS telah selesai. Dari sudut pengalaman dakwah mereka tauladan. Dari sudut professionalisme jauh terkehadapan. HAMAS mencetak banyak golongan professional dan ulama’ yang berperanan besar membangunkan masyarakatnya. Nama besar seperti Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Aziz Rantissi, Mahmoud Abu Zahhar cukup sinonim buat rakyat Palestin sebagai golongan yang banyak menyumbangkan kepakaran mereka.

Kejayaan HAMAS memerintah rakyatnya secara demokrasi sejak 26 Januari 2006 walaupun indah, berdepan dengan tekanan yang bertali arus terus menerjah dari semua arah. Dan saat inilah segala pengorbanan mereka bulat demi mempertahankan Islam.

Memetik kata Imam Hassan al-Banna: ”Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud empat asas ini. Keimanan. Keikhlasan. Semangat. Usaha. Ia adalah sifat istimewa para pemuda. Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa para pemuda menjadi tonggak kepada kebangkitan mereka.Setiap kebangkitan ada rahsia kekuatannya yang tersendiri. Setiap gagasan ada pendokong panjinya.”

Hakikatnya, HAMAS telah membuktikan dakwah mereka diterima dan mendapat sambutan masyarakat. Kekuatan mereka pada sistem pendidikan dan banyak sudut strategik yang lain dalam politik, khidmat kemasyarakatan dan sosial meletakkan mereka nun jauh ke hadapan.. HAMAS telah mengajar gerakan Islam bagaimana seharusnya mereka berjuang. Kejayaan HAMAS bermakna kejayaan Islam dan kejayaan semua umat Islam. Kejayaan yang datang dari Allah atas pengorbanan besar pekerja-pekerja-Nya.

”Dan ingatlah bahawa pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Ali Imran :126)

Dakwah kita hari ini
Ramai boleh bersetuju gagasan dakwah hari ini perlu diperkasakan digerakkan dari akar umbi bermula dari setiap susuk peribadi Muslim dalam masyarakatnya. Mengakarumbikan dakwah. Kejayaan dakwah Rasulullah wajib menjadi sandaran utama usaha pembentukan sebuah generasi rabbani. Di tangan baginda, seorang murobbi yang sukses tercetaklah Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Khadijah binti khuwailid, Abdul Rahman Auf, Bilal bin Rabah, Usamah bin Zaid dan ramai lagi sahabat yang berdiri teguh dibelakang dakwah Rasulullah. Boleh kita katakan fasa Mekah adalah fasa kita hari ini.

Persoalannya, cukupkah usaha dakwah kita setakat detik ini? Mampukah kita mencetak kualiti pemuda yang disebutkan serta mampu memacu masyarakat? Mampukah kita berdepan dengan cabaran dan serangan penjajahan bentuk baru terhadap ummah kita? Berapakah kuantiti dan bagaimanakah kualiti murobbi kita yang disebutkan sebagai prasyarat kebangkitan ummah itu?

Mereka di Palestin telah membuktikannya. Rakyat berdiri tegap dibelakang pemimpin yang dipilih sendiri oleh mereka kerana keyakinan terhadap dakwah dan kekuatan HAMAS. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah berperang dengan jiwa, barisan pemudanya telah teruji dan terasuh dengan semua itu. Apakah tahap pemuda kita di Malaysia? Di manakah belia kita saat belia Palestin saban hari berdepan dengan peluru berpandu dan senjata yang tidak bermata?

n261900329_157920_1626

Belia wajib membantu Palestin
Memetik fatwa Sheikhul Azhar dan Mufti Mesir, Sheikh Hassan Makmun dan juga ulama’ Muslimin: jihad adalah fardu ain ke atas umat Islam untuk membebaskan bumi Palestin yang menjadi hak milik mereka kerana Islam tidak mengenali persempadanan antara negara. Selagimana Palestin dibawah jajahan rejim Zionis, kewajipan membantu terbahu kepada semua umat Islam. Ini termasuklah anda sebagai belia. Anda wajib membantu.

Segala kesenangan yang melebihi keperluan harian adalah hak saudara kita yang menderita. Wang perbelanjaan kita yang berlebihan dari keperluan, sumbangkan kepada saudara kita yang memerlukan. Banyak mana yang ada, bagi dan hulurkan. Jangan bertangguh lagi. Mereka teramat-amat memerlukan bantuan kewangan untuk membangunkan negara dan memelihara kebajikan saudara kita di Palestin. Selain itu, kita juga mampu;

a) Menjadi duta mewakili umat Palestin di Malaysia
b) Menggerakkan IPT, sekolah atau pejabat kita untuk menjana dana dan menyemarakkan kempen selamatkan al-Aqsa
c) Menggunakan kreativiti dan kemampuan kita untuk membangkitkan kepedulian rakyat Malaysia membantu saudara kita di Palestin
d) Mencetuskan gelombang baru yang segar dalam memimpin pandangan umum terhadap kempen selamatkan al-Aqsa
e) Sentiasa tidak melupakan saudara kita dalam doa-doa dan solat kita semoga kekuatan mengiringi mereka dan juga kita untuk membantu mereka
f) Membina ketamadunan dan kekuatan umat Islam melalui pendekatan (manhaj) yang benar dalam bidang yang kita ceburi
g) Menjadi agen perpaduan dan bukannya punca perpecahan umat

Kerja besar untuk misi besar
Amal Palestin sangat mulia dan tugas yang besar. Ia bukanlah kerja amal yang bermusim. Apabila kita bersemangat kita buat. Apabila bermasalah atau kurang motivasi, semuanya senyap sunyi. Amal Palestin menuntut pengorbanan yang besar. Amal Palestin memerlukan kader dakwah yang sentiasa cergas, tersusun serta kerja berterusan (istiqamah).

Rasulullah pernah ditanya: Amalan apakah paling disukai Allah? Jawab baginda: Amalan yang dibuat secar berterusan walaupun sedilit. Sabda baginda lagi: Kamu hendaklah beristiqamah terhadap segala amalan yang kamu lakukan menurut kemampuan masing-masing. (HR al-Bukhari)

Teruskan usaha kerana ALLAH dan rasul-Nya melihat amalan ini.

Semarakkan kempen kesedaran yang berterusan di Malaysia

Tapi apakah cukup dengan program-program di masjid, IPT dan sekolah? Medan strategik dalam media perdana belum habis diteroka. Majalah, buku, artikel dan novel belum cukup ’mengganas’ dalam pasaran. Program TV yang mendidik dan menyedarkan amat minimal sekali. Gejala hedonisme yang melampau wajar dilenyapkan digantikan dengan budaya ilmu dan budi. Cukuplah hanya mengharap ihsan rangkuman berita Jam10 TV1, jejak Rasul TV3 dan sekali-sekala Majalah 3. Bidang penerbitan sangat strategik untuk menyampaikan mesej pendidikan terhadap masyarakat. Filem, drama, dokumentari, iklan dan banyak lagi media yang ’berkuasa’ saat ini perlu dikuasai. ’Power of media’ milik umat Islam yang ikhlas menyebarkan hakikat Islam yang syumul dan dinamik. Manfaatkanlah teknologi dan berikan sokongan padu kepada saudara kita yang ingin memulakan tapak dalam media.

Memetik kata Dr. Khalil al-Haya, ketua Whip HAMAS yang pernah singgah ke Malaysia, ”Banjirilah media anda dengan isu Palestin”. Mudah-mudahan usaha kerdil ini akan membuah dan melepaskan kita dari azab Allah apabila dipersoal kelak di negeri Akhirat kelak. Kalau tidak mencuba, apa yang dapat? Kalau bukan hari ini, bila lagi? Kalau bukan anda, siapa lagi?

Abdel Aziz Ar-Rantissi , pendukung Hamas:

“Saya menyeru anda semua agar tenang, seandainya Rantissi, al-Zahhar, Ismail Haneya, Nazzar Rayyan, Said Siyyam dan semuanya gugur syahid (dibunuh Israel), demi Allah perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan ? tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini Insya Allah akan berpelukan bersama di sisi Allah (di syurga nanti).

Petikan Ucapan Syeikh Ahmad Yassin :

Suara ini adalah suara jeritan dan rayuan yang keluar daripada kerongkong pejuang-pejuang Islam di bumi Palestin . Jeritan memanggil umat Islam , menyeru supaya kembali bersatu padu di dalam menghadapi pencerobohan Yahudi .Jeritan yang memekakkan telinga Yahudi serta menolak untuk tunduk kepada penipuan yang menggunkan nama Perjanjian Damai sebagai ganti kepada tanah air Palestin yang tercinta .Masalah pengusiran rakyat Palestin daripada Baitul Maqdis ,dan wujudnya sebuah negara untuk rakyat Palestin lansung tidak menjadi agenda kepada perjanjian damai tersebut .Begitu juga dengan masalah kepulangan rakyat Palestin daripada pembuangan . Kita hanya mendapati bahawa hanya sebilangan daripada pejuang-pejuanga lama yang dibenarkan pulang ke tanah air .Tanah air yang terjajah .

Sesungguhnya Yahudi tidak mengerti erti perdamaian . Perdamaian bagi mereka adalah kubur-kubur .Perdamaian bagi mereka adalah membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa dan penghinaan terhadap maruah umat Islam .Sesungguhnya telah tiba masanya untuk umat Islam mengoyak perjanjian yang keji ini . Perjanjian yang menambahkan lagi penderitaan umat Palestin , sedangkan Israel mendapat faedah yang cukup besar daripadanya . Ia mendapat pengiktirafan daripada banyak negara ,lantas mereka membuka pintu perdagangan untuk pembangunan negara mereka .Di dalam masa yang sama mereka mengoyak kesatuan negara Arab untuk menjadi kuasa tunggal di rantau ini dan meletakkan syarat damai mengikut kehendak mereka .

Belum tibakah masanya untuk umat islam kembali sedar ? dan sekarang ribuan malah jutaan muslimin bangun dan bergerak bagi membebaskan bumi Aqsa . Di mana keagungan muslimin ? di mana keagungan bangsa arab dan maruah mujahidin ? di mana darah para syuhada’ yang mengalir di bumi israk mikraj yang membasuh dan menutup keaiban umat islam dan seterusnya menolak segala perjanjian yang lemah lantas membebaskan bumi yang dijajah ini.

Pergerakan HAMAS di Palestin menyeru seluruh umat islam supaya bersatu di dalam satu barisan / sof untuk menentang yahudi , sesunggunya tugas untuk membebaskan tanah air dan menyelamatkan baitul Maqdis bukan hanya dengan kertas dan dakwat sahaja tetapi ia adalah dengan menghayati islam dan dengan darah para syuhada’.

Andai diumpama ISLAM seperti sebuah bangunan usang, yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka..Tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah…”

~As-Syahid Hasan Al-Banna~

“…Jikalau kami gugur syahid dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya…

~Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin”)

p/s: Kalau anda merasakan anda mampu melihat gambar-gambar terbaik yang dilakar ZIONIS,

KLIK DISINI. kalau tidak mampu dan tidak mahu terpulang kepada anda. Ada yang menyatakan kepada pengarang bahawa mereka dah tidak larat melihat gambar kezaliman ISRAEL.

Comments
2 Responses to “Serang Gaza 21 jam sehari… Zionis tak tahu letih ke?”
  1. Lee says:

    Saya dapat hadith tu dari dalam petikan video itu. Kalau saudara ada terbaca di mana2, silalah beritahu pada saya. Kalau ada silap, silalah betulkan. terima kasih.

  2. syuhada says:

    kesal dgn remaja skrg..
    terus leka dengan duniawi..

    Ya Allah.. berilah hidayah pada mereka………………………………………………………………………………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: