Biarkan Palestina menangis


Biarkan Palestina menangis,

Kerana ratapan itu adalah ratapan rahmah dari tuhan,

Ratapan yang membangunkan jiwa-jiwa yang lesu,

Dari kaum yang alpa.


Biarkan Palestina menangis,

Kerana mereka dijanjikan syurga,

Sungguh nikmat itu tidak dapat digambarkan oleh akal yang sempurna,

Syahid sebagai haruman yang menghapuskan penyakit wahan,

dalam hati umat ini.


Biarkan Palestina menangis,

Jika orang-orang Nasrani yang sibuk mengorak langkah,

Memperjuangkan humaniti,

Sedang yang Islam memperjuangkan duniawi.


~Berikut merupakan sepucuk email yang dihantar dari bumi Malaysia kepada pelajar Malaysia di Luar Negara,

terutamanya di Ireland.

Di ‘edit’ sedikit dari versi asal yang lebih personal.


Assalamu’alaikum,

Apa khabar saudara saudari semua….

mungkin tengah peak winter, namun kehangatan darah perjuangan yang mengalir

akan mempastikan kehangatan suasana perjuangan di

uk & eire. Akhi Ferdaus, rumah anta di South Circular Road ke?


Isu palestin adalah isu utama umat di abad ini,

tak kira di mana mereka berada dan apa jua profession mereka.


Ingatlah,

Barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya

mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadith)


Banyak yang boleh kita sumbangkan walaupun kita a

dalah di kalangan masyarakat pelajar di luar negara.

Di antaranya… .

  1. Membaca qunut nazilah setiap hari dan memohon kepada Allah swt agar kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada musuh Islam.

  2. Memberi bantuan kewangan dan sokongan yang berterusan kepada rakyat Palestin melalui infaq dan sedekah tanpa mengira di mana kita berada kerana rakyat Palestin sedang mewakili kita semua untuk berjihad melawan musuh Allah swt dan menyelamatkan al Aqsa

  3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat dengan tidak membeli barangan tersebut.

  4. Menggesa kerajaan negara-negara Islam menggunakan kemampuan mereka menghentikan kezaliman berleluasa di bumi Palestin. Sebagai Muslim di luar negara, kita perlu bersatu dalam isu yang melibatkan solidirati Islam melalui gesaan berterusan kepada kerajaan negara-negara Islam yang bertanggungjawab terhadap Palestin. Ikuti protes-protes umum yang dianjurkan untuk menghentikan kekejaman pembantaian Zionis.

  5. Menulis di laman web, akhbar2 di UK & Eire, majalah, buletin dan menyebarkan isu Palestin sebenarnya adalah tugas kita semua dan pembebasannya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.

  6. Mengajak rakan2 kita samada Muslim mahupun non Muslim supaya peka dengan isu Palestin dan mewujudkan tabung-tabung khas di rumah untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.

  7. Kenapa tidak anjurkan atau cadangkan kepada committee utk diadakan Hari Memperingati Al Aqsa di Dublin Mosque atau di Islamic Centre yang lain di UK bersama rakan2 Muslim dari negara2 lain sekali.

  8. Terjemah artikel palestin dan sumbangkan kepada amanpalestin. org untuk tatapan dan penghayatan masyarakat di Msia yang cepat sejuk semula dengan isu kronik yang panas ini.Kita semua perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mewujudkan kesatuan yang jitu berasaskan kepada agama Islam dan seterusnya menggandakan usaha melalu perancangan tersusun untuk membebaskan Palestin.

Banyak lagi yang boleh dibuat saudara…..

perjuangan di UK & Eire akan melonjak naik di masa akan datang.

Insya Allah dan isu Palestin adalah salah satu dari tugas kita sebagai pelajar

yang diberi kelebihan belajar di luar negara.


Salam perjuangan

Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin,

Sekretariat Aman Palestin Malaysia Bhd.

Pengerusi PPIM (IMAM) Negeri Sembilan

ISMA Caw. Seremban



Comments
One Response to “Biarkan Palestina menangis”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: