Saya Mencintai Kamu Kerana ALLAH

31_ramadan1

Bismillahirahmanirahiim, Assalamu’alaikum

warahmatullahi wabarakatuh,


Saya mencintai kamu semua karena Allah,

mengapa saya mencintai kalian

karena Allah?

Karena kalian hamba-hamba-Nya, yang berpuasa,

yang

mendirikan solat lima waktu,

yang memberi sedeqah, mengeluarkan zakat,

serta beramal hanya kerana Allah, ikhlas.

Dan jangan lupa,

“Sesungguhnya

kemenangan kaum Muslimin itu semata-mata

hanya kerana ketaatan kita kepada

Allah SWT.

Jika kita jauh dari Allah dan tidak taat kepada Allah,

maka

kemenangan akan menjauhi kita.

“Saya teringat suatu pesan dari

Umar ibn

Khattab kepada Saad Abi Waqqash

yang mengatakan bahawa nasab kita hanya

dihitung jika kita taat kepada Allah.

Sesungguhnya, kita dengan

musuh-musuh kita adalah sama.

Yang membezakannya hanyalah mereka

bermaksiat dan tidak beriman kepada Allah,

sedangkan kita-mengapa kita

perlu menang atas kaum kafir dan musuh-musuh Allah,

semata-mata kerana

kita beriman dan taat kepada Allah.


Jika kita melakukan kemaksiatan

seperti yang mereka lakukan, maka kita

akan kalah dan terhina di hadapan

kaum kuffar.

“Sesungguhnya kemenangan itu tidak akan datang kecuali atas

izin pemiliknya,

iaitu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi.”

Saya di sini berbicara kepada anda semua atas

nama kaum Muslim Palestine

yang dijajah oleh Zionis-Israel,

saya juga berbicara di hadapan kalian ini

atas nama pejuang-pejuang Palestine, iaitu HAMAS,

saya juga berbicara di

hadapan kalian atas nama seluruh

ulama-ulama Palestine yang diusir dari

negaranya,


saya akan memberikan beberapa maklumat terkini tentang apa yang

terjadi terhadap kaum Muslimin Palestine:


Pertama, sekarang terdapat lebih dari 7000 keluarga syuhada yang

ditinggalkan

oleh suaminya atau anaknya atau keluarganya yang syahid,

iaitu dari intifada pertama hingga intifada kedua.

Yang kedua, sekarang terdapat lebih dari 50,000 kaum Muslimin Palestine

yang terluka dan cacat akibat penangkapan dan penyiksaan yang dilakukan

kaum Zionis-Israel. Saya juga ingin menyatakan kepada kalian semua kaum

Muslimin, sekarang terdapat lebih dari 12,000 orang tawanan yang masih

berada di penjara-penjara Israel.

Mereka mengalami berbagai penyiksaan

bahkan banyak yang sampai

menemui syahid atau cacat seperti saya.

Saya juga ingin menyatakan bahawa ada lebih dari

10,000 rumah kaum

Muslimin Palestine itu dihancurkan oleh

tentara Zionis Israel dan sekarang ini kami

dipisahkan dengan adanya pembangunan tembok-tembok pemisah yang

sangat kukuh dan tingginya sampai 10 meter.

Sehingga sekarang ini kami

dipisahkan dari rumah-rumah kami,

kami dipisahkan dari hospital kami,

kami dipisahkan dari universiti-universiti kami,

dari jiran-jiran kami sehingga

kaum perempuan kami pun untuk

melahirkan anak di hospital pun tidak boleh.

Ramai wanita-wanita kami terpaksa

melahirkan anak di pinggir-pinggir jalan

sahaja

atau pun di perbatasan-perbatasan yang sengaja

dibuat oleh

tentara-tentara Zionis-Israel.

Sekarang ini terdapat 500,000 kaum Muslimin Palestine yang tidak boleh

bekerja kerana cacat dan lumpuh seumur hidup disebabkan penyiksaan yang

dilakukan oleh tentera Zionis ke atas kami.

Dahulu kami, sekitar 500,000

Muslim Palestine boleh menunaikan solat berjamaah di Masjidil Aqsa, tetapi

sekarang kami hanya boleh melakukan solat di Masjidil Aqsa sekitar 50,000

orang sahaja itu pun dengan satu syarat

iaitu mestilah berusia 50 tahun ke atas.

Dan perlu diketahui juga bahawa sekarang ini Al-Aqsa

sedang berteriak

memanggil umat Islam yang berada di seluruh dunia kerana sekarang ini

Al-Aqsa tinggal masa menunggu keruntuhannya.

Di bawah Al-Aqsa,

Zionis-Israel telah melakukan penggalian di sana-sini,

kononnya untuk di

buat parit-parit dan sebagainya,

yang akhirnya jika Al-Aqsa akan runtuh

dan di atasnya akan dibangunkan kembali Haikal Sulaiman.

Wahai Saudaraku, selamatkanlah Al-Aqsa,

kerana Al-Aqsa ini akan segera

runtuh jika kaum Muslimin tidak segera membantunya.

Saya juga akan

menyampaikan khabar tentang pejuang-pejuang kaum Muslimin Palestine,

terutama HAMAS:

Pertama, kami sesungguhnya telah berjaya di dalam pilihanraya umum, HAMAS

berjaya memenangi kerusi parlimen dengan memperolehi 60% dan kami juga

berjaya mengusir keluar tentera Zionis-Israel dari Semenanjung Gaza yang

panjangnya 350 kilometer,

sehingga kini tentara Zionis-Israel tidak mampu

lagi untuk masuk ke Semenanjung Gaza walau hanya sejengkal pun.

AllahuAkbar!

Kedua, Dan kami juga ingin menyampaikan berita bahawa kami telah kembali

membangunkan hospital-hospital, universiti-universiti Islam di Gaza, dan

kami juga berjaya dengan dakwah dan tarbiyah kami sehingga kami dapat

menciptakan generasi-generasi Islam yang dekat dengan

Al-Qur’an dan As sunnah Rasulullah SAW.

Saya sendiri khuatir,

bukan kuatir dengan pejuang-pejuang, para mujahidin

Palestine,

tetapi saya kuatir dengan diri saya dan kalian semua yang ada

di Indonesia (bagi penulis orang Malaysia juga patut sedar hal ini)

yang sekarang masih menunggu di jalan jihad.

Kita sedang

menunggu untuk sampai tiba di sana,

tetapi mereka telah ada di sana dan

menunggu untuk boleh mendapat syahid atau hidup mulia.

Jika kita semua ingin tiba di sana,

berdoalah kepada Allah dan tetaplah istiqamah

sehingga

nantinya kita termasuk orang-orang yang dipilih Allah untuk membebaskan

al-Aqsa dan kita boleh melaksanakan solat berjamaah di sana dengan aman.


Mungkin ini saja dari saya,

Wa bilahi taufiq wal hidayah, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


~Ucapan Syeikh Abu Bakar Pada hari Jumaat,

28 September 2007 bersamaan 17 Ramadhan 1428

H. Beliau pernah ditangkap sebanyak 5 kali oleh tentera Zionis

sehingga mengakibatkan beliau buta.

Sumber: http://www.eramuslim.com/)

Hadith hari ini:

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam

bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram.

Manakala sembahyang

sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu

ialah sembahyang sunat di

waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)

(HR Muslim)

Comments
3 Responses to “Saya Mencintai Kamu Kerana ALLAH”
  1. Mz says:

    Salam,fer.. nak angkut jgk ucapan nih nak letak kty blog ku yer.. syukran jzkk

  2. Nurul says:

    saya juga maw letak dlm notes saya… boleh ke? semoga semua org yg membacanya dpt menyebar2kan nya…

    • ibnutoha says:

      Silakan cik nurul.. tiada masalah.. diharap juga letakkan link kepada eramuslim[dot]com sebagai credit untuk mereka kerana mereka yang terjemah artikel ini.
      Cik nurul juga dibenar ‘copy’ mana-mana bahagian dari weblog saya untuk tujuan pendidikan dan tidak berbentuk komersial. Sila letak link ke weblog ini untuk rujukan mereka yang membaca.. kerana terdapat sebahagian artikel mmg diterjemah oleh mereka yang saya kenali. sebarang masalah sila hubungi saya.
      Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: