#Suatu Hari di Baitul Isra’

Suatu Ahad, 8:55 am
Tiba-tiba Baitul Isra’ dilanda kegelapan. Lebih memeritkan, semua jaringan internet terputus tanpa sebarang amaran. Segalanya yang selama ini bersinar telah gelap.
Syukur, hari telah terang. Matahari telah menunjukkkan bayang.
Semua ahli qariah tertanya-tanya, kenapa jadi begini?
Adakah kita tidak membayar bil elektrik pada kadar sepatutnya?

Hari Kejadian
Pada hari itu, manusia juga akan tertanya-tanya seperti hari ini. Hari dimana bukan sahaja ahli sesebuah rumah, malah seluruh umat manusia tertanya-tanya dengan satu pernyataan.

“Kenapa bumi jadi begini?”
Ketika itu bumi sibuk memencarkan laharnya, bulan hilang sinarnya, bumi dan bulan disatukan dengan izinNya.
“Kemana manusia mahu lari?”
Ketika itu tiada tempat melarikan diri. Maut pasti menjemput. Ajal pasti tiba.
Ketahuilah apa yang dinamakan Al-Qiyamah itu pasti tiba saatnya.
Pada hari itu, kepada Tuhan sahajalah terserah ketetapan segala perkara.
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. Sungguh, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,walaupun manusia sibuk memberi alasan-alasan untuk membela diri

Sedarlah wahai msnusia, kamu sungguh mencintai dunia dan melupakan Akhirat. Tika, muka orang Yang beriman berseri-seri melihat kepada Tuhannya.
Sebaliknya, muka orang kafir muram hodoh, sambil meyakini azab mereka dekat.

Qiyamah kecil
Ingatlah apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, orang-orang yang hadir berkata: “Siapakah Yang dapat menawar jampi dan mengubatnya?”
Ketika hampir saat perpisahan, kedahsyatan akan bertindih-tindih. Betis bertaut erat dengan betis, menaungi kesakitan. Sungguh itu adalah hari manusia berpisah dengan dunia.

“Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan?”
“Bukankah dia berasal dari air mani Yang dipancarkan oleh tuhan yang Maha Pemurah?”

Ketahuilah, setiap perbuatan samada baik dan buruk akan dipentaskan semula kepada seluruh umat manusia yang pernah hidup di muka bumi. Tidak dipadamkan walaupun dengan taubat. Jagalah setiap perbuatan.(peringatan kepada diri sendiri). Kepada Ahli Baitul Isra’. Tahniah berjaya menghadapi detik-detik suram tanpa elektrik, Terima Kasih Tuhan.

From The Book of Belief (Faith), Sahih Al-Bukhari, Chap. 5,
Narrated by Abu Musa r.a: some people asked Allah’s Messenger s.a.w, “Whose Islam is the best(ie. who is a very good Muslim)?” He replied, “One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands.”

~p/s : peringatan kepada diri sendiri yang banyak menyusahkan org lain. Aku minta maaf kepada semua warga Isra’ terutama ‘hang’ diatas perkara-perkara yang tidak patut aku lakukan dan katakan padamu.

Comments
2 Responses to “#Suatu Hari di Baitul Isra’”
  1. Anonymous says:

    From The Book of Belief (Faith), Sahih Al-Bukhari, Chap. 5,
    Narrated by Abu Musa r.a: some people asked Allah’s Messenger s.a.w, “Whose Islam is the best(ie. who is a very good Muslim)?” He replied, “One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands.”

    moga amalkan, bukan setakat tampal saja.
    insyaAllah

  2. ibnutoha says:

    saya tampal dengan harapan ia menusuk dalam jiwa dan darah saya.
    terima kasih encik anonymous.
    moga bermanfaat bersama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: