Kenapa kita menulis blog?

n1Apa perlunya menulis blog, catatan kembara atau peristiwa? Adakah untuk bersuka-suka mengasah bakat menulis atau untuk mencanangkan pada dunia apa yang anda lalui?

Saya mahu kita semua belajar dari sejarah. George Santayana pernah berkata, “Sesiapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya”

Cuba kita renungkan bahawa kota Melaka tidak tumbang dalam sehari. Ia memerlukan perancangan rapi oleh pihak musuh. Bukan mudah untuk menjatuh satu empayar terbesar di Nusantara. Namun, ia boleh dilakukan dengan bantuan catatan-catatan peristiwa. Portugis tidak menghantar pengintip secara fizikal namun mereka menghantar Tom Pires dan orientalis-orientalis lainnya untuk membuat catatan peristiwa tentang perkara-perkara yang berlaku serta adat resam masyarakat Melaka pada waktu itu. Bahasa apa yang digunakan, cara berhibur, berniaga termasuk kekuatan dan kelemahan tentera Melaka dan pentadbirannya.

Lupa kepada Tom Pires? Semak buku sejarah anda pada Tingkatan Menengah Rendah dahulu. Tercatat namanya bukan?

“Terdapat hampir seribu bahasa yang digunakan oleh pedagang di Melaka, namun Lingua Franca di Melaka adalah Bahasa Melayu” (Tom Pires)

Semua maklumat ini dihantar ke pusat pentadbiran Portugis di Emporium Dunia Goa untuk dinilai oleh panglima perang mereka. Dengan menguasai bahasa Melayu dan mengetahui keretakan pentadbiran dan perasaan hasad dengki sesama pedagang, Portugis menghantar perisik dan pakar propaganda untuk menghancurkan keharmonian Melaka. Jika tidak masakan ada perpecahan dalam pentadbiran dan ada pula pedagang India yang mahu mendaratkan Portugis ke daratan.

Jadi terbukti bahawa catatan harian anda amatlah penting untuk kegunaan orang lain jika anda berusaha menjadikan ia medium penyampai dalam meningkatkan kesedaran, penghayatan dan pengamalan.

Hidup ini dihujani dengan pelbagai ruang dan peluang. Bergantung samada seseorang itu memahami erti ‘menghargai’ atau tidak. Bagi penulis, perlunya ada kesedaran untuk menghargai setiap pengalaman dan sentiasa bertanggungjawab terhadap tulisan anda. Maksudnya ketahuilah bahawa segala yang anda tulis akan ditanya kelak. Apakah kebaikannya atau ia sekadar membuang masa?

Selama di Ireland, jadilah seperti Tom Pires dan Ibnu Batutah yang sentiasa mencatat segala yang dirasakan baik untuk diri dan dikongsi bersama orang lain.

Selamat mencatat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: