Airmata seorang Naqib.

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula bertemu.
Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati ini selain melihat
wajah-wajah ceria pelajar-pelajar baru yang begitu bersih
dengan riak kegembiraan dapat menjejakkan kaki ke
sebuah kolej persediaan luar negara. Memang ayah bondamu
menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan
engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna kepada mereka,
kepada agama dan kepada negara.
Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri
melihat wajah-wajah kalian. Kami berusaha menempatkan diri kami
diantara ahli jawatankuasa pendaftaran pelajar baru demi mencari kalian
yang bagi kami ibarat permata, ditengah – tengah ratusan pelajar- pelajar
berpotensi besar pada masa depan. Kalian adalah ibarat rahmat
kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat
ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..?
Akan kami ceritakan segala-galanya nanti!

Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan minggu orentasi.
Walaupun sebahagian dari kami kalian tidak lihat ada bersama kalian namun kami tidak lepas dari menceritakan apa yang ada ditempat belajar yang baru ini apabila ada kesempatan.
Moga kalian dapatberta’aruf dengan cepat di alam baru ini.
Kalian masih ingat kita bersolat jamaah dan berma’thurat bersama-sama
pada minggu pertama kalian? Kalian didudukkan di dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan
kaki ke malam terakhir orentasi.
Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan gaya…
tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian yang akan mewarisi jejak kami?
Memang kami mengentahui dan menyedari.. Kalian datang
dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat
segulung diploma yang nantinya akan dipersembahkan
kepada kedua ibu dan ayah tercinta. Ada yang terpaksa kerana ayah dan
ibu menghendaki demikian.
Kami faham itu semua… dan itu semua tidak langsung penting bagi kami.
Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya.
Kita sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi.
Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.
Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam pengalaman hidup kita?
Kita kemudian bertemu lagi dalam tamrin,mukhayyam, qiyam dan daurah.
Duduk dan mendengar.. makan dalam dulang bertemu kepala.
Kemudiannya tidur diatas lantai tanpa hamparan.
Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan yang mungkin sukar dilupakan.
Dari situlah kesemuanya bermula…
Kami memerhati dan cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi
untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami fikirkan?
Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat manusia yang lemah seperti kami.
Bebannya berat dan perjalanannya panjang.
Hasilnya belum tentu diperolehi di masa terdekat.
Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik untuk mengenali
siapa dari kalian yang berminat.
Kami adakan usrah yang lain dari waktu yang diperuntukkan hingga dinihari…
kami adakah tamrin dan kami adakan daurah pada hujung minggu…
kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.
Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..
disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan
ilmu.

Akhirnya …
Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian
menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk
bersama. Kami begitu gembira. Kami tidak meminta
kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin
memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah
memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas
segala nikmat dan rahmatNya kepada kita.

Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin
kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam
baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah
berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam
gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihat
dunia berubah ke arah Islam.
Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini.
Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu
dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok. Tapi kalian telah
berjaya menolak itu semua. Walaupun kawan dan teman lain telah
lama dibuai mimpi, ber’dating’ tika datang semester 3,
namun kalian kadangkala masih tegar termangu di hadapan kami walau
dihujung minggu..
menadah buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya untuk
memahami Islam yang masih banyak yang perlu dipelajari.
Kadangkala teman seronok dihadapan Astro, mendengar lagu-lagu
melekakan di iPoD atau menonton DVD di laptop tetapi kita menolak itu semua..
kerana masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itusemua.
Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk
asrama, tetapi kita terpaksa berjaga malam di
mukhayyam hanya semata-mata untuk melatih diri
bagaimana indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang sedang tidur di lantai bumi.
Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui bersama kami !

Kami cuba memberi apa yang kami terdaya.
Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang
yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan
kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan
dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing
dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang
sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak
ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin membelanya?
Siapa yang akan meletakkannya ke tempat paling tinggi yang sepatutnya?

Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian
mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin kongsikan.

Walaupun kami kadangkala tidak dapat berehat sebagaimana orang lain…tetapi ketenangan mula menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula
melangkah. Denyut nadi perjuangan kalian yang mula
bergerak-gerak sudah cukup menggembirakan kami… lebih
gembira dari sang musafir yang terjumpa kembali untanya yang hilang di padang pasir !

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami
adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah
sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan
bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah ‘Allah
memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu
adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?
Kerana itu kalian semua bagi kami lebih mahal dari segala harta.
Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana
susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya
harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami
terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk
kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi
yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya
telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat
fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan isinya !

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga
ianya menjadi pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup
seorang yang tahu di mana Islam berada sekarang tidak
memungkinkannya sempat membina istana dan mahligai.
Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung
minggu dengan anak isteri. Tidak mungkin berpeluang
untuk menikmati hari-hari perlancongan dan santai
tanpa matlamat dakwah. Tidak mungkin berenak dengan
kenderaan besar dan mewah. Bagaimana ia boleh berbuat
demikian sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang
akan menyelamatkannya?

Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami untuk kalian.
Biarlah manusia lain dengan dunianya..
Namum kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri.
Walaupun orang lain melihat kita dalam kesukaran dan kesusahan hidup,
namun itulah kebahagian kita !
Matlamat kami.. melahirkan kader-kader yang akan bekerja untuk Islam.
Keinginan kami.. apabila kalian telah melangkah keluar dari sini, kalian telah

menjadi manusia muslim baru yang membawa bersama-sama obor yang akan menyuluh tempat-tempat yang masih gelap di pelusuk sana. Bekerja selagi masih ada umat manusia di Amazon yang tidak pernah mendengar perkataan Islam. Itulah sahaja matlamat dan cita-cita kami.

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji
mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas
kalian pulang dari luar negara. Itu semua adalah suatu yang
kerdil bagi kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau
bagaimana keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu
semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam
kancah dunia yang sedang bergelumang dengan materialisme
yang tidak mampu diharungi oleh manusia biasa. Kerana itulah
kami cuba bekalkan kepada kalian dengan kekuatan dan kefahaman.
Lebih dari itu, kami mahukan kalian menjadi manusia yang akan
membawa manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita
yang masih panjang dan berliku.

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami
bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat
belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga
hubungan dengan cikgu demi ‘fly’ ke oversea. Bukan kerana
markah atau prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang
mengikat kalian dengan itu semua.
Kami membawa kalian ke luar sana… berjumpa dengan mereka
yang telah mendahului kita di atas jalan ini. Melangkah ke majlis
yang dianjurkan oleh siswazah luar negara..
Berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua
adalah sejalan dengan kita..
Berjuang menegakkan fikrah yang sama!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah
ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan
tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan
bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah
kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih
thabat teguh. Masih ingatkah kalian ketika kita memperbincang
tentang iltizam di pagi Sabtu yang permai?
Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan disiplin yang tinggi.
Kerja kita perlukan jamaah dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura
dan perbincangan dengan naqib/naqibah yang telah begitu
lama memimpin tangan kita sejak kita masih bertatih-tatih
di permulaan perjalanan.
Kerja kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan jamaah
di mana saja kita berada.

Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati
tika kami melepaskan kalian untuk menuju ke destinasi
kami masing-masing.Kami akan ke Czech,Ireland, India dan US bertemu dengan pengalaman yang kami ingin kongsi bersma kalian.
Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan dari panggilan YM kalian..menceritakan pengalaman kalian di KMB,
kepayahan dan keseronokan setelah mendapat title baru bergelar
Naqib di Kolej yang sama-sama kita cintai.
Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan
dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula
mengumpul mad’u-mad’u dari junior-junior baru. Betapa
gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke
sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan
akhawat di tempat kalian. Kami tidak dapat
bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila
mendengar naqib/naqibah baru di universiti nanti begitu memuji
kerana melihat kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan.
Ketika itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami
berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah
menghasilkan buah. Usaha kami selama 2 tahun kalian
bersama tidak sia-sia !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: