Dublin vs Prague, dilema sebuah ketulusan…

Perkara ini benar-benar mengganggu akal warasku. Sebagai manusia biasa yang tak mampu menolak pernyataan emosi, aku tertanya-tanya apakah jalan yang paling tepat perlu aku ambil sebagai seorang islam yang benar-benar percaya terhadap hadith yang pernah aku hafal dalam himpunan hadith 40 karangan imam Nawawi:

“Tidak beriman seseorang muslim selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti dirinya sendiri”

HR Bukhari.

Bukan untuk membincangkan keimananku untuk mencintai orang Islam seperti saudara sendiri, tapi untuk menyelesaikan dilema jiwa yang meruntun saat ini.

Otakku berputar ligat memikirkan perkara yang pada realitinya nampak mudah, seolah-olah semua keputusan berada dalam genggamanku. Hanya sekadar memilih universiti untuk melanjutkan ijazah, di republik Ireland atau republik Czech. Namun, hal ini bukan hanya melibatkan diriku malah melibatkan orang lain dan juga menunjukkan kesantunanku dalam menjaga hubungan sesama manusia. Dengan memberikan peluangku kepada saudara Islamku yang lain dan memerlukan tempat belajar.

Perkara ini tidak sama seperti mahu memberi sedekah atau tidak, atau mahu mengangkat sampah yang ditinggalkan atau tidak. Ia menuntut ketulusan dalam mengorbankan tempat yang ku perolehi di Royal College of Surgeon in Ireland. Diriku sendiri hakikatnya tidak tahu apa yang terbaik buatku. Bagaimana mungkin aku rasakan Dublin lebih baik buatku, padahal kehidupan di Prague mungkin lebih indah buatku.

Terngiang-ngiang kata-kata sahabatku Din (bukan nama sebenar) tentang perkara ini,

“ Mungkin Allah nak uji kau dengan bagi ujian ni, sama ada kau akan fikirkan orang lain atau fikirkan diri kau sendiri”

Aku juga merasakan sebegitu, kerana jika aku berikan melepaskan peluang ke Dublin, orang lain akan berpeluang menggantikan diriku. Dan sesungguhnya aku yakin jika aku melakukan kebaikan sesama manusia, Allah akan membalas kebaikan tersebut dengan berlipat kali ganda. Yang mana harus aku pilih?

Memang munajatku aku tidak minta agar diberikan petunjuk. Jauh sekali memohon mimpi. Jika benar memang rezekiku telah tersurat, aku minta agar Allah permudahkan jalan kesana jika ia baik untuk agamaku dan diriku. Aku hanya berdoa yang terbaik dari Allah bukan atas pilihanku kerana aku kalau boleh tidak mahu aku menentukan nasibku sendiri walaupun satu detik, walau dari segi fizikal memang manusia mampu membuat pilihan demi pilihan.

Aku cuba menggunakan logik dengan menolak emosi (kerana aku tidak tahu apa sebenarnya ketentuan Allah) dalam pemilihan ini, aku mencari kebaikan dan keburukan serta pendapat-pendapat yang kurasakan baik buatku. Pernah aku mendengar seorang ustaz berkata, “Dalam Al-Quran Allah telah ajarkan semuanya kepada manusia kerana Al-Quran petunjuk yang agung. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesa-besar perkara”. Seorang murid dengan beraninya bertanya, “Ader ajar buat roti canai ustaz?”

“Ada”, jawab sang ustaz. Terkejut semua hadirin mendengarnya. Berpandangan sesama sendiri.

“Tercatat dalam Al-Quran yang mafhumnya ‘jika kamu tidak mengetahui sesuatu perkara, bertanyalah kepada yang mengetahui”, sambung ustaz tersebut.

Sungguh aku memang benar-benar tidak pasti kata-kata ustaz tersbut dari surah apa dan ayat apa. Memang pengetahuanku terhadap Al-Quran amat lemah. Hafalan pun kurang.

Tapi aku memang benar-benar dalam golongan yang tidak mengetahui. Pencarian pun bermula dari benda yang tidak signifikan hingga perkara-perkara penting berkaitan kedua-dua universiti.

1. Pertamanya berkaitan masa belajar. Charles University (CU)akan memakan masa 6 tahun dan RCSI 5 tahun. RCSI boleh menjadi 6 tahun juga jika aku gagal mencapai 36 poin dalam IB Final Exam tidak termasuk mata bonus. Aku agak ragu-ragu dengan kemampuanku. Ya Allah bantulah aku.

2. Seterusnya tempat. CU berada di ‘central europe’ dimana aku boleh merasai salji (perkara yang paling dijakuni orang Malaysia) dan boleh melancong dengan mudah ke Perancis, Poland dan Jerman. RCSI di Dublin yang tiada salji. (adakah aku memilih salji?) Jauh sedikit untuk melancong. Dari segi kecantikan bagiku Czech mendahului. Dimana aku tahu?

3. Wang: Aku boleh mengumpul lebih banya wang di Czech kerana sara hidup yang lebih rendah dan matawang yang lebih ‘murah’. Di Dublin mungkin akan ‘cukup makan’. Aku sebagai anak yatim perlu mengambilkira wang sebagai asas untuk hidup. Tiada bantuan lagi bantuan dari ibubapa.

4. Kualiti: Biasalah jika di Malaysia ada yang memandang RCSI lebih baik dari segi kualiti. Ia sesuatu yang subjektif. Aku lebih memilih ‘integrated system’ berbanding ‘traditional system’

5. Ijazah yang ditawarkan. Ada yang menyatakan ijazah yang ditawarkan Ireland (MBBChCao) adalah lebih diterima berbanding Czech(MuDr). Berdasarkan Wikipedia.org keduanya adalah setaraf.

6. Kehidupan Kampus: aku mungkin akan memilih CU kerana ia merupakan kampus penuh dengan adanya kursus lain selain perubatan. Mungkin aku orang yang tidak betah tinggal dengan pelajar Medik sahaja. “RCSI hanya untuk perubatan dan sewaktu dengannya. Namun lebih fokus dan terancang”, kata Fiqri jiranku.

7. Peluang bina kekuatan survival dan dakwah: Usrah dan tarbiyah belum terbina dengan mapan di Czech republik, adalah cabaran besar dan menarik untuk ke sana bagi membantu ikhwah disana. Kata orang lagi susah perjalanan makin kuat pegangan.Banyak boleh dipelajari terutama bahasa Czech. Ingin mengikut jejak Dr. Ainurrashid yang merupakan pelajar perubatan kumpulan pertama ke RCSI, sekarang Dublin merupakan kampng Melayu. Tapi au tidak mahu kecewa kerana terlalu meletakkan harapan jika tiada kekuatan jiwa.

8. Belas ehsan: Inilah perkara pokok tulisanku. Aku sebenarnya mahu memberi peluang kepada orang lain. Namun aku teringat kata-kata saudari Ahya’ yang kuhormati bahawa bukan tanggungjawabku untuk memberi peluang untuk orang lain, hanya kerana orang itu terlebih dahulu ‘approach’ aku. Tidak patut untuk aku lepaskan peluangku kerana hal ini melibatkan masa depan yang panjang.

Saudariku, maafkan aku andai keputusanku merobek hatimu. Aku memilih RCSI atas rasa rendah diri dan bersalah kerana mungkin menutup peluangmu ke sana. Itu adalah takdirNya. Andaikata memang bukan takdirku dan ia takdirmu untuk kesana, sungguh kau akan mendapatkan tempat menggantikan aku. Allah berkuasa menghidup dan mematikan. Mematikan dan menghidupkan kembali. Sebutlah ‘La takhaf wa la tahzan innallaha ana’

“Jangan takut dan jangan bersedih sesungguhnya Allah bersamaku”

Ibnu Toha,

Meja Halaqah dan Ikram Muslimin

Surau An-Nur,

Kolej MARA Banting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: