Posted by: ibnutoha | 15 January, 2010

Bukan Sekadar Wanita

Assalamualaikum wbt.
Ramai rakan-rakan bertanya apakah sebenarnya ciri-ciri yang perlu diterapkan oleh seorang muslimah itu untuk dikategorikan sebagai isteri yang baik. Jika kita menyentuh tentang Nas Al-Quran dan Hadith saya yakin anda semua tahu tugas-tugas isteri dan keperluannya menurut Islam.

Sedikit tentang wanita telah dikupas DISINI

Jadi saya ingin membawakan contoh kehidupan seorang isteri kepada tokoh besar, As-syeikh Sa’id Hawwa, Ummu Muhammad bercerita tentang kehidupannya. Berikut merupakan hasil pertemuan sekumpulan Muslimat Malaysia bersama Ummu Muhammad pada 5 Feb 2000.

Soalan :
Boleh tak Ummu Muhammad ceritakan pada kami tentang kehidupan Syeikh Sa’id Hawa secara terperinci ?

Jawapan :
Syeikh RahimahuLLAH amat sibuk dengan urusan dakwah sejak sebelum berkahwin lagi. Oleh itu, selepas berkahwin beliau berusaha meluangkan masanya untuk bersama anak-anaknya dan berbincang dalam pelbagai isu serta mendidik mereka dalam urusan agama dan kemasyarakatan. Anak-anaknya masih kecil belaka ketika beliau dipenjarakan selama 5 tahun pada 1973 hingga 1978. Lalu saya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan ketika itu dikurniakan dengan 4 orang anak , 3 lelaki dan seorang perempuan,Muhammad, Ahmad, Mu’az dan Fathimah; alHamdulILLAH. Sesungguhnya Allah mengurniakan bantuan kepada saya sehingga mampu memberikan didikan agama buat anak-anak. Justeru, apabila beliau keluar dari penjara maka beliau mendapati anak-anaknya telah membesar di bawah tarbiyah yang baik.

Setiap pagi, beliau akan meluangkan masa bersama anak-anak dan kadang kala sekitar pukul 9 ke 10 malam. Manakala waktu selebihnya adalah untuk urusan dakwah, menulis dan mengarang. Saya akan membantunya dalam beberapa aspek : Jika dia mengarang maka saya akan menaipkan untuknya dan alHamdulILLAH kami mampu menghasilkan beberapa kitab. Beliau juga tidak pernah mengabaikan aspek tarbiyah anak-anaknya bahkan memperuntukkan satu hari setiap minggu untuk berkelah dan sepanjang perkelahan tersebut beliau akan mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan anak-anak.Kebiasaannya kami berkelah pada hari Khamis manakala hari Jumaat kami akan berada di rumah.Hakikatnya sesiapa yang mengatur waktunya , pasti dia akan mendapat faedah yang banyak dari aturan tersebut.

Soalan :
Bagaimanakah corak kehidupan kamu sekeluarga di Jordan ?

Jawapan :
Pada tahun 1978 kami berhijrah ke Jordan. Kehidupan kami di sini dipenuhi dengan kerja-kerja dakwah hinggakan anak-anak beliau di samping menuntut ilmu turut membantu beliau terutamanya dalam melayan tetamu beliau yang ramai dan dari pelbagai tempat. Muhammad dan Ahmad telah berumahtangga dalam usia yang masih muda. Muhammad ( Abu Sa’id ) berkahwin ketika berusia 19 tahun dan begitu juga dengan adiknya, Ahmad ( Abu Ja’afar ). Isteri kedua-duanya selepas diajar cara menggunakan mesin taip, turut membantu menaip tulisan-tulisan Syeikh RahimahuLLAH dan hasilnya buku-bukunya disiapkan segera.

Antara kitab-kitab karangan beliau : JunduLLAH-Thaqofatan wa Akhlaqon, Silsilah al-Usul Thalathah:Allah Jalla Jalaluhu;ar-Rasul;al-Islam. Ini adalah buku yang ditulis sebelum kami keluar dari Syria ke Sa’udi selama 5 tahun dan di sana kami mengambil peluang dalam bidang ilmu, belajar dan mengajar. Sekembalinya ke Syria, beliau dipenjarakan dan ketika itu suasana di Syria agak tegang. Namun saya tetap menjalankan kerja saya sebagai guru subjek Bahasa Arab malah saya cukup sedar akan tanggungjawab yang terpikul di bahu saya ketika itu.

Seterusnya kitab-kitab beliau : Silsilah al-Asas fil Manhaj – al-Asas fit Tafsir , al-Asas fis Sunnah wa Fiqhiha, al-Asas fil Qawa’id al-Ma’rifah wa Dhowabit al-Fahm wa lin Nusus. Silsilah at-Tarbiyah wat Tazkiyyah was Suluk – Tarbiyatuna Ruhiyyah, al-Mustakhlos fi Tazkiyatul Anfus, Muzakkirat fi Manazilus Siddiqin war Rabbaniyun. Silsilah fil Fiqh ad-Dakwah wal Bina’ wal ‘Amal Islami – JunduLLAH Thaqofatan wa Akhlaqon, Min Ajli Khutwatun ilal Amam ‘ala Thoriqil Jihad al-Mubarak, al-Madkhol ila Dakwah al-Ikhwan al-Muslimin, Jaulat fil Fiqhain al-Kabir wal Akbar wa Usuluhima, Fi Aafaqit Ta’alim, Fusul fil Imrah wal Amir, Rasail Kai La Namdhi Ba’idan ‘an Ihtiyajat al-‘Asr ( menghimpunkan 11 surat ). Kitab Hazihi Tajribati wa Hazihi Syahadati membicarakn tentang kehidupannya secara khusus. AlhamduliLLAH, saya sangat gembira dengan membantunya menulis dan mengarang, manakala anak-anak pula sibuk menaipnya. Kerja yang paling banyak sekali dilakukan mulai selepas solat Subuh iaitu beliau akan membaca al-Qur’an dan seterusnya kitab-kitab lain dan dituruti dengan menulis. Selanjutnya waktu yang berbaki digunakan untuk kerja-kerja dakwah dan menyambut tetamu.

Soalan :
Apakah antara kenangan indah bersama Syeikh RahimahuLLAH ?

Jawapan :
Kehidupan saya bersamanya sangat bahagia kerana dipenuhi dengan amal malah tiada langsung waktu yang tersia. Kami tidak pernah jemu dengan kehidupan kami yang dipenuhi dengan mengarang, menulis, berdakwah, menyambut tetamu dan setiap Khamis kami berkelah. Malah saya tidak pernah menempuh sebarang kesusahan pun sepanjang bersamanya. Untuk makluman, saya lulusan Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Damsyiq namun saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerja dengan suami saya malah kami penuhi hari-hari kami dengan gembira tanpa sebarang pertelingkahan. Dia sering keluar berdakwah ke Jerman, Amerika, Pakistan dan Kuwait serta beberapa tempat lain manakala saya pula lebih suka tinggal menjaga anak.

Soalan :
Bagaimanakah beliau mengenali Ummu Muhammad ?

Jawapan :
Awalnya, saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya . Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria , kemudian demonstrasi Hammah , masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali. Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Sa’udi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan. Saya hanya melahirkan keempat-empat anaknya sebelum beliau dipenjarakan namun apabila keluar tidak lagi kerana beliau sakit kencing manis dan tubuh badannya lemah akibat seksaan serta tekanan di penjara.

Lantaran itu , beliau menumpukan tenaganya dan masanya pada jihad, dakwah dan musafir. Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Beliau sering bersama sahabat dan rakan seperjuangannya. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya selalu akan berpesan setiap kali beliau ingin keluar ‘ Allah ma’ak ’ dan apabila tetamu datang ; saya akan ucapkan ‘Ahlan wa Sahlan’ . Jika dikunjungi keluarganya , saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaiknya. Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke RahmatuLLAH 4 bulan lebih selepas Syeikh RahimahuLLAH meninggal.

Soalan :
Berapakah bilangan adik beradik Syeikh RahimahuLLAH ?

Jawapan :
Beliau mempunyai 4 orang adik beradik perempuan dan 6 adik beradik lelaki. Sebahagiannya tinggal di Jordan, ada juga yang tinggal di Sa’udi dan masih ada juga yang tinggal di Syria. Keluarganya tidak dapat duduk setempat disebabkan keadaan dan suasana politik Syria yang menekan dan menindas rakyatnya. 5 tahun beliau dipenjarakan dan semua mulut seolah terkunci. Kami yang mengajar di sekolah-sekolah tidak boleh membincangkan apa pun melainkan pelajaran sahaja. Contoh tekanan yang kami hadapi di Syria, abang saya di Syria merupakan guru Syari’ah, dia telah mengajar selama 2 tahun namun dipaksa berhenti. Satu peruntukan undang-undang ditetapkan dan beliau tidak dibenarkan mengajar dan hanya duduk di rumah tetapi tetap mendapat gaji. Semua ini berlaku kerana pihak yang berkenaan mendapati beliau sering melakukan perbincangan dan diskusi dengan para pelajar. Kadang kala beliau dibenarkan berkhutbah, dengan syarat khutbah tersebut berdasarkan teks yang mereka sediakan sahaja. Beginilah senario di Syria, seseorang khatib yang berilmu dan mempunyai thaqofah yang luas tidak boleh menyampaikan khutbahnya melainkan berpandukan teks yang dibekalkan sahaja.

Soalan :
Bagaimanakah perasaan Ummu Muhammad ketika Syeikh RahimahuLLAH ditangkap dan dipenjarakan ?

Jawapan :
Ketika itu, harapan dan pergantungan saya hanyalah pada Allah, dan saya tidak sekali pun hilang kawalan diri. Harapan saya agar beliau segera keluar dari penjara dan boleh menyambung semula kerja-kerja dakwah beliau. Saya tetap meneruskan pendidikan terhadap anak-anak sebagaimana biasa dan menggunakan pelbagai wasilah pendidikan seperti kaset-kaset al-Qur’an dan kisah-kisah agama. Mereka mula menghafaz al-Qur’an ketika berusia 5 tahun dan kini, tiga daripada mereka telah pun Hafiz al-Qur’an malah mempraktikkan isi kandungannya, alHamdulILLAH. Selepas 2 bulan beliau keluar dari penjara, adiknya Mahmud, seorang pemuda soleh, melihat beliau di dalam mimpi dibunuh dan mati syahid. Dia melihat bahawa Jordan lebih baik dan beliau menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum ke Jordan. Setibanya di Jordan, selepas menziarahi sahabat dan kenalannya, beliau ditangkap dan dilarang kembali ke Syria. Maka sejak itu, iaitu tahun 1978 , kami mula menetap di Jordan.

Soalan :
Apakah aturan pendidikan untuk anak-anak Ummu Muhammad ?

Jawapan :
Pertamanya, suruh anak-anak mengerjakan dan menyelesaikan urusan agama bermula dari aspek tauhid dan ibadat. Ajari mereka al-Qur’an dan mulakan dengan surah al-Ikhlas sehingga mereka mampu memahami keesaan Allah. Tekankan tentang aspek ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji. Pada masa yang sama aspek akhlak dan pergaulan dididik dengan sebaiknya kerana semua perkara-perkara ini perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil. Tarbiyah dalm aspek ibadah dan agama bila dipupuk sejak kecil, maka bila mereka mencapai usia mukallaf maka mereka tidak akan rasa susah dan tertekan kerana semua perkara tersebut telah menjadi rutin dan resam kehidupan mereka. Pendidikan agama buat anak-anak akan memberi impak pada sudut akhlak mereka, oleh itu wajib bagi ibu bapa mendidik mereka atas dasar perintah dan suruhan Allah. Jika sudut agama pada anak-anak diabaikan ketika mereka masih kecil, maka proses didikan tersebut akan sukar terutamanya apabila mereka mencapai usia 10 tahun atau lebih, dan masalah ini lebih ketara pada anak perempuan. Komitmen anak-anak dalam berpakaian, menutup aurat, solat dan puasa akan menjadi sukar ketika itu malah penentangan sering berlaku disebabkan tiadanya latihan di peringkat awal.

Datuk dan pak cik saya merupakan Wali Allah dan kewalian mereka terzahir di saat kematian mereka. Saya dididik dengan agama semenjak kecil dan sebaik mengahwini Syeikh RahimahuLLAH saya tidak berhadapan dengan sebarang masalah atau berasa pelik. Suasana didikan yang saya terima dan ketika bersamanya adalah sama , samada dari segi pakaian , kerja dakwah, penulisan dan menyambut tetamu; lantaran semuanya atas dasar dakwah dan Islam. Niat kami sentiasa, in sya Allah ; adalah kerana Allah dan untuk Islam serta atas dasar menegakkan Kalimah Allah Ta’ala.

Soalan :
Bagaimanakah bentuk kehidupan Ummu Muhammad dan Syeikh RahimahuLLAH sebagai pasangan suami isteri ?

Jawapan :
Kami bersama-sama memanfaatkan masa dan menunaikan haknya dan tidak wujud sebarang pembaziran. Contohnya , jika kamu keletihan jangan kamu berehat terus sebaliknya lakukan sesuatu yang menyenangkan dan tidak meletihkan seperti sambil kamu duduk , kamu menulis sesuatu yang berfaedah. Atau letakkan anak kamu di sisi dan kamu ajari mereka sesuatu. Jika dikunjungi tetamu, segerakan penyediaan hidangan mereka. Ataupun jika kamu dikunjungi tetamu secara mengejut, bersedia menyambut mereka. Kesimpulannya, kamu perlu sentiasa berusaha manfaatkan waktu.

Kami akan membaca al-Qur’an selepas solat Subuh dan kemudian meluangkan masa untuk penulisan selama 2 jam tetapi ini kebiasaannya di waktu cuti. Jika waktu persekolahan, kami hanya akan menulis sekembalinya dari sekolah jika tiada tetamu yang berkunjung. Jika beliau bekerja sendirian, sibuk dengan membaca kitab-kitab lama, saya akan menjalankan kerja-kerja asas rumah dan mengajar anak-anak. Beliau sentiasa meluangkan masa menziarahi kaum kerabatnya pada hari Jumaat. Inilah rutin kami semenjak kami mendirikan rumah tangga.

Pernah sekali saya bermimpinya ketika beliau masih dalam bilik kecil dan sempit di penjara. Dalam mimpi itu seolah-olah saya berdiri di hadapan bilik kurungan tersebut dan pintunya terbuka. Saya melihat cahaya memancar dari bilik tersebut dan timbul ketenangan dari dalam hati saya bahawa al-Qur’an yang dihafaznya menjadi pembantunya. Beliau dikurung di situ selama 9 bulan dan selama tempoh itu beliau tekun mengulangkaji al-Qur’an. Tidak berapa lama selepas itu beliau dikeluarkan ke penjara yang lebih besar yang dihuni oleh orang lain. Selepas 5 tahun beliau dibebaskan dan ramai yang tidak percayakan peristiwa tersebut melainkan setelah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Mereka semua meraikan pembebasan Syeikh RahimahuLLAH di rumah keluarganya.
Soalan :
Berapakah umur Ummu Muhammad ?

Jawapan :
Suatu perkara yang amat mengejutkan namun mengembirakan saya sebaik mendapat tahu di waktu kami dikahwinkan, bahawa kami mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu pada bulan September 1935. Beliau tidak terkejut dengan maklumat tersebut. Beliau meninggal ketika berusia 54 tahun.

Soalan :
Apakah pesanan terakhir beliau untuk keluarganya ?

Jawapan :
Beliau sentiasa berpesan agar ikhlas dalam setiap perbuatan. Beliau juga menekankan saya untuk mengutamakan anak-anak dan memantau agar proses pendidikan mereka tidak terbantut. Inilah satu-satunya pesanan beliau dan alHamdulILLAH mereka semua mampu meneruskan pengajian mereka dengan sempurna. Kini ketiga-tiga anak lelakinya menjalankan urusan agama untuk kepentingan Islam dan umatnya , in sya Allah.

Soalan :
Bagaimanakah Syeikh RahimahuLLAH mengimbangkan antara ibadah dan kerja-kerja dakwahnya; dan apakah peranan Ummu Muhammad untuk itu ?

Jawapan :
Jika perkara-perkara fardhu, pastinya beliau akan menunaikannya di mana-mana sahaja beliau berada dan begitu juga dengan ibadah zakat, walaupun hartanya sedikit namun beliau akan tetap mengeluarkan zakat sebelum tiba waktunya. Begitu juga dengan sedekah. AlHamdulILLAH anak-anaknya membesar dengan sistem ini. Ibadah haji pula , kami kerjakan sebanyak 5 kali beserta umrah sepanjang 5 tahun kami tinggal di Sa’udi.

Dalam urusan kerja-kerja dakwah, ia perkara rutin dan biasa hinggakan anak-anaknya turut terbiasa dengan kerja-kerjanya. Beliau tidak pernah menghadapi kesukaran menyuruh anaknya melakukan sesuatu malah setiap kali beliau bersama-sama mereka dan berdialog dengan mereka, pasti beliau akan memperolehi respon yang positif dari mereka. Dalam seminggu beliau memperuntukkan sekali atau dua kali waktu selepas Subuh untuk mengajar anak-anaknya dan antara yang diajarnya adalah kitab Jauharah at-Tauhid dan kitab al-Hikam al-‘Atho’iyyah. Jika ada peluang untuk belajar, beliau tidak akan menghalang malah menggalakkan anak-anaknya untuk melazimi syeikh-syeikh.Bahkan beliau juga membimbing dan mencadangkan kepada anak-anaknya beberapa syeikh-syeikh untuk mengajar mereka dalam bidang feqh, dan bidang-bidang lain yang merangkumi aspek mu’amalah dan agama.

Adalah menjadi suatu kewajiban bagi Muslimah untuk menggunakan seluruh waktunya dengan bermanfaat. Setiap kali dia mempunyai masa lapang, dia perlu merancang pengisiannya sejak awal. Apakah yang perlu dilakukannya jika mempunyai masa lapang ? Tentunya dia perlu bekerja, mengulangkaji pelajaran, atau mengajar anak-anaknya atau menziarahi kaum kerabatnya. Setiap kali dia berpeluang untuk memanfaatkan masanya untuk kebaikan Islam, dia perlu melakukannya. Begini juga peranan yang saya mainkan ketika ziarah, yang mana saya pastikan siri ziarah tersebut berfaedah. Ziarah juga boleh menjadi sebahagian dari urusan agama apabila masa ziarah tersebut dipenuhi dengan persoalan dan perbincangan yang berkaitan pelbagai perkara berfaedah. Malah ziarah tersebut boleh diisi dengan bertadabbur dengan surah-surah tertentu. Inilah asas yang perlu dipraktikkan dalam ziarah, dan kita berkewajiban untuk saling mengambil tahu urusan agama kita tanpa mengira umur , jantina dan taraf bujang atau telah berumahtangga.

Soalan :
Apakah pandangan Ummu Muhammad tentang pengajian sains dan bidang-bidang ilmu yang lain ?

Jawapan :
Bagi saya, tidak ada sebarang halangan ke atas kita untuk menuntut ilmu-ilmu lain selain ilmu agama termasuklah terhadap wanita sendiri. Akan tetapi wajib baginya paling kurang mampu menguasai beberapa aspek agamanya walaupun ilmu tersebut tersebut terpaksa diperolehi dengan cara membaca dan merujuk atau dengan menghadiri pengajian agama di masjid-masjid atau di rumah-rumah jika ada. Setiap kali berhadapan dengan sesuatu kemusykilan, dia perlu berusaha mencari jawapannya sebaik mungkin. Begitu juga sekiranya dia menguasai satu bidang dari ilmu dunia, dia juga perlu menguasai bidang-bidang yang lain, asalkan tidak bertentangan dengan Islam. Kini kita dapati ramai Muslimah yang menuntut ilmu keduniaan dan mengenepikan ilmu agama lalu mereka kurang pengetahuan tentang agama mereka sendiri hinggakan ada yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika wudhu’ , thoharoh dan solat.

Fenomena seperti ini dapat kita saksikan ketika solat terawih di bulan Ramadhan yang mana ramai Muslimah mengerjakannya tetapi sayangnya mereka tidak menutup aurat dengan sempurna ketika solat. Malah ada juga yang tidak tahu untuk rukuk dan sujud dengan betul. Ada juga yang hanya mengutamakan solat tapi mengabaikan aspek cara bacaan ayat al-Qur’an. Hakikatnya , sejak di peringkat permulaan lagi kamu perlu melatih diri mempelajari al-Qur’an dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Kamu juga perlu memperbaiki bacaan al-Qur’an setiap masa namun bukan secara sendirian sebaliknya dengan menuntut dari guru yang berkepakaran dalam bidang bacaan dan tajwid al-Qur’an. Setiap ilmu yang kamu pelajari sepatutnya tidak menghalang kamu mendalami agama kamu sendiri. Pesananku kepada setiap Muslimah tekankan diri kalian dengan didikan agama , begitu juga ke atas anak-anak kalian, jiran-jiran dan kerabat serta sebarkan kebaikan. Laksanakan juga al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Munkar dengan cara berhikmah kerana jiwa-jiwa manusia tidak boleh dilentur dengan kekerasan. Namun semua ini mestilah selepas kamu menguasai ilmu Tauhid dan kehambaan dengan baik dan faham.

Soalan :
Akhirnya, apakah kunci kejayaan dalam mendidik anak-anak ?

Jawapan :
Mulakan mendidik mereka dengan pengajian agama, sebaik-baiknya dimulai dengan al-Qur’an. Jika kamu mampu mendidik mereka di peringkat awal dengan al-Qur’an maka kamu akan mampu meminta dan melakukan apa sahaja dengan mereka dalam proses pendidikan. Selain itu kamu juga perlu menggunakan dan mengaplikasikan segenap wasilah dan alat bantuan mengajar mengikut peringkat umur dan tahap mereka. Akhirnya, sama – sama kita panjatkan doa kepada Allah agar menjadikan kita semua sebagai pendakwah kepadanya di mana sahaja kita berada. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Malah kita pohon taufiq-Nya buat kami dan anda semua di setiap bidang dan lapangan kehidupan , agar disampaikan ke perjalanan menuju kebenaran dengan keikhlasan dan keteguhan jiwa. Wassalamu’alaikum wa RahmatuLLAHi wa barakatuhu

Wawancara dijalankan dan ditulis dalam bahasa Arab.

Diterjemahkan secara ringkas oleh Sdr Said Muhammad, Jabatan Usuluddin, Fakulti Syari’ah, Universiti Mu’tah.

Nota kaki: Ummu Muhammad adalah isteri kepada pejuang gerakan Islam yang terkenal, berasal dari Syria iaitu Syeikh Sa’id Hawwa RahimahuLLAH. Terjemahan ini turut dimuatkan di dalam buku Puteriku

Posted by: ibnutoha | 29 December, 2009

Jangan jadi LILIN membakar diri!

Mungkin kita selalu dengar perumpamaan yang mengumpamakan guru seumpama lilin. Lilin membakarkan dirinya untuk menerangi orang yang disekitarnya. Ia disamakan guru yang mengorbankan dirinya demi kepentingan orang lain. Namun Islam menyanggah perkara ini sekiranya ia bermaksud menyampaikan ilmu kepada orang lain tetapi melupakan diri sendiri untuk beramal. Nabi saw bersabda:

مَثَلُ الَّذِيْ يُعَلِّمُ النَّاسَ الْخَيْرَ وَيَنْسَى نَفْسَهُ كَمَثَلِ السِّرَاجِ يُضِيْءُ لِلنَّاسِ وَيَحْرِقُ نَفْسَهُ


“Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan kepada manusia lain dan melupakan dirinya untuk diamalkan seumpama pelita yang menerangi manusia lain dan membakar dirinya sendiri.”

Hadis ini diriwayat oleh Imam at-Thabrani dalam Mu’jam Kabir. Imam Manawi menghukum hadis ini sebagai HADIS HASAN. Imam Haithami mengatakan para perawinya adalah thiqah.

KEADAAN PELITA DAN LILIN ADALAH SAMA

SIAPAKAH MEREKA YANG TERMASUK DALAM PELITA YANG MEMBAKAR?

1) Penceramah yang melupakan dirinya.

Tidak ada siapa yang mampu untuk beramal dengan semua apa yang disampaikan. Namun bagi penceramah yang hanya hendak menambahkan ilmunya dan mengajak manusia kepada kebaikan tetapi tidak sama-sama mahu memperbaiki dirinya sendiri maka inilah yang dicela dalam Islam. Nabi saw bersabda:

إن أخوف ما أخاف عليكم بعدي كل منافق عليم اللسان

” Sesungguhnya perkara yang amat aku takuti berlaku kepada kamu selepas kewafatanku adalah orang munafik yang pandai bercakap (tapi tidak mengamalkannya).” [Hr Thabrani, Bazzar dan Ahmad - SAHIH]


2) Penulis yang melupakan dirinya

Hari ini telah timbul penulis-penulis bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kewujudan-kewujudan blog dakwah dan yang Islamik semakin banyak. Namun gejala sosial semakin berleluasa. Ini menunjukkan keberkesanan yang kurang akibat islam hanya ada pada blog tetapi tidak ada pada amalan seharian. Kalau kita lihat dalam blog seolah blogger tadi seorang yang hebat dari segi ilmu dan amalannya. Namun realiti yang terjadi hubungan manusia dengan tuhannya amat lemah. Mereka menyuruh dan menggalakkan orang lain berbuat baik tetapi mereka sendiri tidak melakukannya. Islam hanya pada tulisan dan bukannya pada hati dan anggota. Nabi saw bersabda:

يجاء بالرجل يوم القيامة قيلقى في النار فتندلق أقتابه فيدور بها كما يدور الحمار برحاه فتجتمع أهل النار عليه فيقولون : يا فلان ما شأنك؟ ألست تأمر بالمعروف وتنهى عن المنكر ؟ فيقول : كنت آمركم بالمعروف ولا آتيه وأنهاكم عن الشر وآتيه

” Didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat lalu dicampakkan kedalam neraka. Usus-ususnya keluar dan berputar-putar seperti mana keldai berputar dalam tempat pengisar. Para penghuni neraka berkumpul mengerumuninya dan bertanya “Bukankah engkau menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran?” Dia menjawab ” Aku menyuruh kebaikan serta tidak melakukannya dan mencegah kemungkaran serta tidak meninggalkannya.”

[Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim]

3) Penganjur program kebaikan yang melupakan dirinya

Menganjurkan program kebaikan adalah suatu perkara yang amat baik. Semua prgram tersebut adalah semuanya bertujuan untuk mengembalikan manusia kepada Allah dan mendekatkan diri kepada ilahi. Namun yang kita lihat orang-orang yang sibuk prgram ,tetapi dalam masa sama kurang hubungan mereka dengan tuhan. Balik lewat malam dan tahajudnya tiada dan subuh lewat di rumah. Hanya bersungguh memprgramkan orang lain tetapi lupa untuk memprgramkan diri bersama tuhan. Saidina Umar ra berkata:

لئن نمت الليل لأضيعن حق الله ولئن نمت النهار لأضيعن حق الرعية

” Kalau aku tidur waktu malam aku meyia2kan hak Allah dan kalau aku tidur waktu siang aku akan menyia-nyiakah hak rakyat.”

KESIMPULAN

Marilah kita menyampaikan ilmu dan mengamalkan ilmu sedaya mungkin. Menyembunyikan ilmu dilarang oleh Islam. Nabi saw bersabda:

من كتم علما ألجمه الله يوم القيامة بلجام من نار

” Sesiapa yang menyembunyikan ilmunya , Allah akan mengekang dirinya dengan kekangan dari neraka pada hari kiamat. ” (Hr Ibnu Hibban dan Hakim – sahih)


Menyampaikan ilmu dengan berceramah, menulis atau menganjurkan prgram sahaja tanpa ada usaha untuk beramal dan memperbaiki diri adalah dilarang dalam Islam. Nabi saw bersabda:

مررت ليلة أسري بي بأقوام تقرض شفاههم بمقاريض من نار قلت : من هؤلاء يا جبريل؟ قال : خطباء أمتك الذين يقولون ما لا يفعلون

” Pada malam isra’ aku telah lalu pada sekumpulan manusia yang dipotong lidahnya dengan gunting-gunting dari neraka. Aku bertanya “Siapakah mereka wahai jibril?” Jibril menjawab ” Mereka adalah penceramah-penceramah dikalangan ummatmu yang berkata apa yang mereka tidak lakukan.”

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Rujukan: Muntaqa at-Targhib Wat-Tarhib oleh Dr Yusuf al-Qardawi.

Oleh: Akhi Salman Maskuri

p/s: jgn pula kita tidak beramal!

Posted by: ibnutoha | 16 December, 2009

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung

Posted by: ibnutoha | 16 December, 2009

Dua hati dalam satu jiwa?

Bismillah

مَّا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِ

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya…” [33:4]

Percayalah, hakikat ini ditujukan utk menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menuju kepada lebih dari satu hala dan tidak boleh mengikut lebih dari satu sistem hidup. Jika tidak, dia akan menjadi munafiq dan langkah perjalanannya akan menjadi tidak menentu, longlai dan ragu-ragu.

Selama seseorang itu TIDAK mempunyai dua hati, maka pastilah dia bertawajjuh kepada SATU TUHAN yang Esa dan HANYA mengikut satu sistem hidup dengan meninggalkan segala adat, kebiasaan & peraturan-peraturan yang bukan dari Islam. Meyakini selain dari Keluasan Islam, semuanya tertolak.

Manusia cuma mempunyai sebuah hati sahaja. Sebagaimana seorang anak dilahirkan dari seorang bapa bukan dua.

Oleh kerana itu dia pasti mempunyai satu jalan hidup sahaja untuk dijalinkan dalam hidupnya. Pastinya dia mempunyai satu sahaja persepsi hidup global (global wordview) dan alam sebagai sumber pemikirannya.


Dia pasti mempunyai satu neraca sahaja untuk menimbang dan menilai segala rentetan peristiwa, masalah dan dilema. Jika tidak, dia akan berbelah bagi, menjadi talam dua muka, menyeleweng & tidak tetap menjurus ke satu hala, iaitu Jalan Islam.

Seseorang itu tidak boleh mengambil adab-adab dan akhlak dari satu sumber, kemudian mengambil undang-undang dan peraturan dari satu sumber yg lain. Bahkan pula mengambil pula tatacara kemasyarakatan dan ekonomi dari sumber ketiga. Dan lagi, mengambil pula unsur ilmu kesenian dan kefahaman dari sumber yang keempat.

Ketahuilah, campuraduk seperti ini tidak mungkin dapat membentuk seorang in san yang mempunyai hati yang kukuh dan mapan, malah hatinya akan menjadi pecah berkeping-keping, hancur lumat dan berkecai tanpa satu pendirian yg mantap.

Seseorang yang menganut aqidah Islam tidak mungkin memiliki aqidah itu dengan sebenarnya apabila dia melepaskan diri atau memilih sebahagian sahaja nilai-nilai itu didalam mana-mana pendirian hidupnya sama ada kecil atau besar.

Tidak boleh dia mengeluarkan sepatah kata, membuat sesuatu perkara walaupun sekadar menetapkan secebis atau memikirkan sesuatu perkara tanpa berhakimkan kepada akidahnya, jika benar aqidah itu menjadi hakikat yg tertanam di dlm jiwanya. Hal ini kerana Allah hanya mengurniakan sebuah hati sahaja kepada seorang manusia, iaitu sebuah hati yang hanya dapat tunduk kepada satu undang-undang, mengambil fikirannya dari satu kefahaman dan membuat pertimbangan dengan satu neraca fikir sahaja.

Ketahuilah, seseorang yang benar-benar menganut akidah Islam tidak mungkin berkata, “Aku berbuat begini atas sifat peribadiku sahaja” apabila berbuat sesuatu dan kemudian menyatakan, “Aku berbuat begitu atas sifat-sifatku sebagai seorang Islam” apabila membuat sesuatu yang lain sebagaimana ucapan tokoh-tokoh politik, syarikat perniagaan atau tokoh-tokoh persatuan-persatuan sosial, NGO-NGO atau persatuan-persatuan ilmiah dewasa ini. Kata-kata yang keluar dari mulut mereka adalah sekadar kata-kata penyedap bicara.

Padahal, dia sebenarnya seorang manusia yang hanya mempunyai sebuah hati sahaja, mempunyai satu aqidah sahaja, mempunyai satu kefahaman sahaja terhadap hidup ini dan mempunyai satu neraca sahaja untuk menimbangkan nilai-nilai dan sistem-sistem yang ada. Oleh itu, seluruh kefahamannya yang terbit dari aqidahnya itu perlu menjadi neraca dalam semua keadaan.


Dengan cahaya sebuah hati yang dikurniakan Allah inilah seseorang perlu hidup sebagai individu, hidup sebagai anggota dalam keluarga, hidup sebagai anggota dalam masyarakat, hidup sebagai warganegara sesebuah kerajaan, hidup sebagai penghuni di alam ini, hidup secara rahsia dan secara terbuka, hidup sebagai pekerja atau majikan, hidup sebagai rakyat yg diperintah atau sebagai pemerintah yg memerintah, hidup di dalam kesenangan dan kesusahan, di mana pertimbangan dan nilainya tidak mungkin berubah-ubah dengan kefahamannya tetap juga utuh. Ini merupakan perumpamaan terbaik tika mana Allah melarang menziharkan isteri pada ayat selepasnya. Sebagaimana Allah melarang dinamakan anak angkat dengan nama sendiri.

Seorang manusia tidak boleh menjadi munafiq dan beriman pada waktu yang sama. Juga tidak boleh menjadi amanah dan penipu, fasiq dan bertaqwa dalam satu ketika.

Tidak mungkin ada 2 hati yang mana satunya ikhlas manakala satunya ujub. Oleh itu, hanya ada satu karakter sahaja bagi setiap manusia dalam suatu masa, musyrik atau beriman, beramal dengan Islam atau beramal dengan Jahiliyyah. Jika kamu memanggilnya Islam padahal hatinya Jahiliyyah, ia tidak sekali-kali mengubah realiti. Begitu juga sebaliknya.


Terbuktilah, Islamlah satu-satunya sistem, satu-satunya jalan, satu pedoman wahyu dan satu arah aliran iaitu berserah kepada Allah yang Maha Esa sahaja, kerana sebuah hati tidak mungkin menyembah dua TUHAN, tidak boleh berkhidmat pada dua TUAN, tidak boleh mengikut dua JALAN serentak yang menuju kepada dua HALA.

Andainya hati berbuat demikian ia akan terbelah-bahagi lantas berubah menjadi potongan yg berkecai dan hancur dimamah penipuan dunia.

Adaptasi dari:
Tafseer Fi-Zilalil Quran
Tafseer Abu Al- A’la Al-Maududi
Tafseer Ibn Kathir


Posted by: ibnutoha | 24 November, 2009

Siapakah Aku?

Siapakah aku?

Aku adalah seorang insan yang mencari kebenaran. Lantas aku temuinya dalam Islam.

Aku adalah insan yang mencari jalan kehidupan. Lantas aku temuinya dalam dakwah al-Ikhwan.

Ya,  setiap kali datang hari-hari baru, akan ada SAKSI yang melihat amal-amal kita.

Hari baru ini juga merupakan peluang untuk kesekian kalinya yang dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita berusaha menyelamatkan diri kita dari neraka, dengan mengikuti ajaran

Islam yang Agung.

Islam adalah Rahmat Allah yang menjadi petunjuk dan manhaj hidup yang lurus.

Langkah pertama di jalan ini ialah berusaha memperbetulkan diri kita.


Wahai al-Ikhwan !!

Medan amal kamu yang pertama adalah diri kamu. Sekiranya kamu berjaya memdidik diri kamu maka kamu akan lebih mampu mendidik orang lain. Sekiranya kamu gagal mendidik jiwa kamu maka lebih payahlah untuk kamu mendidik orang lain.


Cubalah berjuang mendidik jiwa kamu terlebih dahulu. Ingatlah dunia hari ini amat-amat menunggu-nunggu lahirnya satu generasi pemuda-pemudiyang cemerlang, memiliki jiwa yang suci bersih (daripada kotoran jahiliah) dan memiliki akhlak mulia yang utuh.

Kamulah pemuda-pemudi itu .

Pastikan mereka itu adalah kamu dan janganlah kamu berputus asa untuk terus berusaha.


Letakkan dihadapan mata kamu sabda Rasulullah s.a.w.

“Pastikan diri kamu untuk melakukan enam perkara dan aku menjamin syurga untuk kamu: Apabila berkata-kata bercakaplah yang benar, tepatilah janji-janji kamu apabila berjanji, tunaikanlah segala amanah yang kamu terima, peliharalah kemaluan kamu daripada zina, tundukkanlah mata kamu daripada maksiat dan tahanlah tangan kamu daripada dosa.”


Kemudian lihatlah diri kamu apakah kamu melakukannya?


Wahai al-Ikhwan.

Dakwah kamu ini tertegak di atas tiga asas:

Mengenal Allah.

Memperbaiki diri.

Mengasihi semua makhluk.


Mengenal Allah dengan berzikir mengingati Allah dan bermuraqobah.

Memperbaiki diri dengan melakukan ketaatan dan bermujahadah dan mengasihi manusia dengan memberi nasihat dan bersikap itsar. (melebihkan saudaranya, pent.)

Perkara pertama yang saya minta kamu lakukan dan yang saya akan muhasabah kamu atas asas fikrah Ikhwan ialah:

1. Kamu hendaklah memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya satu ayat sehari.

2. Kamu hendaklah duduk melakukan muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Bentangkan semua aktiviti harian kamu pada diri sendiri sekiranya kamu melakukan kebaikan bersyukurlah kepada Allah dan sekiranya tidak hendaklah kamu berazam menyempurnakan apa yang tertinggal.

3. Kamu hendaklah memelihara solat 5 waktu dalam waktunya. Kamu hendaklah menunaikannya dengan sebaik-baiknya. Kamu hendaklah memahami hukum-hakamnya. Lakukanlah rukuk, sujud dan khusyuk dengan sempurna. Bacalah al-Quran di dalam solat dengan bertajwid dan bertadabbur . Janganlah kamu mengabaikan amalan sunat dan solat rawatib. Kamu hendaklah berusaha menunaikan solat berjamaah di masjid dan memastikan sentiasa menunaikan solat Subuh dalam waktunya.

[ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا ]

‘Demi Al-Quran di waktu Fajar, Sesungguhnya Al-Quran di waktu Fajar itu adalah disaksikan’


[Dari lembar-lembar Risalah Ikhwan]


من أنا

باحث عن الحقيقة … فوجدتها في الإسلام

وباحث عن السبيل … فوجدته في دعوة الإخوان

نعم … فكل يوم جديد على عملنا شهيد … وهو فرصة أخرى يمنحها الله سبحانه وتعالى لنا لكي ننقذ أنفسنا، باتباع رحمته المهداة ونهجه القويم … الإسلام العظيم … وأول خطوات ذلك العمل مع انفسنا ..

أيها الإخوان

ميدانكم الاول انفسكم ، فإذا انتصرت عليها كنت على غيرها أقدر ، وإذا أخفقتم فى جهادها كنت عا سواها أعجز . فجربوا الكفاح معها اولاً ، واذكروا أن الدنيا جميعا تترقب جيلا من الشباب الممتاز بالطهر الكامل والخلق القوى الفاضل ، فكونوا أنتم هذا الشباب ولا تيأسوا ، وضعوا نصب اعينكم قول الرسول الكريم صلى الله عليه وسلم (( اضمنوا لى ستا من انفسكم ، اضمن لكم الجنة اصدقوا اذا حدثتم ، وأوفوا اذا وعدتم ، وأدوا اذا أؤتمنتم ، واحفظوا فروجكم ، وغضوا ابصاركم ، وكفوا أيديكم ، ثم انظروا هل انتم كذلك )) ؟

أيها الاخــــوان

دعوتكم هذه تقوم على أصول ثلاثة :

معرفة الله ، وصلاح النفس ، ومحبة الخلق

والمعرفة إنما تكون بالتذكر والمراقبة

وصلاح النفس بالطاعة والمجاهدة ،

ومحبة الخلق بالنصيحة والايثار

وأن أول ما أطالبكم به عملياً ، وأحاسبكم عليه باسم الفكرة :

1 – أن يجعل كل منكم لنفسه حصة من القرآن الكريم يقرؤها وآية على الأقل يحفظها يومياً .

2 – وأن تحرصوا على جلسة المحاسبة قبل النوم ، يستعرض كل منكم فيها عمله اليومى بينه وبين نفسه ، فإن وجد خيراً فليحمد الله ، وإن وجد غير ذلك فليعزم على تدارك ما فات .

3 – وأن تحرصوا على هذه الصلوات الخمس فى أوقاتها ، وأن تحسنوا أداءها، وتفقهوا أحكامها، وتتموا ركوعها وسجودها وخشوعها، وتجيدوا وتتدبروا ما تقرءون من كتاب الله فيها، ولا تقصروا فى النوافل الرواتب، وأن تتحروا المسجد والجماعة ما استطعتم، وأن تحرصوا ما أمكنكم على صـــــلاة الصبــح فى وقتهـــــا

{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Posted by: ibnutoha | 23 November, 2009

Kisah Ashabul Ukhdud

Kisah ini sangat penting untuk memberikan pelajaran pelajaran berharga tentang makna keikhlasan sekaligus juga tentang istiqomah dan iltizam seorang hamba ketika dia memilih untuk menjadikan Allah SWT sebagai satu-satunya tempat untuk menyandarkan ke’tawakal’an sang hamba.

Tawakal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah SWT menyebabkan bukan saja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah SWT. Begitu mulianya kisah ini sehingga Allah SWT berkehendak mengabadikannya dalam Al-Quran di surah Al-Buruj (Gugusan Bintang) dalam juz-amma:

[1] Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

[2] Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

[3] Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan;

[4] Celakalah kaum yang menggali parit,

[5] (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

[6] (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

[7] Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

[8] Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

[9] Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

[10] Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

[11] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

[12] Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

Dan kemudian diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam hadits beliau seperti berikut ;

(Di dalam sahih Muslim, Kitab az-Zuhud wa ar-Raqaa’iq, hadith #7148)

Shuhaib bin Sinaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir,. Kemudian  ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: “Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, kerana itu kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir”.

Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir. Di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya sehingga ia tertarik dengan ajaran pendeta itu. Namun, jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.

Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata,,“Aku ditahan oleh ibuku”.

Dan bila terlambat kembali ke rumah, katakan, ” Aku ditahan oleh ahli sihir”.

Maka setelah berjalan beberapa lama, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, tiba-tiba di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang tidak berani jalan di tempat itu. Maka pemuda itu berkata, “Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir”

Lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa, “Ya Allah jika ajaran pendeta itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu-lalang di tempat ini”.

Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang-orang gembira kerana telah dapat lalu di jalan itu.

Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendeta), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : “Kamu kini telah afdhat (lebih baik) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku”.

Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan pelbagai jenis penyakit yang berat-berat pada semua orang.

Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata,. Ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, maka ia pun pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: “Sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka”.

Jawab pemuda itu: “Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun, sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu”.

Maka dia terus beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda itu. Ketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t. Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja “Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu”

JawabnyaRabbi (Tuhanku)”.

Raja bertanya: “Aku?”.

Raja bertanya demikian kerana merasa dirinya sebagai Tuhan. Jawabnya “Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu yaitu Allah“.

Ditanya oleh Raja “Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?”

Jawabnya “Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu adalah Allah.

Maka diseksa oleh raja seberat-berat seksaan sehingga dia terpaksa memberitahu raja bahawa pemuda itulah yang mendoakannya untuk sembuh.

Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata “Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan pelbagai macam penyakit”

Jawab pemuda itu “Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla“.

Raja itu pun bertanya “Adakah aku?”

“Tidak” jawab permuda itu.

Maka tanya raja itu “Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?”

Jawab pemuda “Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah“.

Maka pemuda itu ditangkap dan diseksa seberat-beratnya sehingga dia terpaksa memberitahu siapa Rahib yang mengajarnya. Maka Rahib pun dipanggil dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya. Namun, Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.

Kemudian pemuda itu kembali diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama tauhid), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja. Maka raja memerintahkan supaya dibawa ke puncak gunung. Di sana juga telah ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja,  jika tetap menolak dia akan dilempar dari atas gunung itu. Maka ketika telah sampai di atas gunung, ditawarkan lagi kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa Allahumma ikfinihim bimaa syi’ta (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)”.

Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga para pengawal berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya. Maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya, “Manakah orang-orang yang membawamu?”.

JawabnyaAllah yang menyelesaikan urusan mereka”.

Lalu pemuda itu ditangkap lagi dan kali ini dibawa ke laut dengan menaiki perahu, setelah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mahu mengubah pendirian agama. Jika tidak, maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa Allahumma ikfinihim bimaa syi’ta

Maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja. Dan ketika ditanya oleh raja, “Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?”

Jawabnya, Allah yang menyelesaikan mereka”.

Kemudian pemuda itu berkata kepada raja “Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku”

Raja bertanya, “Apakah perintahmu?”

Jawab pemuda, “Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu kau ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca, Bismillahi Rabbil ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku”.

Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata, Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)”.

Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhan pemuda itu, bagaimanakah usaha raja untuk menghadapi rakyat yang banyak ini? Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang agamanya,. Jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Maka adanya orang berduyun-duyun (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang mengendong (membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menuruti mereka berganti agama kerana sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang,Sabarlah hai ibuku kerana kau sedang mempertahankan kebenaran”.

Akhirnya mereka berdua terjun kedalam parit api yang menyala dan membakar.

(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa’i)

Berkata Ibnu Abbas kisah ini terjadi 70 tahun sebelum Nabi saw.


Posted by: ibnutoha | 19 November, 2009

Gadis dan Ayat Suci

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci

Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya
Di mana lagu dan suara menjangkau pula
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata
Disaputnya langit di atas awan berarak
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak

Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung
Melayang manis mencapai bukit-bukit gundul
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk
Dari ranum dalam kembang-kembang segar senyum
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair

Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membawa para malaikat menjengah dada manusia
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Gadis cacat dan ayat suci beralun
Meski tidak melihat, malah itulah pula
Kesuciannnya syurga hidup perdamaian manusia
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

Usman Awang, 1950
Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara
DBP,1991

Posted by: ibnutoha | 14 June, 2009

Antara Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih

Bertanding bola jaring dilapangan bola jaring. Bermain badminton tentu saja di lapangan badminton. Kalau bermain bola jaring dilapangan badminton atau sebaliknya, pasti akan kacau.

Begitulah nasib aktivis islam nusantara. Maksud hati ingin mendambakan sebuah filem versi islami yang diadaptasi dari novel mega best seller Ayat-Ayat Cinta (AAC), apa daya yang tersedia adalah filem islam ala liberalisma, karya seni Hanung Bramantyo. Akibatnya jelas, fikiran umat islam sendiri yang dikelirukan. Selain dikritik oleh kelompok aktivis islam fundamental, Habiburrahman El-Syirazy Sang penulis novel sendiri turut menyatakan rasa kesalnya.

Itulah yang terjadi.

(Film Ketika Cinta Bertasbih)

Namun atas kehendak Allah Swt., munculnya mega film ‘Ketika Cinta Bertasbih’ (KCB).KCB merupakan filem kedua yang diangkat berdasarkan novel dwilogi best seller Habiburrahman El-Shirazy, setelah AAC. yang bergenre sastra islami pada 11 Jun 2009 seolah-olah mengubati kerinduan kaum muslimin terhadap filem-filem bermutu.

Adapun, tak salah untuk saya katakan bahawa filem KCB adalah sebuah karya seni terbaik yang dinanti-nanti oleh jutaan kaum muslimin khususnya di Archipelago Melayu. Ia adalah strategi reedukatif (re-educative strategy) menerusi pembentukan pandangan alam atau worldview, kata orang sekarang, menuju sebuah masyarakat yang dinamik, bertamadun, serta bernuansa islami.

KOMENTAR SAYA TERHADAP FILEM KCB

1. KCB merupakan antithesis dari apa yang disampaikan dalam filem AAC

Filem AAC dilihat sebagai pro status quo dengan mengekalkan ajaran liberalisma. Konsep pernikahan tanpa bercouple digambarkan bakal mengundang penyesalan dikemudian hari. Poligami pula dinilai sebagai black campaign terhadap islam. Maka, di filem KCB ini cinta, ikhlas, dan poligami dikemas dalam bentuk yang arif dan bijak tanpa menghadirkan konfrontasi. Dalam filem itu dihadirkan dialog yang setara dan berdasarkan keilmuan. Anna mengajukan dua syarat sebelum menerima tunangan Furqon. Selain harus menetap di lingkungan pesantren, Anna juga tak ingin Furqon melakukan poligami selama dirinya masih hidup dan mampu melayani kewajibannya sebagai seorang isteri.

Dari adegan tersebut sempat dimunculkan perdebatan di antara kedua alumni Universiti Al Azhar, Kairo, Mesir tersebut. Namun Furqon dapat memahami permintaan Anna kerana rujukan yang digunakan memiliki dasar keilmuan yang jelas. Dalam filem itu dibentangkan kitab Al Mughni karya Ibnu Qudamah sebagai bahan rujukan.

Kemudian, dipaparkan kata-kata indah dan puitis dari Anna,

“Saya hanya ingin seperti Fatimah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Ali bin Abi Thalib tidak dimadu oleh Ali. Dan saya ingin seperti Khadijah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Rasulullah juga tidak dimadu…”

Novelis berdarah arab yang sering disapa dengan nama Kang Abik ini berkata, “Poligami bukan sebuah keharusan tetapi rukhsoh atau keringanan untuk penyelesaian kemanusiaan,”

2. KCB memotivasi pemuda islam agar bersiap sedia menjalani masa depan dengan keazaman tinggi.

Pesan lainnya dari filem ini adalah bagaimana perjuangan seorang anak muda melalui karakter Azzam untuk menggapai kejayaan. Cerita yang dapat menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras sang tokoh yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menghidupi ibu dan adik-adiknya di kampung.

“Jangan hanya mahu jadi Pegawai Kerajaan. Jualan tempe dan bakso (bebola daging) sebagaimana ditampilkan dalam film ini bila ditangani profesional pasti menjamin masa depan,” kata penulis novel Ayat- Ayat Cinta yang difilemkan pada tahun 2004 itu.

3. Cinta yang membawa pahala dan diredhai Allah Swt.

Cerita yang juga mampu menuntun kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.

Kang Abik menghuraikan, “Sebuah bentuk cinta yang membawa manfaat atau kebaikan, cinta lawan jenis dalam koridor keagamaan.”




Ketika Cinta Bertasbih adalah filem yang sangat bagus. Ia berjaya memadukan dakwah, tema cinta, dan latar belakang budaya suatu bangsa.

Sosok ‘HAMKA kecil’ sudah muncul di Indonesia. Apakah ‘Hamzah Fansuri Zaman Moden’ bakal lahir di Malaysia pula? Mampukah penulis semisal Ustaz Hasrizal, Faisal Tehrani, Fatimah Zahra, dan lain-lain menghembuskan ‘angin tajdid’ terhadap Industry Filem Nasional?

Oleh: A.MUCHLIS

Rujukan:

  1. Ketika Cinta Bertasbih (Masalah Poligami Yang Beda Pandangan)
  2. Akademi Lakonan Muslim
  3. Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2
  4. Ketika Cinta Bertasbih Ajarkan Kemandirian

p/s: semasa anda membaca entry ini, kemungkinan penulis blog ini sedang berada di Tanah Suci. Mohon doakan penulis. Terima Kasih.

Posted by: ibnutoha | 30 May, 2009

10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA

Maha suci Allah dari segala sekutu. Tempat manusia berserah dan berwala’ kepadaNya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW diatas rahmat yang dicurahkan baginda ke seluruh alam.


10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA

1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.

2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin. Berdasarkan pengetahuan penulis, peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan hak, nyawa dan harta orang Islam.

3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. Penulis kadang-kadang kesian melihatkan ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.

Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat.

4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.

Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.

5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam berzikir dan beristighfar.

6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.

7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni.

8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.

Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.

Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya‘.

9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu.

Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ’sense’ yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.

Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa

Dengan segala sikap, sifat dan perkara yang ditulis di atas, adalah tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke syurga.

===================

p/s: Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi. Namun penulis sangat yakin bahawa ada nilai perubahan terhadap mereka yang bergelar REMPIT ini. Buktinya disini.

Disclaimer : Tulisan ini dbuat bersandarkan Al-Quran dan Sunnah serta ilmu pengetahuan penulis. Ianya mungkin sahaja salah dan tidak bertepatan dengan natural seorang Manusia. Namun disinilah tugas ANDA sebagai harapan kepada Mat Rempit ini. Segala kritikan, komentar dan teguran adalah amat dialu-alukan.

BANGKITLAH BANGSAKU HARAPAN ITU MASIH ADA

Posted by: ibnutoha | 17 May, 2009

Daie-daie Yang Penat

g26_17478537

Dalam satu majlis, saya telah dijemput untuk menyampaikan kata-kata penutup kepada ratusan belia lelaki dan perempuan yang usianya sekitar 20–22 tahun. Saya tidak dapat gambarkan ketika itu betapa gembiranya hati ini kerana melihat masih ramai lagi anak-anak muda yang mempunyai kecintaan kepada agama dan sentiasa berjuang menyebarkan fikrah kepada generasi muda yang lain. Mungkin agaknya kerana saya banyak bergaul dengan golongan belia yang sudah hilang nilai-nilai murni agama menyebabkan saya agak tergamam dengan suasana yang ada di hadapan ketika itu.


dsc_0606

Namun di dalam hati kecil, saya ada perasaan bimbang tentang masa hadapan mereka 15 atau 20 tahun akan datang. Mampukah bilangan yang mencapai angka 200 orang ini kekal di dalam kancah dakwah atau gugur di tengah jalan ? Ini persoalan yang saya tidak ada jawapan dan tidak berani memberi apa-apa jawapan. Pengalaman peribadi menyaksikan bagaimana begitu ramai da’ie-da’ie yang ketika awal dakwah begitu bersemangat, berkorban siang dan malam, menginfaq harta yang banyak, bibir sentiasa berzikir, fikiran sentiasa berfikir, yang menjadi idola ramai rakan dakwah yang lain. Kini ramai diantara mereka sudah menghilang diri dari persada dakwah. Kadang-kadang saya rasa bingung tentang kenapa perkara ini terjadi? Dimanakah silapnya tarbiyah yang dilalui ? Suara-suara yang dahulunya mampu menghidupkan hati-hati yang mati, menyegarkan mata yang layu, membakarkan semangat yang hampir pudar kini sudah hilang di arus duniawi yang kian sepi. Mereka adalah da’ie-da’ie yang telah penat. Sekali-sekala, semasa saya duduk bersendirian, saya merasa amat sedih mengingatkan akan nasib teman-teman seperjuangan ini terutama apabila membaca ayat Allah swt:

”…dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)” – (47:38)

Kebanyakkan mereka bukanlah orang biasa malah mereka memegang kepimpinan, pencetus kepada kerja-kerja dakwah. Hidup mereka sentiasa di jalanan, hanya pulang ke rumah untuk berehat seketika, kadangkala tidur pun di dalam kenderaan. Sungguh mengkagumkan. Saya cuba memikirkan, apakah punca kepada keletihan da’ie-da’ie ini? Saya imbau kembali detik-detik perjalanan dakwah satu persatu, tahun ke tahun, peristiwa demi peristiwa, lalu saya merasakan saya sudah berjumpa dengan jawapannya!

Mereka terlalu sibuk mendidik orang lain sehingga mereka lupa untuk mendidik diri sendiri. Mereka jarang merenung diri, mereka tidak pernah beruzlah dan berzikir, mereka lupa untuk menghisab amalan sendiri. Kalaupun mereka lakukan, ia bukan dibuat dengan penuh kesungguhan. Keghairahan mereka untuk berdakwah tidak setimpal dengan bekalan rohani yang ada. Akhirnya mereka kecundang dengan suasana persekitaran. Mereka tidak dapat bertahan dengan tuntutan kerja yang semakin menekan, tangisan keluarga yang ingin kerehatan, kehendak peribadi yang tidak pernah kehabisan.

Tidak kurang juga mereka yang mempunyai semangat terlalu tinggi dan ghairah untuk mencapai natijah yang cepat hingga mereka mencari jalan yang lain. Mereka bukan tidak faham tetapi mereka hilang kekuatan.

Mereka sudah penat.

Pengalaman menunjukkan, untuk menghidupkan kembali da’ie-da’ie ini bukanlah satu perkara yang senang apatah lagi mereka ini diistilahkan sebagai ”senior” didalam kancah perjuangan.

Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada mereka dan memberikan keampunanNya terhadap ”jasa-jasa” yang telah mereka curahkan di dalam dakwah. Tiada mereka tiadalah generasi baru hari ini. Kini terus terang saya katakan, apabila saya mendengar ramai da’ie pemuda dan pemudi hari ini begitu sibuk siang dan malam berdakwah sehingga sangat susah untuk cari masa kelapangan, saya tidak lagi kagum seperti dahulu.

Ini bukan bermakna saya tidak menghormati mereka malah saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan mereka. Mudah-mudahan dakwah akan terus melahirkan manusia-manusia seperti ini.

Namun saya ingin memberi peringatan yang keras kepada da’ie-da’ie ini supaya kesibukan saudara jangan sesekali menyebabkan saudara melupai diri sendiri. Perjalanan dakwah ini jauh, rintangannya sangat besar yang mana kadang-kadang dia diluar kawalan kita. Ini semua memerlukan nafas yang sangat panjang, ketahanan diri yang tinggi, persediaan rohani yang mantap serta kefahaman yang jelas.

Ingat, Allah tidak akan jemu terhadap hamba-hambaNya tetapi hambaNyalah yang selalu jemu di dalam beribadah. Jangan tertipu dengan aktiviti yang banyak tetapi sebaliknya nilailah setiap aktiviti itu secara tenang dan objektif, mengukur pencapaiannya baik dari segi ilmiah juga peningkatan hubungan saudara dengan Allah.

g34_17456817

Jika ianya positif maka bersyukurlah tetapi jika sebaliknya maka beristighfarlah dan perbaikilah segera. Saya teringat kata-kata Imam Al Ghazali tentang bagaimana syaitan menggoda orang-orang yang kuat beribadat. Jika gagal menghalang, syaitan akan menyuruh abid itu memperbanyakkan lagi ibadat lalu akhirnya dia merasa bangga dan mula memperkecilkan orang lain yang kurang ibadat! Lalu mereka tejerumus dalam perangkap syaitan.

Moga-moga Allah melindungi da’ie-da’ie ini.

Catatan: Aminuddin Yahaya

p/s: semua gambar tiada kaitan dengan artikel. Sekadar memeriah artikel.. huhu

Older Posts »

Categories